Monday, July 6, 2015

FOREVER YOURS SPECIAL- RAMADHAN 2015



Assalamualaikum...
Entry Khas Untuk Peminat Tengku Rizz dan Ria Airisya Naomi-(RAMadhAN)
Tengku Rizz Zarith masuk kedalam bilik mewah yang didiami dirinya dan Ria Airisya Naomi.  ‘Amboi sayang masih lena bagai permaisuri lagaknya.’ Getus Tengku Rizz Zarith. Tergeleng-geleng kepala dia melihat perilaku isterinya itu. Ria Airisya masih lagi nyenyak memeluk bantal golek yang diletak betul-betul dikiri badannya.
‘Itu yang disuruh dia pada isterinya. Almaklum kandungan anak mereka yang ketiga ini. Agak besar berbanding kembar dua orang sebelum ini. Itu yang dibagitahu Edinalah. Diakan tak bersama-sama mereka ketika kelahiran dua anaknya itu. Tengku Rizzqi Aliff Zarith dan Tengku Rizz Zalish Adrea. Nasiblah kalau kali ni anak mereka kembar tiga pulak. Kandungan Ria yang kini sudah mencecah enam bulan sudah lagak seperti sembilan bulan. Mana tak risau Tengku Rizz Zarith.’
“Daddy…!!” Panggil suara dua orang serentak. Wajah anak-anaknya yang berumur lima tahun terkulat-kulat memandangnya. Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dia mengerakkan mereka berdua untuk bangun bersahur tadi.
Baju tidurnya seakan-akan ditarik. Cepat dia memandang anak perempuan. Peel  Adrea sama seperti isterinya. Kuat merajuk. Tambah-tambah lepas apa yang terjadi dahulu. Nasib baik salah dia. “Daddy..mommy  tak bangun?” Soal Si adik. Rizz Zalish Adrea.
Dia mengusap kepala anaknya lembut. Sempat ciuman diberikan kepada kedua anaknya. “Sekejap..along dengan angah tolong tunggu dengan Nek Mah kat bawah ya sayang. Daddy nak kejut mommy korang ni..” Balasnya lembut seraya naik keatas katil. Sempat dia memerhati anak-anaknya yang berlalu keluar dari bilik dia dan Ria.

“Sayang oh sayang…” Tengku Rizz Zarith masih lagi berusaha membangunkan isterinya yang masih nyenyak didalam peraduan.
“Amboi…adinda abang ni. Sengaja nak buat abang ni masuk sekali dalam selimut ni yeah?” Soal Tengku Rizz Zarith mengertak. Tadi dia ingatkan isterinya betul-betul tidur.  Bila disentuk bahu isterinya, terdapat getaran di badan isterinya. satu sahaja tanda yang dia fahami, Ria sedang menahan tawa dari terhambur. Tengku Rizz mengetap bibir geram. mainkan abang yeah, sayang.
Jam dipandang seketika. Baru jam empat lima puluh pagi. ‘Boleh lagi ni..Imsak jam lima empat puluh.’ Makanan tadi semua dia dah siap panaskan bersama Mak Mah.
Dia sudahpun menarik comforter yang menyelimuti tubuh isterinya itu. Terkejut. Mulanya baru sahaja dia membayangkan tubuh isterinya yang memakai jubah satin berwarna turquoise seperti malam tadi.
‘Ria menahan ketawa. Sebenarnya sejak jam empat lagi dia sudah  terjaga. Kemudian dia tertidur semula selama setengah jam. Nasib baik jam empat setengah, dia terbangun semula. Hairannya suaminya sudah tiada disebelah peraduannya. Lekas dia bangun membersihkan badan. Jubah satin yang digunakan bagi menutup baju tidurnya diambil.’
‘Bila dia bangun, dan menuju kedapur. Dilihatnya suaminya sudahpun memanaskan makanan dengan dibantu Mak Mah. Pembantu rumah mama yang diangkut Tengku Rizz Zarith memandangkan dia melarang suaminya mengambil pembantu rumah.’
‘Nyaris-nyaris juga dia terkantoi. Semasa ingin naik ke tingkat atas semula. Dia tersepak kaki  tangga. Nasib baik reflect action dia pada waktu itu tidak berfungsi dengan baik. Kalau tidak satu rumah terbangun dengan jeritannya.’
‘Ingatkan nak mainkan suaminya lagi. Cepat-cepat Ria menukar jubah satin dan baju tidurnya itu kepada pijama bercorak kartun Taletubies yang diminati anak gadisnya. Hahahhaa. Mesti suaminya terkejut bercampur dengan bengang.’
‘Bukan dia tak tahu perangai suaminya itu. Gatal merenyam tak habis-habis. Rasa ya abang sayang hari ni. Sayang mainkan abang ya.’

“Sayang….!!!” Meleret Tengku Rizz Zarith bersuara. Pinggang Ria sudahpun dipeluk dari belakang. Terkekek ketawa Ria mendengar suara Rizz yang cuba ditahan-tahan.
“Sampai hati sayang…!!” Balas Rizz sambil memuncungkan diri. Baringnya sudah berubah. Dia duduk membelakangi isterinya. Tengok baju tidur isterinya terus terbantut nak bermanja. Dahlah pura-pura tidur. Bukan dia tak dengar bunyi mengaduh di dapur tadi biarpun perlahan. Cuma dia abaikan sahaja.
“Amboi panjangnya muncung.” Main Ria lagi. Tak puas nak mengenakan suaminya. Tangannya menarik mulut muncung Tengku Rizz Zarith .
“Sakitlah sayang.” Bengang Rizz. ‘Ingat dapat pujuk. Mimpi jadi kenyataan adalah. Omelnya lagi.’
Ria ketawa kuat. “Tak payah nak muncung sangatlah.” Jawab Ria selamba.
Tengku Rizz Zarith jeling pada Ria sekilas. Lagi tergelak isterinya itu ada. “Eleh, sayang jugak yang redah office abang masa nak pujuk abang masa sebelum kahwin tu kan?” Keningnya diangkat tinggi membalas.
“Erk eleh.. Itu aja ke modal abang, haah?” Soal Ria dengan wajah bosan. Langsung tak heran dengan kenangan sesi pujuk memujuk. ‘Mana dia tak bosan. Kalau itu sahaja modal Tengku Rizz Zarith nak kenakan dia. Mana-mana perempuan pun akan cepat bosan.’
‘Poyo punya bini…’ “Pada abang itulah kenangan paling indah tau. Sayang pujuk abang sampai datang hotel bagai. Guna adik abang lagi tu.”  Balas Tengku Rizz Zarith tidak mahu mengalah.
“Nasib baik tak ada Raina kan sayang, waktu tu?”  Tengku Rizz Zarith memandang isterinya yang sudah menumpang kepala dibahunya. Turut sama bersila disebelahnya.
Ria menganguk laju. ‘Kalau ada Raina, pasti lagi gamat kejutan-kejutan yang dibuatnya untuk suaminya. Macam-macam jugak perangai budak kecik tu..’ Yang pastinya membuat dia geli hati.
“Rindulah pulak dekat diorang berdua.. mama, papa” Jawab Ria tiba-tiba. Tangannya sudah memeluk tangan kiri suaminya. ‘Best peluk Tengku Rizz Zarith, badan macam punching bag.’ Hahahaa.
Hai..baru dua hari. Bukan hari tu nak sangat balik rumah. Raya nak dekatlah, baju tak belilah, langsir tak pasanglah, bekas kuih tak ambik lagilah. Macam-macam sayang nak buat kan? Perli Tengku Rizz Zarith.Tubuh isterinya dirapatkan ke badannya. Dia lihat isterinya agak kesejukkan kesan penghawa dingin yang dipasang mereka.
‘ Elok-elok mereka dirumah Tan Sri Ryan Haiqal dan Puan Sri Zaura selama beberapa bulan ni. Bolah pulak bininya mintak mereka tinggal di rumah mereka sendiri untuk hari-hari terakhir ramadhan. Almaklum sudah dua tahun tak menyambut raya bersama.
Mulalah isterinya request macam-macam. Haila, Ria Airisya, perangai masih sama. kebudak-budakan. Bila cakap budak-budak mulalah muncung tu naik tinggi macam paruh burung.’
Ria tidak terkesan langsung dengan bebelan suaminya. “Abang, jom balik rumah mama?” Pinta Ria. Matanya dikebil-kebilkan kearah suaminya. Biar Tengku Rizz Zarith cair. Dia kan bermata hijau, suaminya pula bermata biru. Bila bergabung, bak kata Stacy ‘Bergabung, meletop’….
“Betul nak balik dah?” Soal Tengku Rizz Zarith meminta kepastian. Bukannya apa bininya ni lain daripada lain. Kejap kata yes, kejap kata no, kejap kata nak, kejap kata tak nak. Lama-lama dia yang naik angin. Nak naik suara memang tak lah. Bengang dalam hati. Nasib baik bila dia brainwash sikit Ria boleh terima. Kalau tidak matilah mak…
Ria angguk pasti. Terbit wajah gembira diwajahnya. Setujupun suaminya. Tengku Rizz Zarith mana boleh tak setuju. Sekejap je cair. Ria bangga diri.. ‘Ohh bajet kau Ria Airisya. Eleh sekali sekala.’ ‘Hahahaa.
Kalau macam tuuuu….
“Daddyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!”
“Mommyyyyyyyyy!!!!!!!!!!”
“Ohhh kus semangat..”  Serentak Tengku Rizz Zarith dan Ria Airisya mengucap.

BERSAMBUNG……
ps:Exactly dah siap entry khas untuk ramadhan ni..malam semalam..Tapi haishh nak edit gambaq ni payoh bebenor nak luluihh.. so hope enjoy..

Sunday, February 22, 2015

Forever Yours Bab 17& Bab 18





Tanpa menunggu Ria menghabiskan bicara. “I want really badly your lips..sayang!!”Ucap Rizz dengan nada mengoda.Bibirnya terus melekap ke bibir isterinya.
Ria tidak sempat berkata apa. Suaminya sudah selamat memagut bibirnya dengan kemas. Erat. Pinggangnya turut semakin dipeluk kuat. Rizz gembira kerana isterinya tidakpun menolak atau memarahi perbuatannya.
Tangan Ria yang sudah melingkar dilehernya ditarik semula olehnya. Tanpa melepaskan tangan lembut milik isterinya. Bibir isterinya yang dipagut tadi disentuh dengan ibu jarinya.Ria hanya memandang tepat ke anak mata suaminya,menikmati sentuhan dari suaminya.Benar di dalam hatinya sudah ada rasa cinta terhadap insan dihadapanya ini.
“Sayang,Im so grateful because of your willingness to accept me become your husband.Im so happy because im the only one who can hugging you,kissing you,loving you,cherish you also make you to be the happiess lady in our own life.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sebaik-baik zaujah untuk menjadi pendamping hambamu yang masih kerdil ini.”Doa Rizz dengan kusyuk.
Ria yang mendengar,berasa syahdu mendengar doa yang dibacakan suaminya.Sungguh dia terharu.Rizz kembali memandang isterinya.Matanya singgah ke mata isterinya,terus turun ke hidung kemudian bibir yang merah bak delima merekah. Rizz, rileks masih ada 3 bulan,tak kemana larinya gunung dikejar apalagi Puan Ria yang sah dihadapannya ini.
“Jangan panggil abang dengan panggilan lain,macam masa kita belum menikah.I don’t want that,honey!!”Ucap Rizz dengan nada merajuk tiba-tiba.
Ria yang baru mengerti tersenyum simpul melihat gaya suaminya yang seakan merajuk. “Tak sengajalah abang, terpanggil awak tadi..Lagipun benda kecik je pun,Ria tetap panggil abang,abang kan??”Soal Ria dengan mengangkat kening double jerknya.
“Main-main ye isteri abang ni.”Jawab Rizz lantas mengeletek pinggang Ria.Ria yang sememangnya pengeli tahap petala.Dah menjerit-jerit kegelian apabila tangan Rizz masih lagi tidak puas mengusik pinggangnya.
“Abang, abang. Stop!stop! gelilah. Jangan geletek lagi aa.”Ucap Ria sedaya upaya dengan suaranya tersangkut-sangkut.
Tiba-tiba ketukan pintu diluar dengan sendirinya telah menghentikan perbuatan pengantin baru yang sibuk mengenakan pasangan masing-masing.
“Woi,woi,woi.Rizz.Sudah-sudahlah nak bercengkerama pun.Dari dua jam dah jadi tiga jam.Kau jangan perasanlah nak tidur sini.Malam ni kau kena tidur rumah mama papa kau.Besok majlis weh,aku dah ngantok lah.. Dah nak pukul 12 ni…” Bebel Farish.Sebenarnya naik segan jugak dia nak mengetuk pintu bilik pengantin baru,maklumlah dah namanya pun baru rasmi jadi pengantin.
Tapi nak tak nak bila bakal bapak mertua sudah menyuruhnya memanggil Rizz supaya turun kerana mama papa sudah mahu pulang menyebabkannya terpaksa jugak naik memanggil Rizz kerana kelibat Naufal sudah tengelam selepas disuruh Nia mengambilkan ubat untuknya.Biasalah awal pregnancy.Mestilah mual-muallah, peninglah,nak makan itulah inilah.
Rizz sudah terjengul setelah 5 minit ketukan pintu bilik berhenti.Tersenyum melihat gelagat Farish yang sedang menahan sabar.Rin sudah berada disebelah Farish,tersenyum saja mukanya.Mesti fikir lain-lain lah tu.Bukannya dia tak kenal kedua kawan dihadapanya.Tukang mengusik, merapu, mencengkelat,mengejek.Memang sesuailah bercinta.
“Abang apa tercegat lagi ni.” Ucap Ria lantas mendorong tubuh suaminya keluar dari bilik.Jubahnya sudah bertukar kepada dress lembut berwarna ungu sedondon dengan warna t-shirt Ralph Laurent yang dipakai Rizz.
“Ehh ingat,Pak Su dah tak ada.”Sebab sunyi aje.Soal Ria tanpa memahami senyuman yang dah mekar di muka Farish dan Rin Aira.Sengaja dipanggilnya kawan baik suaminya dengan panggilan Pak Su meskipun belum lagi mereka sah sudah berkahwin dengan Mak Sunya.
“Diorang ni nak belajar kut,apa kita buat kat dalam bilik tadi.”Jawab Rizz selamba.Berona terus muka Farish dan Rin Aira.Matanya menoleh memandang wajah isterinya. Tangannya sempat melingkar di pinggang isterinya.
Pinknya muka.Jawab Rizz tanpa selindung.
“Abang!!”
“Rizz.”
“Choii,punya kawan.Aku dengan baik hatinya nak memanggil kau,boleh kau kata macam tu!!” Ucap Farish sebel. “Dahlah Faiq pun dah cabut lari.Nak tak nak akulah pegang mandat nak bawak pengantin turun!!”
“Yelah tu!Dahlah jom ke bawah!!Kata nak balik..”Jawab Rizz dengan nada menyampah. Dah malas nak mendengar bebelan Farish. “Sayang teman abang ke bawah.” Ucap Rizz dengan nada suara yang berubah manja. Ria hanya memberikan senyuman manis.
Farish dan Rin Aira hanya mampu mengeleng tidak puas hati. Nasib baiklah pengantin baru.

Jam sudah menunjukkan tepat 12 malam.Tapi mata Ria masih lagi tak mahu dilelapkan.Akhirnya dia mengalah.Pantas saja dia membuka laptopnya.Microsoft words yang sememangnya terpapar di skrin laptopnya masih lagi kosong tanpa sebarang tulisan.
Idea ohh idea.Datanglah kau wahai idea.Sesungguhnya aku memerlukan kau wahai idea.Omel Ria tanpa sedar pintu biliknya sudah dibuka oleh Edina.
“Hoi che kak.Tidurlah,besok nak bersanding.Kang mata kau jadi panda,kau jangan nak merungut pulak!!” Bebel Edina sesudah melabuhkan punggungnya keatas katil Edina.
“Aku bukan tak nak tidur lagipun mata aku ni degillah!!”Balas Ria.
“Dahtu kau nak ikutkan sangat mata kau tu.Selawatlah banyak-banyak!!”
“Dah..”Ucap Ria sepatah sebelum dia sempat menyambung ayat.Nada dering telefon yang agak kuat mengganggu perbualan mereka.
“Tones sapa tu??”Soal Ria.
“Entah.. mana tahu,aku kan pakai ringtones lain ,kau pulak pakai ringtones frozen kan??”
“Tak tahu!!Telinganya cuba didekatkan pada telefonnya.Tak bukan phones aku.”
“Macam dekat wardrobe kau je??”Soal Edina.
“Haah.”
Matanya tertacap pada I phone 5 berwarna silver yang elok terletak diatas meja soleknya.
Assalamualaikum!!Jawab suara disebelah sana.
Waalaikumsalam.Balas Ria sepatah dengan rasa ragu-ragu.
Sayang!!Ucap suara disana.Rizz Zarith.
Abang!!Ucap Ria sepatah.
Lambatnya angkat??
Hanphone abang ke??
Jawablah soalan abang dulu.Handphone sayang,abang bagi kan masa hantaran.Saja jer abang call,ingat sayang dah perasan.
Tak jumpalah..Bukannya kenal pun nada deringnya.sorry.Abang dah sampai ke??
Dah!!Baru je.Oklah sayang tidur tau.Esok abang nak tengok isteri abang yang cantik ni!!Ucap Rizz dengan nada yang romantic.
Ngada-ngada betul.Oklah Abang Ria pun dah ngantuk ni!!
Assalamualaikum,rindukan abang,mimpikan abang!!
Waalaikumsalam.klik.

“Siapa??”
“Husband aku!!”
“Wah romantik habis kau yeah.Tak macam kawin tak relakan??”
“Kata kena redha.aku redha lah ni.Cinta bukan tak boleh dipupuk kan??”
“Yelah.”
Nada dering frozen tiba-tiba berbunyi.Ria yang menggangap bahawa itu adalah Rizz.Selamba terus mengangkat.
“Abang,kata nak tidur tadi!!”
“Assalamualaikum.”Jawab suara disana.Terselit nada tegas disebalik salam yang diucapkan.
“Waalaikumsalam!!”Ucap Ria.Mukanya yang berubah menghairankan Edina.
Edina menngangkat kening tanda ingin mengetahui siapa ditalian.Ria cepat menyuruh Edina diam.
Ria terus menekan butang loudspeaker supaya Edina juga dapat mendengar perbualannya.
“Siapa abang??”
“Haidar!!”
“Yess,this is me.Muhammad Haidar Fathullah.Airis!!”
Edina menekup mulut.Barulah dia dapat mengagak gerangan pemanggil yang menelefon sahabatnya.Muka Ria berubah kecut.Pucat.
“Airis,I know you are there!!Ingat I cakap right!!I tak akan lepaskan You!!”Jeda seketika.
“Siapa abang yang you sebut tu??”Soal suara itu semula.
Ria masih membisu.Edina terus mendapatkan telefon Ria.Panggilan yang disambut Ria tadi dimatikan.Bateri telefonnya terus dimatikan.
“Macam mana ni Ria??”Soal Edina turut gelisah.
“Rileks,kita fikirkan cara..!!Aku tak sangka 4 tahun dia cau dari hidup aku..sekarang dia datang balik.”Balas Ria.Perasaannya gundah.
“Haah..I still remember his words Ria.Masa kau tolak dia dulu..!!Aku takut ni..untuk kau..”Ucap Edina gelisah.Siapa tak kenal Haidar.Lelaki itu terlalu taasub dengan Ria sehinggakan dia sanggup mengugut semua kawan-kawan lelaki Ria dan Edina agar menjauhi mereka berdua.
“Lelaki psiko…”Ucap Edina sebal…







Sunday, December 14, 2014

Forever Yours Bab 15& Bab 16

Assalamualaikum.. Janji tetap janji kan??
Here we are another two bab..
Forever Yours..
Rizz dan Ria kahwin...
Nak nyanyi lagu boleh tak????


Bab 15
Suasana di penthouse milik Tengku  Rizz Zarith riuh dengan suara manusia. Bukan sahaja datangnya daripada suara Farish dan Faiq. Suara Riff Zarief dan Naufal serta beberapa sepupunya juga bergabung. Nasib baik rumahnya diperbuat daripada bahan kedap bunyi.
“Enjoy gila,macam ni kan.” Ucap Naufal sambil tergelak. Penat bersorak dan menjerit langsung tidak dihiraukan.Televisyen masih lagi menayangkan Astro sport.Maklumlah demam Piala Dunia sedang bermain dikaca televisyen, maka mereka berenam tidak terkecuali dalam menjadi penyokong tegar arena bola sepak tersebut.
“Itulah,Fal.Yang engkau tak buat before kau kahwin dengan Nia tu apahal!!”Jawab Farish.
“Gila kalau aku buat.Siap kena parang dengan abah aku!!Jawab Naufal dengan nada gerun.Tengok- tengok macam ni bolehlah.Tapi nak buat ‘Party’ macam ni.Boys Night Out gaya Islamic.” Mengeleng Naufal bersuara.
“Eleh,aku dengar Ria ada je buat??”Soal Rizz sambil keningnya diangkat tinggi.
“Bila??”Terkejut naufal dengan jawapan Rizz. Ria cerita?
“Dia cakap few years ago.Masa kakak resident dekat Uni dia nak kahwin??” Balas Rizz tanpa perasaan.
“Maksud kau,Kak Syu??”
“Haahlah.Itulah kot namanya.Aku bukannya tanya banyak sangat pun.Kang daripada adik kau tu long nak bercerita terus muka jadi jeruk jambu batu.” Jawab Rizz tersenggih. Naufal tersenyum. Betul sangat apa yang dikatakan bakal adik iparnya itu.
Yang lain dah terkekeh katawa mendengar perempumaan yang keluar daripada mulut Rizz.
“Ada-ada jelah kau ni Rizz.”Naufal tersenyum mengeleng-geleng.Dia sendiri tahu adiknya,Ria itu belum dan pasti masih lagi tidak membuka hatinya untuk menerima hubungannya dengan Rizz. Memang secara mata kasar,mereka kelihatan mesra seperti pasangan yang sedang bahagia mengira detik penyatuan yang bakal tiba.Tapi dia abang Ria,dia tahu apa yang Ria rasa tidak seperti yang dilihat.
Salah mereka juga kerana membiarkan Ria terlalu kerap bertandang kerumah ‘Titian Iris’ dan ‘Rumah Asuhan Anak Syurga’ yang ditubuhkan oleh keluarga mereka yang ditempatkan di Ampang dan di Subang Jaya.Melihat anak-anak gadis yang pelbagai usia yang datang kerumah Titian Iris dalam pelbagai rupa malah kadang kala Ria adalah orang yang berada sama dirumah tersebut menyambut kehadiran penghuni baru menyebabkan hati Ria menjadi kental untuk menerima insan bernama lelaki.
Pelbagai kisah dan penderitaan penghuni banyak diceritakan pada Ria,memandangkan Ria disitu juga menjadi Doktor Psikiatri untuk memulihkan semangat anak-anak yang datang.Kebetulan rumah Titian Iris itu ditubuhkan dengan menggunakan namanya sebagai penaung malah dikhaskan untuk anak-anak gadis dan para wanita sahaja.Banyak cerita yang menyedihkan dan kadang-kadang membuatkan mereka sekeluarga turut merasa keperitannya sama.Apatah lagi Ria.
“Haah,mengelamun!!”Sergah Rizz.
“Hish,kau ni Rizz. Ucap Naufal malu kerana terkantoi dengan bakal adik iparnya selang beberapa jam lagi.Rizz kau kena janji dengan aku tau!!” Ucap Naufal dengan suara yang dikendurkan.Dia memandang Rizz yang sudah duduk di kerusi balkoni bilik utama.Mereka yang lain sudah lama terbongkang memandangkan jam sudah menjejak pukul 4 pagi.
“Janji apa??”Soal Rizz keliru.
“Kau kena pikat Ria habis-habis!!”Jawab Naufal dengan mata mengharap.
“Apalah kau ni sah-sah aku kena pikat dia.Dah dia bini aku.Takkan aku nak bagi dia lari dekat si Jason tu.Dah lah kerabat Britain,aku ni kerabat negeri je!!”
“Aku tak main-main ni,You know the story,right??Aku dah cerita dekat kau after kau engaged lagi kan.”Naik suara Naufal. Main-main saja Rizz ni.
Rizz berhenti tersenyum nakal“Yeah aku tahu pasal anak-anak Titian Iris tu??”
“Haah..tau pun!!” Balas Naufal.
“Aku janji.Aku akan pastikan sebelum tiga bulan kami akan jadi pasangan dalam erti kata sebenar.Tanpa paksaan.Rela hati,both of us.Dia cintakan aku,aku lagi cinta mati dekat dia.Don’t worry lah,tak payah aku mintak dia yang serah diri dulu.I’m capable to do that.Aku kan anak murid Shakepears dengan Jane Austin.Tambah-tambah kau tengok berapa ketul coklat dengan badan aku ni,kau ada 6 jer,did you see mine? ..I have ten.Jawab Rizz  berlagak dengan besertakan double jerknya.
“Yelah,kau.berlagak tak hinggat.Jawab Naufal.dah lah Rizz kau melalut,tidurlah.Nanti kalau kau terlajak tak pasal-pasal.Jason yang akad??”Balas Naufal dengan keningnya diangkat tinggi.
“Janganlah,kau Long.Aku dah tak sabar nak jadi adik ipar kau ni.”Ucap Rizz dengan muka sedih.
Naufal ketawa mengekek. Sengal betul bakal adik iparnya itu. Nasiblah Ria digula-gulakan. “Aku main-main jelah.Dia tak ada,dah balik UK dah.jadi jangan risau lah!!”
“Mana kau tahu??”
“Ria dengan Edina yang hantar dia.”Jawab Naufal selamba.Rizz pandang Naufal tajam. Ria hantar Jason?..Tanpa cakap kat dia.Tanpa sedar timbul kerisauan pada hati Rizz.Kenapa Ria tak bagitahu?
Naufal pandang muka Rizz yang berubah keruh. “Aku cakap jangan risau.Once korang dah rasmi.Kau tanyalah Ria,apa yang diorang bualkan. Lagipun abah yang izinkan.Mulanya Ria tak mahu pergi lagipun kan tak elok pengantin keluar bila dah nak dekat majlis,dia nak mintak izin kau.Tapi abah kata,tak apa.Abah akan explain dekat kau.” Balas Naufal ingin melegakan hati Rizz.
“Sebenarnya,lepas kau pergi beli barang kahwin dengan Ria siap sekali dengan Mak su tu.Kan kau bawak Ria sampai malam.Bila dia balik,Abah tanya sebabkan bukan Mak Su yang hantar,kau yang hantar dia.”
Rizz mengangguk faham.memang selepas perbincangan dan sesi pujuk memujuk dia yang mengoffer Ria untuk dihantar pulang.Walaupun pada awalnya Ria menolak.Namun disebabkan panggilan kerja Mak Su dia terpaksa juga mengikut Rizz.
“Aku rasa lepas kau kahwin barulah aku ceritakan.Lagipun memang dah nak subuh dah ni??Kau tak nak tidur??” Soal Naufal.
Rizz menggeleng. “Pagi ni aku akan dapat tanggungjawab baru dan lagi berat sebab aku nak jaga anak orang.Aku nak date dengan Allah.Kau nak tidur,tidurlah.Aku dah qada tidur petang semalam.”
“Tak apalah aku teman,sekarang ni aku kawan kau.Lepas akad termeterai aku abang long kau.” Jawab Naufal dengan sengihannya.
“Kalau macam tu ceritakanlah kat aku!!”Ucap Rizz Zarith teruja.Finally dia dapat dengar sendiri kisah hidup tunangnya dari insan yang paling rapat dengan tunangnya itu.
“Sebenarnyakan aku tak nak ceritakan kat kau sekarang sebab tak nak kau tergugat,tapi kalau kau tak tahu sekarang lagi berat jadi aku ceritakanlah.”
Naufal pun menceritakan semua kisah yang terjadi pada Ria,Jason yang turut melibatkan Edina. Rizz yang setia mendengar makin berdebar kerana Jason bukan seseorang yang calang-calang malah bakal isterinya juga bukan seperti gadis merendah diri yang biasa.Memang dia bertuah mendapatkan insan bernama Ria Airisya Naomi.
Tak sangka bukan sahaja,Jason atau nama islam Muhammad Earl Jazriel Spencer bin Abdullah bahkan keseluruhan keluarga Jason sudah memeluk islam hanya kerana sebuah talk yang dibawa oleh tunangnya telah menyentuh hati mereka sekeluarga untuk mencari jalan islam.
Meskipun keinginan Jason dam keluarganya,tidak pernah diberitahu pada Ria mahupun Edina.Jason sendiri pernah memberitahunya sewaktu mereka bertemu tiga pasang mata sebelum dia berangkat pulang UK.
“Kau memang bertuah sebab memperolehi dia..Mata Jason tunak memandang Ria yang sedang leka memilih makanan di meja buffet yang tersedia di Hotel Pullman..As a wife,she can make you being the great imam in your whole family,a good leader for your legacy, a good man for her,also a greatest papa for you children.She has everything that every guy want!!And…you got her.Please cherish her as she is.Protect her like a couple week ago,like you protect her from me.”Ucap Jason dengan ikhlas.
Naufal bagitahu selepas sahaja mendengar syarahan ynag dibawa Ria,mereka bukan meminta bantuan Ria.Malah,mereka mencari sendiri cahaya islam itu.Sewaktu Jason memikat Ria,dia tak pernah sekalipun bercerita tentang keislamanya.Malah,disebabkan Ria masih belum menghabiskan ijazahnya,dia sanggup menyambung pelajaran masternya hanya kerana ingin dekat dengan Si Ria.





Bab 16
Suasana yang indah itu senyap seketika. Satu suara yang tadinya getar mula melafazkan akad. “Aku Terima nikahnya Ria Airisha Naomi Binti Muhammad Nazrin Alam Shah dengan mas kahwinya RM 1000 ringgit tunai.” Ucap Rizz dengan satu lafaz.Sehabis baik dia mencuba. Malulah kalau tak lepas untuk yang pertama kali.
“Sah!”
“Sah!”
“Sah!!”
“Alhamdulilah.” Ucap semua orang yang turut sama didalam majlis pernikahan Tengku Rizz Zarith dan Ria Airisha Naomi.Semua menadah tangan kesyukuran apabila tuan imam membacakan doa.
Encik Nazrin yang merupakan wali Ria dan juga orang yang mengoncang tangan anak menantunya tadi juga tersenyum gembira. ‘Akhirnya,lepas dah anak yang paling keras kepala ni!!’ Bisiknya dalam hati tersenyum.Matanya menoleh kearah Puan Rin yang sedang elok bersimpuh disebelah Ria.
Puan Rin yang perasan akan tindakan suaminya turut tersenyum.Matanya turut mengalirkan air mata kesyukuran apabila anak perempuannya selamat dinikahkan.Tinggal si adik sahaja tinggal.
Selesai sahaja akad nikah,sepupu-sepupu Ria termasuk lah Edina dan adiknya Ria  Ayiesha menaburkan kelopak bunga mawar  dari tingkat  tiga rumah Encik Nazrin.
Ria memandang jari manisnya yang tersemat cincin Tiffany bertatahkan seketul berlian besar yang memang dilhatnya bersama Rizz dan keluarganya sewaktu membeli barang kahwin. Pergelangan tangannya baru sahaja dihiasi gelang pusaka keluarga Rizz yang disarungkan ibu mertuannya Puan Sri Zahra.
“Thank you so much sayang sebab nak jadi menantu mama.”Ucap Puan Sri Zahra syahdu.
“Me too,mama sebab tak kisah terima Ria jadi menantu mama meskipun Ria ni biasa sahaja.”Ucap Ria juga bersungguh.
“Biasa apanya.Ria mesti luar biasa punya sampai buat anak mama selalu gila baying. Lagi-lagi bila teringatkan Ria!!”Tutur Puan Zahra bersungguh.
“Betullah,sayang.Sayang memang luar biasa.sekarang ni luar biasa cantikknya.”Bisik Rizz di telinga Ria yang belapiskan tudung dan veil tapi masih kuat sekiranya semua yang ada disekeliling boleh memandangnya dan tergelak melihat keletah pengantin lelaki yang tak tahu malu.Merah terus muka Ria.
“Merahnya muka dia???”usik Naufal.
“Diamlah.” Bengang Ria bersuara.Matanya memandang si suami yang masih lagi berada di sisinya. Sempat dia memberi jelingan.Tambah tersenyum lagi ada.

Rizz memandang dari jauh kelibat isterinya yang sedang mengambil makanan di meja buffet. Lain daripada lain. Kalau orang lain dah sah nak semua makanan terhidang depan mata.Ini tak, makanan carik sendiri. Langkah kakinya perlahan menghampiri isterinya. Tersenyum melihat telatah si isteri yang sorok-sorok menyuap buah tembikai kedalam mulut. Bagus sangatlah makan berdiri!.Tangannya dipanjangkan kebelakang pinggang Ria.Zupp…capai!!Bisik Rizz.
“Apa nii.”Ria yang terkejut terus menyentak tangan yang dipinggangnya,tapi apakan daya tenaganya dengan tenaga si Rizz yang sememangnya lelaki dan berbadan tegap nak dilawannya.
“Sayang,abang nak pegang je tak boleh ke??”Soal Rizz dengan riak mengusik.
“Bukan tak boleh,malulah.Semua orang pandang.”Ucap Ria malu tapi dalam hati sebel,mamat ni tak pernah dengar kata.Ohh bahagia,kena paksa macam ni.Otak aku ni dah super mereng rasanya..
“Ohh jadinya dalam bilik nanti bolehlah ye??’Soal Rizz dengan nada usikan.
“Entah!!”Jawab Ria lalu berlalu pergi dengan membawa pinggan yang penuh dengan makanan. Badannya nyaris tertumbang kebelakang apabila pingang ramping ditarik  kembali oleh tangan sasa Rizz.
“Bolehlah kan sayang??”Soal Rizz teruja dengan suara mengoda.
“Malam ni mana you boleh tidur sini.Besokkan majlis,you kan kena gerak dari sana??”Ujar Ria dengan kening terangkat. Nasib aku selamat.
“Mengejeklah tu,dalam hati.”Balas Rizz geram.Tangannya pantas mencuit hidung Ria.
“Sudah-sudahlah Rizz oii.Tak larinya bini kamu tu.Dah pergi makan sana.lagipun sekejap lagi nak zohor.Para lelaki haruslah bersiap untuk berjemaah.” Bebel Puan Sri Zahra diikuti gelakan daripada yang lain.

“Beautiful!!Ucap Rizz sepatah.Matanya melihat Ria yang sudah menangalkan veil dan tudungnya. Tanpa sedar langkah kakinya sudah bergerak kearah Ria yang sedang leka menyikat rambutnya yang panjang sehingga kepinggang. Langsung tidak sedar ada sepasang mata biru yang sedang elok berdiri di sebelah bilik wardrobe yang masih lagi bertuala separas pinggang.
“You are such a beautiful angel,sayang.Ucap Rizz tanpa sedar hidungnya sudah melekap ke kepala Ria.I’m very happy because im the only one who get you,cherish you love you.”Nafasnya sudah berombak keras meskipun baru sekadar mencium bau rambut isterinya. Haila Rizz mentang dah sah tak kuat iman langsung. Ingat tiga bulan..
Ria terkaku diatas kerusi meja solek.Tak berani wajahnya nak menghadap suaminya yang masih leka bermain dengan rambutnya.Justeru, matanya sedaya upaya dialihkan kearah lain.Terhenti pada perut suaminya yang benar-benar mengetarkanya. ‘Walaweii,lagi ketak daripada alongnya punya choco bar.’Ucap Ria nakal didalam hati.
“Did you feeling me sexy??”Soal Rizz tiba-tiba.Ketika matanya leka melihat wajah isterinya.Baru dia perasan isterinya merenung jauh kedalam cermin yang membiaskan pantulan wajah mereka berdua. Dia memandang isterinya telus.Ria cantik dan seksi dengan jubah tidurnya yang berwarna putih labuh hingga ke kaki. Dia tahu bahawa jubah tidur tersebut memang berbelah ditepinya sehingga  boleh menampakkan peha isterinya yang putih mulus.
 “Abang sexy ker?”Soal Rizz mengusik lagi.Berona merah terus wajah Ria.kantoi matanya leka melihat badan suaminya yang tegap bertambah dengan six pack suaminya.
“Hishhh..saja aje. Rengus Ria manja.Rizz dah tersengih mengoda.Pergilah pakai baju,kan tak solat lagi? ” Ucap Ria cuba mengelak,lantas bangun menolak badan suaminya ke bilik wardrobenya yang sememangnya sudah terletak baju Rizz yang sudah disimpannya untuk simpanan di rumah ibu bapanya.
“Eii,blushinglah bini abang punya muka ni!!”Usik Rizz sambil mencuit pipi isterinya lagi.Suka hatinya dengan reaksi manja isterinya.
“Awak ni!!”Ucap Ria geram.
“Panggil apa tadi??”Soal Rizz semula setelah sudah siap bersolat isyak.
“Haah!”
“Panggil apa tadi??Awak??” Soal Rizz dengan kening diangkat tinggi.
Ria tergugup tiba-tiba. ‘Terlepas sudah.’ “Err..err..err..!!” ‘Susah aku macam ni..’Omel Ria di dalam hati.
“Apa errr..errr??”Soal Rizz sambil menghampiri isterinya yang masih tidak berkutik di sofa sebelah meja solek isterinya itu.Badannya sudah tepat dihadapan isterinya.Baju melayu dan kain pelikat sudah ditanggalkan dari badannya,hanya tinggal  seluar jeans sahaja.Tangannya pantas menarik pinggang isterinya.
Ria yang tanpa sedia,terus tersembam mukanya kedada suaminya.Hidungnya yang bersentuhan dengan dada suaminya lantas dapat menangkap bau Bvglari Aqva milik suaminya.Sengaja saja Rizz ni nak mengenakannya.Bukannya dia tidak pernah meberitahu suaminya bahawa itulah haruman lelaki yang paling dia sukai. ‘Saja je nak mendebarkan hatinya.’Omel Ria.
“Sayang…!!”Ucap Rizz dengan nada yang tegas tiba-tiba.Ria terus tersentak dari mengelamun. Kepalanya didongakkan memandang sepasang mata biru yang masih erat memeluk pinggangnya.Rizz mengetatkan lagi tangannya di pinggang isterinya sehingga dia dapat mendengar nafas si isteri yang tidak teratur.Gementar barangkali.
Ria dengan reflex meletakkan tangannya didada Rizz yang terdedah.Merah terus mukanya apabila tangannya gatal memegang dada tegap suaminya. “Abang…!!!”Ucap Ria geram.
Rizz dah tersenyum semula apabila panggilan abang keluar semula dari mulut wanita kesayangannya. “Nasib baik panggil abang,kalau tidak nak aja bagi denda ni.”Ucap Rizz selamba.
“Haah!!Apa awak cakap ni??”Soal Ria dengan nada terkejut.Masih blur dengan tingkah suaminya.
Cup..
Bibir Rizz dah menyentuh bibir Ria tanpa disedari.Sekejap.Matanya kembali melihat mata bulat berwarna coklat milik Ria.Ternyata Ria terkejut dengan perbuatan suaminya yang tiba-tiba.
“Awak!!!”Jerit Ria geram..
“Apa,sayang??”Soal Rizz sengaja.
“Eii, nak kiss pun bagilah signal ke apa ke..ini tii!!”

ps: bab 16 ni ada sambungan..just wait n see..!! saja nak bg suspense.. takkan akad nikad Rizz tak bg something special pada Ria kan,kan,kan?????
hahahahha..Jangan marah~wink..
Nak balik Uni jadi tak tau bila up lg kan?? Kalau Line kat sana okey..Lia up laaa sambungan bab 16 nie~~wish me lucky..Assalamualaikum..