Monday, November 3, 2014

Operasi Memikat Si Dia..!!-Bab 1





Bab 1~
Airis mengomel sendirian. Kepalanya diketuk perlahan berkali-kali.Kalau jahanam I-Phonenya itu,sudah masuk kali ketiga dia terpaksa menukar telefon bimbitnya.I-Phonenya dilambung-lambung laju.
“Apa aku nak buat ni..Eyan ni apahal tak nak balik cuti ni.Sabar jelah dapat mamat tak cukup akal ni..hatinya cukup tak keruan dengan permintaan mamanya.Tulah kau tak ada penyakit kau carik penyakit.Tak pasal kena bawa balik bakal menantu”.Teringat perbualannya sebentar tadi bersama Puan Rozita.
“Assalamualaikum.”Ucapnya sepantas sahaja panggilan telefonnya bersambut.Bukannya apa,kalau salam tak ada.Startlah kena perli dengan mamanya dan selalunya ayat sama yang akan keluar ‘Baru pergi negara omputih dah lupa nak bagi salam yang senang kacang tu,mana adab sebagai seorang Islam.Blablablabla’..“Ma,Airis dah sampai KLIA.” Sambungnya laju.
“Waalaikumsalam,alhamdulilah sampai jugak Ai balik.Risau mama Ai naik flight berbelas jam.Bawak tak calon menantu,mama papa dah cakap nak jumpa kan??”
Pehh mama aku ni.Straight to the point.Tak corner-corner bertanya. Airis mengeleng laju sambil terbit senyuman diwajahnya“Nantilah dulu ma.Nak jumpa pun,bawaklah bersabar.!!” Tak lari pun.Ucapku sekadar dalam hati.
“Habis tu bila nak balik,jangan nak lambat-lambatkan??Lagi satu mama risau.!”Nada suara Puan Rozita sudah kembali sayu.Airis tahu itulah saja modal mamanya untuk memujuk dia dan adiknya pulang kerumah.
“Okeylah mama,Ai balik hari rabu or khamis ni okey??Ada kerja nak selesaikanlah,Ma. Ma janganlah risau,anak ma baik-baik je.” Ucapku jujur.Dosa tak jujur.Nak kena angkat jadi anak durhaka kah?Tak nak!! Kang keluar semua piring made in Saigon mama melayang atas kepala.
“Habis duduk kat mana??Dengan siapa??”Tanya Puan Rozita lagi.
“Duduk dengan Elya, laa mama!!Kan Elya duduk dengan Ai”Kalau sebut Elya,Puan Rozita tahulah dimana dia menetap a.k.a lepak. “Okey ye ma,Ai dah kena amik teksi ni.”
“Yelah hati-hati..Sayang Ai mama ni.Assalamualaikum.”
“Sayang mama jugak,Waalaikumsalam.”
‘Mana aku nak carik lelaki yang sanggup boleh jadi encik calon menantu mama ni..Aku ni dah sure-sure lah tak ada spare part apa-apa. Mati aku kalau kena kahwin dengan mamat tak cukup akal anak kawan mama tu.Dahlah merenyam semacam..HUH..Fade up gila macam ni.Tak kahwin susah,nak kahwin lagi susah.’Tote bag jenama Prada dibawa ke hadapan..Ingin melihat isi-isi barang yang dibawanya pulang.
Tanpa sedar ayat yang disangka hanya bermain didalam fikiran rupanya adalah yang terkeluar ayat sama yang keluar dari mulutnya.Ini memang disaster!!” Matanya menoleh laju kekiri dan kanan..Baru perasan akan figura seorang lelaki yang dengan selambanya tunak memandangnya. Bukan perasan tapi dah memang sah lagi betul tak ada siapa-siapa sebelahnya.


Aliff tersenyum seketika.Kelakar juga gadis yang menjadi tatapannya itu.Manis tapi agak kelibut.Tiada senyuman tapi terpancar kegelisahan dari raut gadis itu. ‘Yeke tiada senyuman,Aliff???' Sebut hatinya.Kau jangan nak kenakan aku hati!!!’Bengang apabila apa yang berada dimindanya tidak sama seperti apa yang ada dihatinya.
“Assalamualaikum,Aliff!!”Pak Mat sudah tepat berada disebelahnya.Kus semangat.Laju tangannya mengusap dada.Agak terkejut melihat pemandu peribadi papanya tiba-tiba muncul disisinya.Itulah tunak sangat memandang sesuatu yang tidak halal.Dia tersedar bila tangan tua Pak Mat memegang bahunya.
Waalaikumsalam.Pak Mat,sihat???”Ucap Aliff laju.Tidak mahu Pak Mat perasan akan dirinya yang sedang mengelamun.Aliff mencari Audi RS7 miliknya yang elok terparking dihadapanya saat dia sudah sampai ke pintu masuk KLIA.
“.Pak Mat sihat alhamdulilah.Aliff sihat??” soal Pak Mat sambil memasukkan luggage milik Aliff kedalam boot kereta.
“Sihat,alhamdulilah!!Pak Mat ada apa-apa tak jadi sepanjang sebulan Aliff outstation sebulan ni??”Soal Aliff.Perkara itu yang berlegar-legar didalam kepalanya tadi ketika ingin masuk kedalam pesawat sehingga dia hampir terlanggar seorang wanita.Tidak sempat ingin meminta maaf.Wanita itu sudahpun berlalu pergi dengan memohon maaf.Dia yang salah,wanita itu yang memohon maaf.‘Patutnya dia..Haila,Aliff!!Menyesal sekarang pun tak guna.’
Soalan mengenai rumah agam milik Tok Ki harus ditanya terlebih dahulu.Kalau tidak nahas hidupnya.Tambahan lagi sewaktu zaman jahiliahnya dulu.Habis pulang sahaja dari Scotland.Ketika itu, dia baru sahaja  pulang berjimba bersama Thaqif.Sekali pulang dia dihambat dengan pedang samurai milik Tok Kinya apabila ada berita di surat khabar menjelaskan bahawa dia pergi ke Scotland ketika itu bersama model terkenal.Nasib baik tak dilibas kepalanya.Kalau tidak sah putus kepala.
Kali ini pula berita terbaru harus diperolehi terlebih dahulu dan tentunya Pak Matlah orang yang akan menyampaikan berita.Itu pun hanya sekadar perkara umum.Jika sudah melibatkan Tok Kinya memang sah Pak Mat pun tutup mulut.Seal terus!!Hal itu makin merisaukannya sebab Tok Ki dah pesan awal-awal sebelum berangkat lagi supaya sampai saja di Malaysia.“Aliff kena bawa bakal isteri sekali.”Siap bersama pakej renungan tajam.Tapi dia buat derk aja.Lagipun Tok Ki sure tak ingat apa-apa,pada hematnya ketika itu. Almaklumlah, datuknya sudah meningkat ke umur 80 tahun.Cuma bila sedang mengemas luggage ketika dihotel untuk pulang dia mula teringat akan pesanan Tok Kinya itu.
“Haah jangan terperanjat bila sampai rumah nanti!”!Ucap Pak Matt sepatah.Ada kenduri malam ni.”Ucap Pak Mat sekejap.Semua dah tunggu kamu dengan bakal tunang kamu balik.”Ucap Pak Mat lantas tersengih.Kelakar melihat anak majikannya.Asyik mengelamun sedari tadi.Pak Mat terus menonong ke tempat driver.
“Haaaaaaaaaaaaahh..”Aliff terperanjat.Jika wujud betul-betul istilah ‘terkejut beruk’ didalam kamus dewan.Maka itulah riak mukanya ketika itu.
“Tak boleh jadi ni.!!”Dia wajib mencari jalan penyelesaian.Matanya kembali melihat gadis yang masih setia berada dekat semeter tadi.Bala tak bala belakang kira.Yang penting perempuan itu jer yang setia berdekatan  sisinya.
Aliff terus berjalan kearah gadis yang masih lagi statik di tempatnya tadi. “Ikut Aku!!.”Ucapnya dengan nada beku.Renjatan elektrik terasa bila dia selamba badak menarik gadis itu masuk ke Audi RS7 miliknya di bahagian penumpang belakang.Huish..Tak pernah aku pegang anak dara orang rasa macam ni.Telah hatinya.
Tapi niat utamanya yang mahukan gadis itu menjadi penyelamatnya terus menyebabkan dia cepat-cepat melupakan telahan hatinya.“Pak Mat tolong buka boot kereta!!Arahnya. Cepat-cepat mini luggage LV milik gadis itu dimasukkan kedalam boot yang masih belum terbuka rapat.
Airis tercengang dengan tindakan berani mati lelaki yang menariknya bahkan menolaknya masuk kedalam kereta tadi. Tidak sedar pada mulanya bahawa tangannya sudah laju dipegang kemas malah ditarik tanpa sempat dia berbuat apa-apa. Dia menoleh pada pemandu yang sudah siap sedia ditempat pemandu.Nampak baik-baik.Senyuman diberikan pada pakcik pemandu lelaki itu lantas pemegang pintu cuba dibuka.Namun tidak sempat apabila lelaki itu sudahpun menahan pintu daripada terbuka.Lelaki itu kembali santai disebelahnya. Merungkaikan jaket kulit miliknya sebelum pandangan mata lelaki itu tepat memandangnya.Tergamam.
“Cantiknya mata..dia”Bisik hatinya.Airis!!!Otaknya laju memberi tegahan.

No comments:

Post a Comment