Friday, November 7, 2014

Forever Yours-Bab 10&Bab 11

ASsalamualaikum!!!Finally~Ad janji,Ad tunaikan...Nak panjang,nak full entry..Ad bagi 2 bab..Here bab 10 dan 11.Harap anda suka.Like di link fb..Baru Ad tambah bab baru okey!!!Now Ad nak (ca,alif,ba,wau,ta)...Enjoy reading~
Ps;Mr JJJ here~peace no war..



Bab 10
Tepat jam satu petang mereka berempat keluar dari Secret Recipe.Cepat-cepat Ria mengajak Rin Aira balik ke kereta memandangkan mereka sudahpun habis membeli-belah.Tadi sahaja sudah azab berhadapan dengan Rizz Zarith.Geramkah atau sebelkah??Jawapannya tidak. Hilang dah semua rasa bengang yang hadir sewaktu lelaki yang sudah menjadi tunangnya itu memaksanya menuruti segala rancangan gila lelaki itu.Dia cuma segan,segan duduk berdekatan dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.Terpaksa duduk bersebelahan.Kadang-kadang bahu mereka tanpa sengaja tersengol.
Watak-watak hero yang dibuatnya semua mempunyai ciri-ciri terpuji.Haila,Ria.Memang betul cakap Edina.Semua heronya mesti full package.10 over 10.Tak kurang walau satu ciri sekalipun.Sama macam jejaka itu.Tapi satu yang amat penting baginya.Beriman,menjaga adab dan tatasusila itu wajib baginya.Tidak kiralah dia seorang yang datang dari golongan sederhana mahupun kaya raya.Pakej lengkap mesti ada pada heronya.Pelik dan kronik.Mana ada yang perfect tahap seratus peratus macam yang diinginkannya.Kata Edina!!
“Mak’su!!!”Ria memanggil Mak’Sunya yang masih lagi  sibuk melihat setiap kedai yang mereka lalui sepanjang perjalanan ke kereta.Nasib baik dia cepat meminta diri untuk pulang dari Rizz dan Farish tadi.
“Haah,kenapa??”Soal Rin Aira.Agak terkejut dengan sergahan Ria Airisha.
“Kita singgah masjid dahulu yeah!!Sah ramai umat manusia kat surau,kalau kita solat disini??”Soal Ria.Beg-beg hasil beliannya dan Rin Aira dikemaskan kedudukannya.
“Bolehlah.”Ucap Rin Aira.Dia sendiripun malas nak bersesak masuk keruangan surau yang disediakan di pusat membeli belah itu.
Langkah kaki mereka laju melangkah mencari lift tempat mereka masuk tadi.

Farish memandang wajah sungul Rizz.Tadi sewaktu kedatangan Ria.Happy macam orang dapat lollipop.Pulang jer Ria,monyok kalah gagal dapat tender syarikat.Dia rasakan Rizz menyimpan satu bebanan pada bahunya.Nampak sahaja perilakunya biasa.Tapi hati siapa yang tahu.
“Rizz!!”Farish menyengol bahu temannya.Alahai awat lemah macam sotong kurita nie.
“Haah..”Tersentak Rizz sekejap.Dia menoleh pada kawan baiknya itu.Keningnya diangkat sebelah. “Kenapa??”Tambahnya.
“Kau kenapa??”Tanya Farish.Nampak macam susah hati jer hot guy nie.
“Tak ada apa-apalah.”Terus dia berjalan menuju tempat membayar auto parking.
“Hoi!!!”Sergah Farish.
“Apalah!!!”Bengang pulak Rizz.Walletnya dibuka seraya mencari tiket parking kereta.Mana pulak aku letak tadi.Ada ke aku ambil tadi.Omelnya didalam hati.Malas ingin bertanya pada Farish.
“Haahh..kau cari parking tiketkan??’Soal Farish.Jari telunjuknya diawang-awangkan.
Rizz menganguk laju. “Haah mana erk aku letak??”Soalnya blur.Keningnya dikerut-kerutkan. Cuba mengingati dimana keberadaan parking tiket keretanya.

Laju Farish mengeleng.Sah kepala otak kawannya itu tengah biul.Sudah diingatkan sejak dari mereka keluar dari kereta tadi, mereka gunakan kad touch n go sahaja untuk masuk ke pusat beli-belah itu.Mana ada perlu membayar auto parking lagi. “Memang sah la sampai besok kau tak jumpa!!Kita guna kad Touch n Go kan??”Jelasnya.
Rizz menepuk kepala. “Allahuakbar.Aku lupa la beb.Thanks,ingatkan aku.”Rizz menoleh belakang.Nasib baik tiada orang dibelakangnya.Sah dirinya akan dimarah kerana lambat.
“Cerita kat aku apa yang ada kat kepala otak kau tu??”Terus Farish menyoal.
Rizz mengumam seketika sebelum mengeluh perlahan.Kemudian membisu semula.Bengang pulak Farish jadinya.
“Tak payah nak kelentong aku,pasti Ria kan??”Tebak Farish.
Rizz menoleh kearah Farish laju.Sempat Farish tersengih.Betullah tu jangkaannya.Tiada orang lain selain Ria yang mampu membuat otak seorang lelaki bernama Tengku Rizz Zarith jadi biul seperti ini.
“Kau rasa dia dapat terima aku tak?”Soalnya terus.Malas dah Rizz nak berdalih.Tiga orang kawan baiknya itu,punya otak geliga.Farish,Faiq dan Darwish.Mereka cantum apa yang ada difikirannya seolah mencantum binaan ayat sahaja.
“Terimalahkan??”Farish cuba berdalih. “Kan dah jadi tunang secara rasmi.Nak apa lagi?”Soalnya mudah.Nampak sangat kawannya itu masih ragu-ragu.Dia malas sebenarnya mahu masuk campur.Rin Aira sudah menjelaskan isi hati anak buahnya itu.Cuma Rin memintanya untuk merahsiakan hal itu dari pengetahuan Rizz.
“Kelakuan je nampak terima.Hati?”Soalnya semula.Farish yang sudah dua tiga langkah dikejar laju.
“Apa susah.Jeda dia seketika.Lengan Rizz Zarith ditarik dekat dengannya.Apa kata macam ni…!!”Farish berbisik ditelinga kiri Rizz Zarith.
“Masalahnya dia dah balik dah pun!!”Balas Rizz geram selepas habis Farish menjelaskan rancangannya.
“Siapa kata??”Soal Farish.Sinis dia memberikan senyuman. “Kau tengok depan tu!!” Sambungnya. Dari tadi lagi dia perasan dua gadis itu menonong jalan tanpa melihat kiri dan kanan.Sampaikan mereka yang berbadan tegap dan tinggi seperti model Hollywood pun, tidak mereka perasan.
Rizz cepat-cepat menoleh kedepan.Baru tersedar dua gadis yang baru dijumpai mereka tadi tengah sibuk memasukkan beg-beg shopping milik mereka berdua kedalam kereta tanpa perasan kehadiran mereka berdua.
“Apalagi,jalankan rancangan aku.Kalau kau berjaya,aku mintak upah,Okey!!”Ucap Farish laju menuju ke kereta buah hatinya yang kebetulan diparking disebelah kereta Rizz Zarith.
Rizz hanya mengeleng laju.Bijak punya kawan nak mengepau.Tahu sahaja Farish memberi akal untuk menghilangkan biul otaknya itu.Rizz tersenyum semula.Laju dia melangkah kearah tempat sebelah pemandu kereta.
Sehabis mereka memungah barang-barang mereka ke bahagian belakang tempat penumpang. Ria terus sahaja masuk kedalam kereta.Tidak sempat dia menutup pintu kereta milik Rin Aira apabila satu tangan cekap menahan pintunya itu.Ria melihat kelibat Mak’ Sunya yang juga sudah tersenyum lalu  mengeluarkan sebelah  kakinya dari tempat pemandu kereta.Cepat-cepat dia menjenguk keluar melihat gerangan pemilik tangan yang menahan pintunya.Harap-harap bukan perompak.Kalau perompak takkan Mak’sunya boleh tersenyum.
Agak terkejut Ria melihat Tengku Rizz Zarith yang elok tersenyum macho memandangnya. Kalau tak kuat iman sah jejaka itu akan  dingapnya.Kenapa manusia ciptaan Allah yang ada dihadapannya itu cukup sempurna cirinya.Kenapalah dia tidak berdaya menolak permintaan Abah dan Mak untuk menerima jejaka itu menjadi pendamping hidup.Sedangkan sudah ramai jejaka yang melamarnya baik menjadi kekasih mahupun isteri, sudah dia tolak dengan baik.Hanya satu sahaja..
“Ria!!!!!!!!!”Panggilnya semula.Sudah berapa kali dia memangil gadis itu.Tapi makin telus gadis itu memandangnya. Rizz laju memetik jari telunjuk dan ibu jarinya.
“Haaahhh??”Terperanjat Ria dari lamunan.Allah,kantoi ke kau merenung anak teruna orang Ria!!Kepalanya diketuk.Buat malu kaum jelah kau ni Ria.
Rizz terkekek ketawa.Alahai cantiknya dia bila malu.Hilang terus rasa gelisah tadi.Melihat gaya dan perilaku gadis itu saja sudah mampu meyakinkannya bahawa gadis itu turut menerima kehadirannya.Kalau tidak tak mungkinlah gadis itu berani merenungnya bagai mahu tembus.
Sebel Ria.Nampak sangat kantoi mengusha jejaka itu.Kalau tidak masakan lelaki itu tidak berhenti ketawa.Dia merengus geram.Siapa tak terpesona dengan pemilik mata biru itu.Matanya sahaja mampu memberi satu rasa lain padanya yang selalu orang memanggil Queen of Iron.
“Sayang,nak usha pun agak-agaklah.Tak Nampak ke Mak’Su you dengan Farish pandang-pandang sambil tersengih.?”Ucap Rizz dengan sisa tawa yang masih berbaki.Langsung tiada rasa bersalah mengelakkannya.
Ria menoleh laju.Semakin berona wajahnya bila Mak’Sunya dan Farish sudah tersenyum melihat perilakunya yang kurang senonoh itu.Alahai macam nak masuk bawah comforter rasanya.
“Sayang boleh tak?”Makin berani dia memangil tunangannya itu dengan panggilan ‘Sayang’.Harap-harap gadis itu setuju.
“Boleh apa?”Soal Ria dengan wajah blur.Perkara tadi cuba dilupakan meskipun suara Mak’Sunya dan Farish yang mengusiknya masih lagi kedengaran.
“Haaahhh… nampak sangat tak bagi perhatian.”Rin Aira tiba-tiba mencelah.Agak kelakar melihat wajah anak buahnya tadi.Kononlah sangat, langsung tak tertarik dengan kawannya itu.Tapi bila dia lihat tadi,SAH.Anak buahnya itu mula menerima kehadiran Tengku Rizz Zarith sebagai tunangannya. Cuba sahaja kalau dia tidak bertemu Farish terlebih dahulu.Mungkin sahaja hatinya mudah tertawan dengan kekacakan milik Tengku Rizz Zarith.
“Diamlah Mak’su.!!”Ria cepat menjengilkan mata memberi amaran meskipun dia tahu ianya sia-sia.Ria mengerut dahi,mencerna ayat yang ada dia dengar smar-samar tadi.
“Pergi Pavillion..!!”Soal Rizz dengan lagak bersahaja.Tadi punyalah dia memujuk,rupanya gadis itu ayik dengan mengelamun.
 “Pergi Pavi..??”Soal Ria dengan riak terkejut.Alahai baru je dapat mengelak sekejap.Ria cepat menolak permintaan Tengku Rizz Zarith meskipun jelas diwajah jejaka itu itu satu harapan untuk dia bersetuju.

Pada mulanya,Ria tidak mahu,memandangkan mereka berdua sudahpun berjanji dengan Encik Nazrin untuk pulang selewat-lewatnya sebelum Maghrib.Namun otak geliga Rizz cepat berfungsi menelefon Encik Nazrin untuk meminta izin mengajak Ria dengan ditemani Rin Aira mencari barang hantaran.Bakal menantu kesayangan punya pasal,abahnya mudah memberi keizinan.Haila,abah sebijik gaya Mak toknya.Nak tak nak,dia terpaksa turutkanlah juga permintaan si bakal suami apabila Mak Sunya turut menjadi tukang pemujuk.
“Jomlah,Ria yeah??”Ucap Rizz lagi.Dia takkan berhenti memujuk.Dia dapat mengagak Ria akan bersetuju dengannya meskipun awalnya gadis itu mentah-mentah menolak.
Ria mengeluh perlahan.Lagi aku elak jumpa,lagi mudah aku bertembung dengan dia.Itulah kau Ria niat tak baik Allah tak kabulkan.Getusnya dalam hati.Ria memandang Rizz sebelum matanya cepat beralih pada Mak Sunya yang elok berborak dengan Farish ditempat pemandu.
“Tak payahlah nanti lambat balik.Lagipun abah dah pesan.Masa bertunang ni darah tengah manis.Jadi tak elok berjumpa.”Tolak Ria lembut.Rizz buat muka kasihan.Rin Aira yang sudahpun keluar dari arah tempat pemandu dikerling.
“Kita bukan berdualah sayang,ada Farish dengan Mak su kan??”Cuba Rizz lagi.Sudah tahu alasan kenapa tunangnya itu menolak permintaannya untuk keluar baik pada waktu itu mahupun sebelum ini.Cepat-cepat dia mengeluarkan Samsung Notenya.Nama bakal bapa mertuanya dicari didalam senarai contact number.Sebelum panggilan bersambung,dia bertanya lagi. “Bolehlah yeah??...sekali beli sikit barang kahwin.”Ria diam seribu.Memikir baik buruk permintaan tunangnya itu.
Rin Aira hanya mengeleng laju.O~la ini budak,susah betul nak diajak.Dia memandang seketika kawannya,cuba mengenalpasti siapa yang ditelefon oleh Rizz.Tersenyum dia seketika,memang geliga otak budak Cambridge ni.Rizz sudahpun bercakap dengan abang iparnya dipanggilan. “Setuju jelah, Angah oii.”Ucap Rin Aira. “Lagipun Mak Su yang bawa kereta.Kau juga cakap ‘Rose The One’ kau dah habiskan?.Pergi jelah dekat  Butik Just Parfum or Mr.&Mrs. Fragrance tu, mesti ada kan?”Sambung lagi.
“Sayang,you dah tak ada alasan lagi.Your father already giving me a permission.!!”Ucap Rizz semula setelah menamatkan panggilan. “Dah lama kan kita tak jumpa?”Soalnya.Terpamer wajah bajet machonya.Ria mendesis.Abah ni sama sahaja macam Mak Tok.Bab menantu senang sahaja nak bagi.Kalau anak sendiri,jangan harap.Ria mengomel perlahan.Wajah Rizz dan Mak Sunya dipandang.
“Okeylah.”Akhirnya Ria mengalah.Nak buat macam mana kalau Mak’ Sunya pun turut beria nak berjalan-jalan di Pavilion.Nasib baik minyak wangi yang disebut Mak Sunya itu hanya tinggal sedikit sahaja.
Setibanya di Pavilion,waktu asar belum lagi menginjak masuk.Justeru itu,mereka menghabiskan waktu menunggu waktu asar dengan berjalan-jalan dahulu disekitar kawasan Pavilion.Tepat jam lima petang mereka bersua semula di Butik Hermes ditingkat tiga sepeti yang  yang dijanjikan.Selepas itu,segera mereka mencari barang hantaran yang diperlukan.Rizz dan Rin mecari barang untuk hantaran perkahwinan manakala Farish dan Aira mencari hantaran pertunangan.
“Saiz kasut you berapa??”Soal Ria terus terang.Ralit dia melihat setiap bahagian kasut di butik yang dimasuki.Matanya tepat tertacap pada kasut kulit untuk bahagian lelaki.
Hampir sejam mereka mencari barang yang diperlukan.Banyak juga barang yang sudah dibeli,hanya tinggal kasut dan juga minyak wangi yang belum dia perolehi. Meskipun keinginannya untuk berumah tangga amatlah nipis.Namun, sebagai seorang wanita dia juga tak terkecuali ingin mendapatkan yang terbaik untuk pasangannya.Walaupun kena paksa rela.Bisiknya didalam hati.Kalau terlepas pasti jejaka itu akan berkecil hati.
“Saiz 11.”Ucap Tengku Rizz Zarith sepatah.Sekilas dia memandang tunangnya.Matanya dialih melihat kaki yang dilitupi kasut.Besar sangatkah kakinya.
“Besarnya size kaki!!”Ria memandang kasut kulit yang dipegangnya. Ria mencongak saiz kasut jejaka itu sekiranya ditukar kepada saiz kasut di Amerika Syarikat.“Which means 290 in US size.”Terbeliak matanya.Badan tinggi,kaki panjang.Nak cari saiz kasut dekat Malaysia ni sah payah!Omelnya lagi.Hello,Ria!Tunang kau ni banyak duit, tak payah nak serabutkan kepala.
Mata Rizz masih lagi memegang kasut tinggi berukuran lima inci.White crystal. “Cantik!!”Ucapnya sepatah. “You punya saiz kasut berapa??”Soalnya pula.
“Seven.245 in US size.”Balas Ria yang dah melangkah kearah promoter untuk meminta saiz kasut Tengku Rizz Zarith.Tengku Rizz Zarith masih lagi membelek kasut tinggi tersebut.Pasti cantik si pemilik pakai.Best bagi minah ni pakai kasut tinggi-tinggi,boleh aku sambut kalau dia jatuh.Ucap Tengku Rizz Zarith mendapat akal.
“Miss,tolong ambik saiz 7.”Ucap Rizz pada promoter yang setia dekat dengannya.Juru jual itu berlalu sambil tersenyum.
 Ria datang dengan membawa kasut yang diambil dari pekerja yang membantunya tadi. “Rizz pakai kejap.Kalau okey,you cakap tau.”Ria berlalu keruangan khas bagi kasut perempuan meninggalkan Tengku Rizz Zarith.
Tangannya laju mengambil leather boot shoes berwarna Khaki.Trend kasut wanita di Korea pada masa kini..Dia salah seorang yang menjadi pengumpul kasut tersebut. Ria duduk ditempat disediakan.Nasib baik dia memakai gaun dengan didalamnya terdapat legging. Laju tangannya mengenakan kasut itu pada kakinya. ‘Nice this one.’Bisiknya.
“Cantik!”Sahut satu suara.Ria yang baru bangun sambil mengacukan kasut tinggi itu terasa macam bakal terpelecok dan..Memang benar dia sah terjatuh sekiranya lengannya tidak disambut Tengku Rizz Zarith.
“Carefull!!”Tengku Rizz Zarith menyeimbangkan badan Ria semula.Baru sahaja idea nakalnya itu bermain difikiran. Ria cepat-cepat melepaskan pegangan tangan Tengku Rizz Zarith yang betul-betul memegang kedua lenganya.
“Okey tak kasut tadi??”Soal Ria selamba cuba menyembunyikan rasa cuaknya.Rizz tunak memandang Ria. Dua kali dia melihat gadis itu malu.Jika selalu bila malu muka wanita contohnya adiknya, selalunya memerah tapi tidak bagi gadis itu.Wajah putih itu pasti berubah ke warna merah jambu.Rizz ketawa perlahan.
“Ria,Ria.”Geleng Rizz.”Before I kata okey ke tidak kasut yang you choose ni.Pakai yang tu dulu.”Rizz menunjuk kearah kasut ditangan pekerja butik itu.Malas sudah dia ingin mengusik, nanti bengang pula gadis itu.
 Pekerja itu tersenyum lalu menyerahkan kotak kasut yang dipegangnya kepada Ria.Ria melihat saiz kasut kotak yang dipegangnya.
“Adik tolong ambil size 6½ boleh.”Ria meminta lembut.Gadis itu menganguk tanda setuju lalu berlalu pergi.
“Kenapa 6 ½ ??”Soal Rizz.
“Sebab kalau kasut yang bertali macam wedge heel macam ni…Ria menunjuk kasut tinggi berketinggian 7 inci tapi mempunyai tapak rata….tak apa kalau saiznya besar sikit atau kasut yang bersarung penuh like the shoes I’m wearing now, dia ada sokongan jadi tak jadi masalah.Tapi kalau macam stiletto like this…!!Tunjuk Ria kearah salah satu kasut yang diminatinya tadi.Better cari saiz yang ikut kaki kita.Terang Ria.Dah boleh kerja dekat kedai kasut lagaknya menerangkan pada Tengku Rizz Zarith..
Ria memandang dua jurujual yang sudah tersenyum melihat gelagat mereka berdua.Dia jadi cikgu,Rizz jadi murid. “Okey tak kasut you yang I pilih ni??”Cepat-cepat Ria mengubah topik.sempat dia memberi senyuman kepada dua gadis yang setia melayan mereka berdua.
“Cantik sangat!Sepadan sekali,kita ni.”Ucap Rizz tersenggih bangga.Ria mengangkat bahu.Ada-ada jelah tunangnya itu.
Lima minit kemudian,mereka keluar dari butik membeli kasut.Rizz dengan dua beg kasut Ria dan satu kasutnya untuk hantaran nanti.Dua-dua kasut Ria dibayar olehnya,Cuma kasutnya sahaja Ria bayarkan.Mana ada hantaran beli guna duit sendiri.Setibanya di Butik Just Parfum di tingkat empat,Tengku Rizz Zarith berpisah keruangan lelaki dimana Farish sudah menunggu,manakala Ria dengan Rin Aira keruangan perempuan.Dua puluh minit Ria ditinggalkan bersama Rin Aira.

Bab 11
Matanya masih telus memandang katalog minyak wangi yang dibeleknya sedari tadi.Ria menguatkan derianya.Bau minyak wangi yang dikenali.Clive Cristian..Tak mungkinlah.Mungkin saja ada orang Malaysia yang kaya mampu membeli sebotol perfume berharga mencecah jutaan ringgit. Bisik hatinya.Ria kembali fokus melihat katalog minyak.Bau minyak wangi itu makin kuat menusuk ke hidungnya.
“Assalamualaikum…”Ucap satu suara lelaki.Ria menoleh kekirinya.Tiada.
Tak nak pulak orang kata dia sombong.Sebab suara salam tu betul-betul dia rasakan berhampiran dengannya.Kanan ditolehnya sebelum salam disambut. “Waalaikumsalam.” Terkejut Ria dibuatnya.Bak kata orang putih,speechless..Berubah wajahnya menjadi pucat.
“Jason!!”Satu nama yang dia harap tidak akan dia sebut buat masa ini terluah juga dari bibirnya. “You buat apa kat sini??”Tambah Ria.Riak mukanya cuba dikawal sebaik mungkin.
Rin Aira sudah mendekati.Dia kenal lelaki yang menegur anak buahnya.Matanya melingas mencari kelibat Farish dan Rizz.Ternyata mereka juga perasan dengan gerangan jejaka kacak yang menegur Ria.
“You apa khabar??”Soal Jason,sememangnya satu anugerah apabila hajatnya ingin mencari minyak wangi untuk adiknya akhirnya dipertemukan dengan Ria.Gadis idamannya sejak mereka di Universiti Macquarie,Australia.Sanggup dia meneruskan pelajaran sehingga keperingkat Phd hanya semata-mata ingin berada dekat dengan Ria.Cuma gadis ini sahaja yang buat endah tak endah.Sampai sahaja melanjutkan pelajaran di Edirnburgh,England.Gadis cantik seiras Araya Hargate itu, tega hanya menghantar email sahaja kepadanya.
Ria menelan liur pahit.“Baik,you dah convert,Jason??”Soal Ria.Dia masih terkejut bukan disebabkan Jason yang datang menyapanya.Tapi lebih kepada perkataan pertama yang Jason ucapkan semasa menegurnya.
Rin Aira turut terkejut.Matanya memandang kelibat Farish dan Rizz yang semakin mendekat. Habislah.Sikunya menyenggol pinggang Ria.Ria memandang Mak’sunya yang sedang memberi isyarat mata supaya melihat kebelakang Jason.Ria menyoal dengan keningnya.Tidak perasan dek kerana badan Jason yang tinggi dan sasa telah menghalang penglihatannya.
“Yes,I had promises, before you got back to Malaysia.Now,I want you!!.Jason berhenti seketika.Ria makin tidak keruan apabila Jason makin melebarkan senyuman…Really want to make you to be my wife.Bisiknya hampir ditelinga Ria.Cepat-cepat Ria menjarakkan semula kedudukannya...There’s no more reason for you to push me as before!Jelas Jason dengan senyuman senget yang selalu dia beri pada Ria.
 Ria tergamam.Apahal lah time-time ni jugak nak jumpa dengan mamat ni.Ria tahu Jason bukan jenis yang putus asa.Sewaktu di Aussie dulu pun,puas Ria lari.Bila Jason datang dan cuba untuk merapatkan hubungan antara dia dan dirinya.Ria selalu menggunakan faktor agama,kaum,keturunan sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada Jason.
Sekarang,semua alasan itu tak boleh digunakan lagi.Jika bercakap mengenai masalah perkauman ataupun darjat yang berbeza pasti Jason juga akan mempertikaikan mengapa Tengku Rizz Zarith bakal suaminya  datang dari keturunan Tengku, sudah pasti Tengku Rizz Zarith mepunyai pertalian darah yang agak kuat dengan keluarga diraja.Jika disebut mengenai perkauman,mesti dia juga akan menyangkah dengan keras sedangkan Ria sendiripun berketuran arab melayu cina.
Kenapa dirinya yang berketurunan British dan Turki tidak diterima Ria.Mengapa Ria tak dapat menerima dirinya hanya kerana namanya mempunyai darah keturunan Britain.Salah bernamakan Jason Earl Spencer.Haila,Jason ini bukan makan saman,dia makan nasi.Selagi tak diberi jawapan yang memuaskan,selagi itulah dia tak sudah-sudah meminta.Pening Ria dibuatnya.Nasib baik dia masih dapat lagi mengawal migrainnya.
Tak sempat Ria nak memikirkan jalan.Pekerja butik minyak wangi itu sudahpun memanggilnya untuk membayar minyak wanginya.
“Dolce& Gabbana ‘Rose The One’ dan Baby Doll Yvest Saint Laurent limited Edition,ada cik!!”Ucap gadis itu. “Nak bayar??”Soal Si pekerja itu lagi.
“Okey,I take it.”Ucap Ria seraya bergerak laju kearah kaunter.Rin Aira yang turut sudah selesai memilih minyak wangi turut ke kaunter pembayaran.Jason juga mengikut jejak Ria.
“Cash or credit card??”Soal pekerja  yang tertulis di nametag namanya ‘Rinsya’.
“Credit card.Wait a second,please.”Ria berhenti sejenak.Tangannya ingin membuka pursenya tapi ditegah laju oleh Jason.
“Biar saya!!”Ucap Jason tegas.Ria dah serba salah.Padanya,dia hanya mahu cepat  lari sahaja. Lari dari Jason yang tak habis menagih cinta dan janji, juga lari dari tunangnya,Tengku Rizz Zarith yang sememangya akan bertanya banyak soalan kepadanya.
“No need!!”Tegah satu suara.Si pekerja mula kebingungan, bingung kad kredit mana yang patut di ambil. “Miss,Tolong kira semua harga minyak wangi tadi termasuk this ladies ni punya.”Tunjuk Rizz pada Ria dan Rin Aira.
“Rizz!!”Ucap Ria perlahan.Rizz memandang Ria tajam.Terus terdiam Ria.Pertama kali Rizz memaparkan riak tegas.lebih tegas dari pertama kali dia bertemu jejaka itu di Majestic Hotel.
Rin Aira juga dah terkedu. Oh my,memanglah dia happy sebab ada yang nak tolong keluarkan duit bayarkan perfume.Tapi melihat muka Rizz yang dah keluar aura naga.Buat Rin Aira turut terkelu.
Selesai sahaja Farish membayar harga minyak wanginya.Rizz terus menarik tangan Ria keluar.Ria nak menghalang pun takut-takut.
“Let her go!!”Jerit satu suara keras.Jason tak betah melihat Ria yang ditarik paksa oleh seorang lelaki yang sememangnya tidak dia kenali.Tapi melihat gaya,cara dan penampilan lelaki itu bersama rakannya saja sudah memberikan satu rasa lain dalam dirinya.Sepertinya lelaki itu amat mengenali Ria.
Rizz yang menarik tangan Ria,terhenti.Badannya dipusingkan kebelakang.Ria yang berjalan dibelakang Rizz pula tak sempat menahan dirinya.Bumm..!!Hidung Ria bercium dengan dada tegap Rizz.
“Sakitlah,Rizz…!!”Ucap Ria dengan rungutan.Tangannya mengosok hidungnya yang dah berubah merah jambu sekali lagi.
“Sorry,sorry sayang!!”Berubah terus wajah Rizz yang mencuka mendengar rungutan Ria.Tanpa sedar tangan Ria ditarik dari menyentuh hidung digantikan pula dengan tangannya.
“I said let her go,bastard!!”Tengku Rizz Zarith yang terlupa sebab mengapa dia berhenti menoleh kearah suara yang memangilnya,bastard.What derr.Kawan aku sendiri pun tak pernah panggil aku bastard,paling-paling pun bengong adalah.Jawab Rizz dalam hati dengan bengang.
Ria juga tersedar. ‘That guy pegang hidung aku!!Oh,mamaaa!!!’Tadi dia langsung tidak menyedari.Hidungnya yang pedih akibat selesema ditambah dengan hentakan dari dada Rizz membuatkan dia lupa.Oh My Allah,sah malam ni kena buat solat taubat.
Rizz menghampiri Jason yang tegak berdiri 2 meter dari tempatnya berdiri.
Jason beristigfar panjang. “Ampunkan aku Ya Allah,lancarnya mulut ku!!”Ucap Jason perlahan. Matanya kembali menatap Rizz yang semakin menghampiri.
“Kau apahal??”Soal Rizz dengan mukanya yang kembali tegang.
“Yang kau pegang tu,my fiance to be aku.Understand!!”Ucap Jason dengan nada tegasnya.
Rizz memandang Ria.Nyata Ria memahami.Ria mengeleng tanda tidak.Rizz lega.Matanya kembali menghadap Jason.Mamat ni macam rasa nak kena tumbuk je dengan aku.
“Oh,really??”Soal Rizz dengan mukanya yang dibuat-buat terkejut.For sure? Sambungnya. Keningnya semakin tinggi naik.Siapa gerangan lelaki yang selamba sahaja mengaku bakal isterinya itu sebagai ‘bakal tunang’.
“Yes,I had a promise with her!!Matanya tajam memandang Ria.Right,Ria??”Soal Jason lagi dengan nada semakin serius.
“No,Jason!!”Bantah Ria perlahan.Jason yang janji bukan dia yang janji.Lemah suara hatinya. Tangannya sudah menarik lengan Rizz.Kepalanya digeleng-gelengkan tanda tidak betul.Mak’sunya sudah berdiri disebelahnya,cuba memberi semangat.Rin Aira tahu Ria rungsing ketika itu.Farish pulak sudah tegak disisi Rizz.
Orang ramai sedikit sebanyak juga ada yang menoleh melihat kejadian yang berlaku di hadapan mereka.Ada juga segelintir yang dapat mengenali mereka berdua.Almaklumlah kerana hal surat khabar dahulu banyak liputan yang diterima oleh mereka.
Rizz beristighfar banyak-banyak.Tangan Ria yang berada di lengannya juga turut memberikan kekuatan kepadanya meskipun berlapik dengan baju kemeja yang dipakainya.
“Okey.Let me tell you something..!!Ucap Rizz seketika.I’m Tengku Rizz Zarith Bin Tengku Ryan Haiqal and this lady!!Tunjuk Rizz pada Ria yang betul-betul berada disebelah kanannya.The girl that you acclaim being your future fiancé was exactly my future wife and we will doing our married soon.Jeda Rizz seketika sebelum menyambung semula penjelasannya.
Not long enough, only has one month before our nikah ceremony.!!”Ucap Rizz dengan tegas sambil memandang mata Jason kemudian memandang kearah Ria yang masih beriak kaku sambil memegang hidung yang masih berwarna merah jambu.
‘Tak hilang lagi ke! Sengal sangat ke hidung Ria ni. Nak kata aku punya dada iron tak ada pulak.Sama je macam yang lain.’Hatinya menafi.Tapi sengal jugak kena hantuk dengan hidung minah clueless aku ni.
“What??Is it truth,Iris??”Soal Jason ternyata terkejut dengan penjelasan Tengku Rizz Zarith. Baru dia teringat sewaktu dia baru sampai di KLIA.Dia terbaca satu surat khabar berkenaan hal mengenai Ria. Namun dia tidak menendahkan kerana dia sangkakan itu bukan Irisnya.
Wah mamat ni siap panggil nama lain daripada lainkan.Aku sendiri pun tak ada nama manja nak panggil Ria.Tengku Rizz Zarith mendongkol geram.Tiba-tiba,dia berfikir semula.Rasa ingin saja dia mengetuk kepalanya ketika itu.Haila,memanglah tak ada,aku kan panggil Ria sayang.Rizz tersenyum dalam hati.
“Truth!Balas Ria sepatah.This guys was my future husband and we going to get marry soon,Jason?Ucap Ria dengan nada lembut tapi masih terselit ketegasan.Ini yang I nak bagitahu you,masa you email I.Tapi, I really thought that we will not meeting each other for this time being.”Tambahnya masih dalam nada yang sama.
“No I’m not believe.You’re mine,Iris.If you  tell me the specific reason,why you choose him rather than me.I will accept your decision.But don’t think that I let you go easily.”Tegasnya suaranya.
Ria melihat terus ke mata Jason.dapat dilhat mata yang bercahaya Islam itu sedang menunjukkan riak kecewa.Tapi apa lagi harus dia lakukan.Ria mengeluh lemah.“If you not believe!!Ria menarik lengan Mak’sunya.Go asking my auntie,either this truth or not,you know her ,right??”Soal Ria dah malas.
“It’s truth Jason Earl Spencer.Jawab Rin Aira dengan tegas.What had my nephew say to you is the truth.Really a real truth!!”Ulangnya dengan nada serius.Dia turut jatuh kasihan dengan Jason.Jason seorang yang sangat baik,dia juga datang juga dari keluarga yang baik.Meskipun jejaka itu dan keluarganya bukan beragama islam.Mereka sangat memahami Ria.
Rizz dan Farish tercengang,patutlah nak sangat dengan Ria.Kerabat juga ker,Britain pulak tu. Kenapalah kenalan-kenalan tunangnya ni anak lord semuanya yang dia jumpa.Habis tergugat juga dirinya mengenangkan status jejaka itu.
“It’s up to you,Jason.I think its enough.I don’t want to shame myself also my future husband.Maghrib has been coming.It’s not appropriate for us to discussing this matter,right now.” Ucap Ria tanpa nada.Dia perlukan masa.Matanya merenung Jason yang sayu memandangnya.Ria tahu Jason sangat kecewa.Tapi bukan masanya.Bukan ketika Tengku Rizz Zarith ada bersamanya.Hanya anggukan perlahan Jason berikan padanya.
“Assalamualaikum.”Ria terus menarik lengan Tengku Rizz Zarith dan Mak’sunya.Farish dibelakang terasa hati.
“Tak ada siapa-siapa ke nak tarik aku??”Soal Farish cuba berjenaka.Mereka bertiga kembali menoleh kebelakang lalu menghaburkan ketawa.
“Wei pak cik tak payah sangatlah nak merajuk.Tak sior teman nak memujuknya.Mak Su to be pergi pujuk your bakal fiancé!!”Ria cuba turut berjenaka sebelum menoleh jauh kebelakang.Nampak gerak mulut Jason menjawab salam.
“Waalaikumsalam.”Ucap Jason seraya menoleh.Tanpa sedar hatinya semakin kecewa,kecewa kerana perempuan yang sama dicintainya untuk kali kedua.Mata hijau gadis kesayangannya itu menjelaskan semuanya.Ria memerlukan masa.Dia juga turut sama memerlukan masa.Kelopak matanya jernih dengan air mata.
Ya Allah.Meskipun aku sudah bertaubat dan memilih jalan islam.Aku masih insan yang lemah.Maka tuhanku,Ya Allah.Kau lindungilah imanku dan jauhkanlah godaan syaitan daripada membuatku kembali ke jalan lama.Rabbana atina fiidunia hasanah wafil akhirati hasanah waqina azhab annar.Ucapnya perlahan didalam hati.
Dengan langkah lemah,Jason mengerakkan kakinya melangkah ke tempat solat di tingkat lima didalam pusat membeli belah itu untuk menunaikan solat maghrib yang takut ia akan melabuhkan tirai.Ampunkan dosa hamba Ya Allah,kerana melambat-lambatkan solat kerana terlalu asyik mengejar duniawi.

ps:Mr JJJ..tak tau siapa kan????kahkahkah~nanti Ad bongkarkan okey!!!
















No comments:

Post a Comment