Monday, July 6, 2015

FOREVER YOURS SPECIAL- RAMADHAN 2015



Assalamualaikum...
Entry Khas Untuk Peminat Tengku Rizz dan Ria Airisya Naomi-(RAMadhAN)
Tengku Rizz Zarith masuk kedalam bilik mewah yang didiami dirinya dan Ria Airisya Naomi.  ‘Amboi sayang masih lena bagai permaisuri lagaknya.’ Getus Tengku Rizz Zarith. Tergeleng-geleng kepala dia melihat perilaku isterinya itu. Ria Airisya masih lagi nyenyak memeluk bantal golek yang diletak betul-betul dikiri badannya.
‘Itu yang disuruh dia pada isterinya. Almaklum kandungan anak mereka yang ketiga ini. Agak besar berbanding kembar dua orang sebelum ini. Itu yang dibagitahu Edinalah. Diakan tak bersama-sama mereka ketika kelahiran dua anaknya itu. Tengku Rizzqi Aliff Zarith dan Tengku Rizz Zalish Adrea. Nasiblah kalau kali ni anak mereka kembar tiga pulak. Kandungan Ria yang kini sudah mencecah enam bulan sudah lagak seperti sembilan bulan. Mana tak risau Tengku Rizz Zarith.’
“Daddy…!!” Panggil suara dua orang serentak. Wajah anak-anaknya yang berumur lima tahun terkulat-kulat memandangnya. Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dia mengerakkan mereka berdua untuk bangun bersahur tadi.
Baju tidurnya seakan-akan ditarik. Cepat dia memandang anak perempuan. Peel  Adrea sama seperti isterinya. Kuat merajuk. Tambah-tambah lepas apa yang terjadi dahulu. Nasib baik salah dia. “Daddy..mommy  tak bangun?” Soal Si adik. Rizz Zalish Adrea.
Dia mengusap kepala anaknya lembut. Sempat ciuman diberikan kepada kedua anaknya. “Sekejap..along dengan angah tolong tunggu dengan Nek Mah kat bawah ya sayang. Daddy nak kejut mommy korang ni..” Balasnya lembut seraya naik keatas katil. Sempat dia memerhati anak-anaknya yang berlalu keluar dari bilik dia dan Ria.

“Sayang oh sayang…” Tengku Rizz Zarith masih lagi berusaha membangunkan isterinya yang masih nyenyak didalam peraduan.
“Amboi…adinda abang ni. Sengaja nak buat abang ni masuk sekali dalam selimut ni yeah?” Soal Tengku Rizz Zarith mengertak. Tadi dia ingatkan isterinya betul-betul tidur.  Bila disentuk bahu isterinya, terdapat getaran di badan isterinya. satu sahaja tanda yang dia fahami, Ria sedang menahan tawa dari terhambur. Tengku Rizz mengetap bibir geram. mainkan abang yeah, sayang.
Jam dipandang seketika. Baru jam empat lima puluh pagi. ‘Boleh lagi ni..Imsak jam lima empat puluh.’ Makanan tadi semua dia dah siap panaskan bersama Mak Mah.
Dia sudahpun menarik comforter yang menyelimuti tubuh isterinya itu. Terkejut. Mulanya baru sahaja dia membayangkan tubuh isterinya yang memakai jubah satin berwarna turquoise seperti malam tadi.
‘Ria menahan ketawa. Sebenarnya sejak jam empat lagi dia sudah  terjaga. Kemudian dia tertidur semula selama setengah jam. Nasib baik jam empat setengah, dia terbangun semula. Hairannya suaminya sudah tiada disebelah peraduannya. Lekas dia bangun membersihkan badan. Jubah satin yang digunakan bagi menutup baju tidurnya diambil.’
‘Bila dia bangun, dan menuju kedapur. Dilihatnya suaminya sudahpun memanaskan makanan dengan dibantu Mak Mah. Pembantu rumah mama yang diangkut Tengku Rizz Zarith memandangkan dia melarang suaminya mengambil pembantu rumah.’
‘Nyaris-nyaris juga dia terkantoi. Semasa ingin naik ke tingkat atas semula. Dia tersepak kaki  tangga. Nasib baik reflect action dia pada waktu itu tidak berfungsi dengan baik. Kalau tidak satu rumah terbangun dengan jeritannya.’
‘Ingatkan nak mainkan suaminya lagi. Cepat-cepat Ria menukar jubah satin dan baju tidurnya itu kepada pijama bercorak kartun Taletubies yang diminati anak gadisnya. Hahahhaa. Mesti suaminya terkejut bercampur dengan bengang.’
‘Bukan dia tak tahu perangai suaminya itu. Gatal merenyam tak habis-habis. Rasa ya abang sayang hari ni. Sayang mainkan abang ya.’

“Sayang….!!!” Meleret Tengku Rizz Zarith bersuara. Pinggang Ria sudahpun dipeluk dari belakang. Terkekek ketawa Ria mendengar suara Rizz yang cuba ditahan-tahan.
“Sampai hati sayang…!!” Balas Rizz sambil memuncungkan diri. Baringnya sudah berubah. Dia duduk membelakangi isterinya. Tengok baju tidur isterinya terus terbantut nak bermanja. Dahlah pura-pura tidur. Bukan dia tak dengar bunyi mengaduh di dapur tadi biarpun perlahan. Cuma dia abaikan sahaja.
“Amboi panjangnya muncung.” Main Ria lagi. Tak puas nak mengenakan suaminya. Tangannya menarik mulut muncung Tengku Rizz Zarith .
“Sakitlah sayang.” Bengang Rizz. ‘Ingat dapat pujuk. Mimpi jadi kenyataan adalah. Omelnya lagi.’
Ria ketawa kuat. “Tak payah nak muncung sangatlah.” Jawab Ria selamba.
Tengku Rizz Zarith jeling pada Ria sekilas. Lagi tergelak isterinya itu ada. “Eleh, sayang jugak yang redah office abang masa nak pujuk abang masa sebelum kahwin tu kan?” Keningnya diangkat tinggi membalas.
“Erk eleh.. Itu aja ke modal abang, haah?” Soal Ria dengan wajah bosan. Langsung tak heran dengan kenangan sesi pujuk memujuk. ‘Mana dia tak bosan. Kalau itu sahaja modal Tengku Rizz Zarith nak kenakan dia. Mana-mana perempuan pun akan cepat bosan.’
‘Poyo punya bini…’ “Pada abang itulah kenangan paling indah tau. Sayang pujuk abang sampai datang hotel bagai. Guna adik abang lagi tu.”  Balas Tengku Rizz Zarith tidak mahu mengalah.
“Nasib baik tak ada Raina kan sayang, waktu tu?”  Tengku Rizz Zarith memandang isterinya yang sudah menumpang kepala dibahunya. Turut sama bersila disebelahnya.
Ria menganguk laju. ‘Kalau ada Raina, pasti lagi gamat kejutan-kejutan yang dibuatnya untuk suaminya. Macam-macam jugak perangai budak kecik tu..’ Yang pastinya membuat dia geli hati.
“Rindulah pulak dekat diorang berdua.. mama, papa” Jawab Ria tiba-tiba. Tangannya sudah memeluk tangan kiri suaminya. ‘Best peluk Tengku Rizz Zarith, badan macam punching bag.’ Hahahaa.
Hai..baru dua hari. Bukan hari tu nak sangat balik rumah. Raya nak dekatlah, baju tak belilah, langsir tak pasanglah, bekas kuih tak ambik lagilah. Macam-macam sayang nak buat kan? Perli Tengku Rizz Zarith.Tubuh isterinya dirapatkan ke badannya. Dia lihat isterinya agak kesejukkan kesan penghawa dingin yang dipasang mereka.
‘ Elok-elok mereka dirumah Tan Sri Ryan Haiqal dan Puan Sri Zaura selama beberapa bulan ni. Bolah pulak bininya mintak mereka tinggal di rumah mereka sendiri untuk hari-hari terakhir ramadhan. Almaklum sudah dua tahun tak menyambut raya bersama.
Mulalah isterinya request macam-macam. Haila, Ria Airisya, perangai masih sama. kebudak-budakan. Bila cakap budak-budak mulalah muncung tu naik tinggi macam paruh burung.’
Ria tidak terkesan langsung dengan bebelan suaminya. “Abang, jom balik rumah mama?” Pinta Ria. Matanya dikebil-kebilkan kearah suaminya. Biar Tengku Rizz Zarith cair. Dia kan bermata hijau, suaminya pula bermata biru. Bila bergabung, bak kata Stacy ‘Bergabung, meletop’….
“Betul nak balik dah?” Soal Tengku Rizz Zarith meminta kepastian. Bukannya apa bininya ni lain daripada lain. Kejap kata yes, kejap kata no, kejap kata nak, kejap kata tak nak. Lama-lama dia yang naik angin. Nak naik suara memang tak lah. Bengang dalam hati. Nasib baik bila dia brainwash sikit Ria boleh terima. Kalau tidak matilah mak…
Ria angguk pasti. Terbit wajah gembira diwajahnya. Setujupun suaminya. Tengku Rizz Zarith mana boleh tak setuju. Sekejap je cair. Ria bangga diri.. ‘Ohh bajet kau Ria Airisya. Eleh sekali sekala.’ ‘Hahahaa.
Kalau macam tuuuu….
“Daddyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!”
“Mommyyyyyyyyy!!!!!!!!!!”
“Ohhh kus semangat..”  Serentak Tengku Rizz Zarith dan Ria Airisya mengucap.

BERSAMBUNG……
ps:Exactly dah siap entry khas untuk ramadhan ni..malam semalam..Tapi haishh nak edit gambaq ni payoh bebenor nak luluihh.. so hope enjoy..

Sunday, February 22, 2015

Forever Yours Bab 17& Bab 18





Tanpa menunggu Ria menghabiskan bicara. “I want really badly your lips..sayang!!”Ucap Rizz dengan nada mengoda.Bibirnya terus melekap ke bibir isterinya.
Ria tidak sempat berkata apa. Suaminya sudah selamat memagut bibirnya dengan kemas. Erat. Pinggangnya turut semakin dipeluk kuat. Rizz gembira kerana isterinya tidakpun menolak atau memarahi perbuatannya.
Tangan Ria yang sudah melingkar dilehernya ditarik semula olehnya. Tanpa melepaskan tangan lembut milik isterinya. Bibir isterinya yang dipagut tadi disentuh dengan ibu jarinya.Ria hanya memandang tepat ke anak mata suaminya,menikmati sentuhan dari suaminya.Benar di dalam hatinya sudah ada rasa cinta terhadap insan dihadapanya ini.
“Sayang,Im so grateful because of your willingness to accept me become your husband.Im so happy because im the only one who can hugging you,kissing you,loving you,cherish you also make you to be the happiess lady in our own life.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan sebaik-baik zaujah untuk menjadi pendamping hambamu yang masih kerdil ini.”Doa Rizz dengan kusyuk.
Ria yang mendengar,berasa syahdu mendengar doa yang dibacakan suaminya.Sungguh dia terharu.Rizz kembali memandang isterinya.Matanya singgah ke mata isterinya,terus turun ke hidung kemudian bibir yang merah bak delima merekah. Rizz, rileks masih ada 3 bulan,tak kemana larinya gunung dikejar apalagi Puan Ria yang sah dihadapannya ini.
“Jangan panggil abang dengan panggilan lain,macam masa kita belum menikah.I don’t want that,honey!!”Ucap Rizz dengan nada merajuk tiba-tiba.
Ria yang baru mengerti tersenyum simpul melihat gaya suaminya yang seakan merajuk. “Tak sengajalah abang, terpanggil awak tadi..Lagipun benda kecik je pun,Ria tetap panggil abang,abang kan??”Soal Ria dengan mengangkat kening double jerknya.
“Main-main ye isteri abang ni.”Jawab Rizz lantas mengeletek pinggang Ria.Ria yang sememangnya pengeli tahap petala.Dah menjerit-jerit kegelian apabila tangan Rizz masih lagi tidak puas mengusik pinggangnya.
“Abang, abang. Stop!stop! gelilah. Jangan geletek lagi aa.”Ucap Ria sedaya upaya dengan suaranya tersangkut-sangkut.
Tiba-tiba ketukan pintu diluar dengan sendirinya telah menghentikan perbuatan pengantin baru yang sibuk mengenakan pasangan masing-masing.
“Woi,woi,woi.Rizz.Sudah-sudahlah nak bercengkerama pun.Dari dua jam dah jadi tiga jam.Kau jangan perasanlah nak tidur sini.Malam ni kau kena tidur rumah mama papa kau.Besok majlis weh,aku dah ngantok lah.. Dah nak pukul 12 ni…” Bebel Farish.Sebenarnya naik segan jugak dia nak mengetuk pintu bilik pengantin baru,maklumlah dah namanya pun baru rasmi jadi pengantin.
Tapi nak tak nak bila bakal bapak mertua sudah menyuruhnya memanggil Rizz supaya turun kerana mama papa sudah mahu pulang menyebabkannya terpaksa jugak naik memanggil Rizz kerana kelibat Naufal sudah tengelam selepas disuruh Nia mengambilkan ubat untuknya.Biasalah awal pregnancy.Mestilah mual-muallah, peninglah,nak makan itulah inilah.
Rizz sudah terjengul setelah 5 minit ketukan pintu bilik berhenti.Tersenyum melihat gelagat Farish yang sedang menahan sabar.Rin sudah berada disebelah Farish,tersenyum saja mukanya.Mesti fikir lain-lain lah tu.Bukannya dia tak kenal kedua kawan dihadapanya.Tukang mengusik, merapu, mencengkelat,mengejek.Memang sesuailah bercinta.
“Abang apa tercegat lagi ni.” Ucap Ria lantas mendorong tubuh suaminya keluar dari bilik.Jubahnya sudah bertukar kepada dress lembut berwarna ungu sedondon dengan warna t-shirt Ralph Laurent yang dipakai Rizz.
“Ehh ingat,Pak Su dah tak ada.”Sebab sunyi aje.Soal Ria tanpa memahami senyuman yang dah mekar di muka Farish dan Rin Aira.Sengaja dipanggilnya kawan baik suaminya dengan panggilan Pak Su meskipun belum lagi mereka sah sudah berkahwin dengan Mak Sunya.
“Diorang ni nak belajar kut,apa kita buat kat dalam bilik tadi.”Jawab Rizz selamba.Berona terus muka Farish dan Rin Aira.Matanya menoleh memandang wajah isterinya. Tangannya sempat melingkar di pinggang isterinya.
Pinknya muka.Jawab Rizz tanpa selindung.
“Abang!!”
“Rizz.”
“Choii,punya kawan.Aku dengan baik hatinya nak memanggil kau,boleh kau kata macam tu!!” Ucap Farish sebel. “Dahlah Faiq pun dah cabut lari.Nak tak nak akulah pegang mandat nak bawak pengantin turun!!”
“Yelah tu!Dahlah jom ke bawah!!Kata nak balik..”Jawab Rizz dengan nada menyampah. Dah malas nak mendengar bebelan Farish. “Sayang teman abang ke bawah.” Ucap Rizz dengan nada suara yang berubah manja. Ria hanya memberikan senyuman manis.
Farish dan Rin Aira hanya mampu mengeleng tidak puas hati. Nasib baiklah pengantin baru.

Jam sudah menunjukkan tepat 12 malam.Tapi mata Ria masih lagi tak mahu dilelapkan.Akhirnya dia mengalah.Pantas saja dia membuka laptopnya.Microsoft words yang sememangnya terpapar di skrin laptopnya masih lagi kosong tanpa sebarang tulisan.
Idea ohh idea.Datanglah kau wahai idea.Sesungguhnya aku memerlukan kau wahai idea.Omel Ria tanpa sedar pintu biliknya sudah dibuka oleh Edina.
“Hoi che kak.Tidurlah,besok nak bersanding.Kang mata kau jadi panda,kau jangan nak merungut pulak!!” Bebel Edina sesudah melabuhkan punggungnya keatas katil Edina.
“Aku bukan tak nak tidur lagipun mata aku ni degillah!!”Balas Ria.
“Dahtu kau nak ikutkan sangat mata kau tu.Selawatlah banyak-banyak!!”
“Dah..”Ucap Ria sepatah sebelum dia sempat menyambung ayat.Nada dering telefon yang agak kuat mengganggu perbualan mereka.
“Tones sapa tu??”Soal Ria.
“Entah.. mana tahu,aku kan pakai ringtones lain ,kau pulak pakai ringtones frozen kan??”
“Tak tahu!!Telinganya cuba didekatkan pada telefonnya.Tak bukan phones aku.”
“Macam dekat wardrobe kau je??”Soal Edina.
“Haah.”
Matanya tertacap pada I phone 5 berwarna silver yang elok terletak diatas meja soleknya.
Assalamualaikum!!Jawab suara disebelah sana.
Waalaikumsalam.Balas Ria sepatah dengan rasa ragu-ragu.
Sayang!!Ucap suara disana.Rizz Zarith.
Abang!!Ucap Ria sepatah.
Lambatnya angkat??
Hanphone abang ke??
Jawablah soalan abang dulu.Handphone sayang,abang bagi kan masa hantaran.Saja jer abang call,ingat sayang dah perasan.
Tak jumpalah..Bukannya kenal pun nada deringnya.sorry.Abang dah sampai ke??
Dah!!Baru je.Oklah sayang tidur tau.Esok abang nak tengok isteri abang yang cantik ni!!Ucap Rizz dengan nada yang romantic.
Ngada-ngada betul.Oklah Abang Ria pun dah ngantuk ni!!
Assalamualaikum,rindukan abang,mimpikan abang!!
Waalaikumsalam.klik.

“Siapa??”
“Husband aku!!”
“Wah romantik habis kau yeah.Tak macam kawin tak relakan??”
“Kata kena redha.aku redha lah ni.Cinta bukan tak boleh dipupuk kan??”
“Yelah.”
Nada dering frozen tiba-tiba berbunyi.Ria yang menggangap bahawa itu adalah Rizz.Selamba terus mengangkat.
“Abang,kata nak tidur tadi!!”
“Assalamualaikum.”Jawab suara disana.Terselit nada tegas disebalik salam yang diucapkan.
“Waalaikumsalam!!”Ucap Ria.Mukanya yang berubah menghairankan Edina.
Edina menngangkat kening tanda ingin mengetahui siapa ditalian.Ria cepat menyuruh Edina diam.
Ria terus menekan butang loudspeaker supaya Edina juga dapat mendengar perbualannya.
“Siapa abang??”
“Haidar!!”
“Yess,this is me.Muhammad Haidar Fathullah.Airis!!”
Edina menekup mulut.Barulah dia dapat mengagak gerangan pemanggil yang menelefon sahabatnya.Muka Ria berubah kecut.Pucat.
“Airis,I know you are there!!Ingat I cakap right!!I tak akan lepaskan You!!”Jeda seketika.
“Siapa abang yang you sebut tu??”Soal suara itu semula.
Ria masih membisu.Edina terus mendapatkan telefon Ria.Panggilan yang disambut Ria tadi dimatikan.Bateri telefonnya terus dimatikan.
“Macam mana ni Ria??”Soal Edina turut gelisah.
“Rileks,kita fikirkan cara..!!Aku tak sangka 4 tahun dia cau dari hidup aku..sekarang dia datang balik.”Balas Ria.Perasaannya gundah.
“Haah..I still remember his words Ria.Masa kau tolak dia dulu..!!Aku takut ni..untuk kau..”Ucap Edina gelisah.Siapa tak kenal Haidar.Lelaki itu terlalu taasub dengan Ria sehinggakan dia sanggup mengugut semua kawan-kawan lelaki Ria dan Edina agar menjauhi mereka berdua.
“Lelaki psiko…”Ucap Edina sebal…