Entry Khas Untuk Peminat Tengku Rizz dan Ria Airisya Naomi-(RAMadhAN)
Tengku Rizz Zarith masuk kedalam bilik mewah yang
didiami dirinya dan Ria Airisya Naomi. ‘Amboi
sayang masih lena bagai permaisuri lagaknya.’ Getus Tengku Rizz Zarith. Tergeleng-geleng
kepala dia melihat perilaku isterinya itu. Ria Airisya masih lagi nyenyak
memeluk bantal golek yang diletak betul-betul dikiri badannya.
‘Itu yang disuruh dia pada isterinya. Almaklum kandungan
anak mereka yang ketiga ini. Agak besar berbanding kembar dua orang sebelum
ini. Itu yang dibagitahu Edinalah. Diakan tak bersama-sama mereka ketika
kelahiran dua anaknya itu. Tengku Rizzqi Aliff Zarith dan Tengku Rizz Zalish
Adrea. Nasiblah kalau kali ni anak mereka kembar tiga pulak. Kandungan Ria yang
kini sudah mencecah enam bulan sudah lagak seperti sembilan bulan. Mana tak
risau Tengku Rizz Zarith.’
“Daddy…!!” Panggil suara dua orang serentak.
Wajah anak-anaknya yang berumur lima tahun terkulat-kulat memandangnya.
Terpisat-pisat kedua-duanya apabila dia mengerakkan mereka berdua untuk bangun
bersahur tadi.
Baju tidurnya seakan-akan ditarik. Cepat dia
memandang anak perempuan. Peel Adrea
sama seperti isterinya. Kuat merajuk. Tambah-tambah lepas apa yang terjadi
dahulu. Nasib baik salah dia. “Daddy..mommy
tak bangun?” Soal Si adik. Rizz Zalish Adrea.
Dia mengusap kepala anaknya lembut. Sempat ciuman
diberikan kepada kedua anaknya. “Sekejap..along dengan angah tolong tunggu
dengan Nek Mah kat bawah ya sayang. Daddy nak kejut mommy korang ni..” Balasnya
lembut seraya naik keatas katil. Sempat dia memerhati anak-anaknya yang berlalu
keluar dari bilik dia dan Ria.
“Amboi…adinda abang ni. Sengaja nak buat abang ni
masuk sekali dalam selimut ni yeah?” Soal Tengku Rizz Zarith mengertak. Tadi
dia ingatkan isterinya betul-betul tidur. Bila disentuk bahu isterinya, terdapat getaran di badan isterinya. satu sahaja tanda yang dia fahami, Ria sedang menahan tawa dari terhambur. Tengku Rizz mengetap bibir geram. mainkan abang yeah, sayang.
Jam dipandang seketika. Baru jam empat lima puluh
pagi. ‘Boleh lagi ni..Imsak jam lima empat puluh.’ Makanan tadi semua dia dah
siap panaskan bersama Mak Mah.
Dia sudahpun menarik comforter yang menyelimuti
tubuh isterinya itu. Terkejut. Mulanya baru sahaja dia membayangkan tubuh
isterinya yang memakai jubah satin berwarna turquoise seperti malam tadi.
‘Ria menahan ketawa. Sebenarnya sejak jam empat
lagi dia sudah terjaga. Kemudian dia
tertidur semula selama setengah jam. Nasib baik jam empat setengah, dia
terbangun semula. Hairannya suaminya sudah tiada disebelah peraduannya. Lekas
dia bangun membersihkan badan. Jubah satin yang digunakan bagi menutup baju
tidurnya diambil.’
‘Bila dia bangun, dan menuju kedapur. Dilihatnya
suaminya sudahpun memanaskan makanan dengan dibantu Mak Mah. Pembantu rumah
mama yang diangkut Tengku Rizz Zarith memandangkan dia melarang suaminya
mengambil pembantu rumah.’
‘Nyaris-nyaris juga dia terkantoi. Semasa ingin
naik ke tingkat atas semula. Dia tersepak kaki
tangga. Nasib baik reflect action
dia pada waktu itu tidak berfungsi dengan baik. Kalau tidak satu rumah
terbangun dengan jeritannya.’
‘Ingatkan nak mainkan suaminya lagi. Cepat-cepat
Ria menukar jubah satin dan baju tidurnya itu kepada pijama bercorak kartun
Taletubies yang diminati anak gadisnya. Hahahhaa. Mesti suaminya terkejut
bercampur dengan bengang.’
‘Bukan dia tak tahu perangai suaminya itu. Gatal
merenyam tak habis-habis. Rasa ya abang sayang hari ni. Sayang mainkan abang
ya.’
“Sayang….!!!” Meleret Tengku Rizz Zarith
bersuara. Pinggang Ria sudahpun dipeluk dari belakang. Terkekek ketawa Ria
mendengar suara Rizz yang cuba ditahan-tahan.
“Sampai hati sayang…!!” Balas Rizz sambil
memuncungkan diri. Baringnya sudah berubah. Dia duduk membelakangi isterinya.
Tengok baju tidur isterinya terus terbantut nak bermanja. Dahlah pura-pura
tidur. Bukan dia tak dengar bunyi mengaduh di dapur tadi biarpun perlahan. Cuma
dia abaikan sahaja.
“Amboi panjangnya muncung.” Main Ria lagi. Tak
puas nak mengenakan suaminya. Tangannya menarik mulut muncung Tengku Rizz
Zarith .
“Sakitlah sayang.” Bengang Rizz. ‘Ingat dapat
pujuk. Mimpi jadi kenyataan adalah. Omelnya lagi.’
Ria ketawa kuat. “Tak payah nak muncung
sangatlah.” Jawab Ria selamba.
Tengku Rizz Zarith jeling pada Ria sekilas. Lagi
tergelak isterinya itu ada. “Eleh, sayang jugak yang redah office abang masa
nak pujuk abang masa sebelum kahwin tu kan?” Keningnya diangkat tinggi
membalas.
“Erk eleh.. Itu aja ke modal abang, haah?” Soal
Ria dengan wajah bosan. Langsung tak heran dengan kenangan sesi pujuk memujuk. ‘Mana
dia tak bosan. Kalau itu sahaja modal Tengku Rizz Zarith nak kenakan dia.
Mana-mana perempuan pun akan cepat bosan.’
‘Poyo punya bini…’ “Pada abang itulah kenangan
paling indah tau. Sayang pujuk abang sampai datang hotel bagai. Guna adik abang
lagi tu.” Balas Tengku Rizz Zarith tidak
mahu mengalah.
“Nasib baik tak ada Raina kan sayang, waktu tu?” Tengku Rizz Zarith memandang isterinya yang
sudah menumpang kepala dibahunya. Turut sama bersila disebelahnya.
Ria menganguk laju. ‘Kalau ada Raina, pasti lagi
gamat kejutan-kejutan yang dibuatnya untuk suaminya. Macam-macam jugak perangai
budak kecik tu..’ Yang pastinya membuat dia geli hati.
“Rindulah pulak dekat diorang berdua.. mama,
papa” Jawab Ria tiba-tiba. Tangannya sudah memeluk tangan kiri suaminya. ‘Best
peluk Tengku Rizz Zarith, badan macam punching bag.’ Hahahaa.
Hai..baru dua hari. Bukan hari tu nak sangat
balik rumah. Raya nak dekatlah, baju tak belilah, langsir tak pasanglah, bekas
kuih tak ambik lagilah. Macam-macam sayang nak buat kan? Perli Tengku Rizz
Zarith.Tubuh isterinya dirapatkan ke badannya. Dia lihat isterinya agak
kesejukkan kesan penghawa dingin yang dipasang mereka.
‘ Elok-elok mereka dirumah Tan Sri Ryan Haiqal
dan Puan Sri Zaura selama beberapa bulan ni. Bolah pulak bininya mintak mereka
tinggal di rumah mereka sendiri untuk hari-hari terakhir ramadhan. Almaklum
sudah dua tahun tak menyambut raya bersama.
Mulalah isterinya request macam-macam. Haila, Ria
Airisya, perangai masih sama. kebudak-budakan. Bila cakap budak-budak mulalah
muncung tu naik tinggi macam paruh burung.’
Ria tidak terkesan langsung dengan bebelan
suaminya. “Abang, jom balik rumah mama?” Pinta Ria. Matanya dikebil-kebilkan
kearah suaminya. Biar Tengku Rizz Zarith cair. Dia kan bermata hijau, suaminya
pula bermata biru. Bila bergabung, bak kata Stacy ‘Bergabung, meletop’….
“Betul nak balik dah?” Soal Tengku Rizz Zarith
meminta kepastian. Bukannya apa bininya ni lain daripada lain. Kejap kata yes,
kejap kata no, kejap kata nak, kejap kata tak nak. Lama-lama dia yang naik angin.
Nak naik suara memang tak lah. Bengang dalam hati. Nasib baik bila dia
brainwash sikit Ria boleh terima. Kalau tidak matilah mak…
Ria angguk pasti. Terbit wajah gembira
diwajahnya. Setujupun suaminya. Tengku Rizz Zarith mana boleh tak setuju.
Sekejap je cair. Ria bangga diri.. ‘Ohh bajet kau Ria Airisya. Eleh sekali
sekala.’ ‘Hahahaa.
Kalau macam tuuuu….
“Daddyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!!”
“Mommyyyyyyyyy!!!!!!!!!!”
“Ohhh kus semangat..” Serentak Tengku Rizz Zarith dan Ria Airisya
mengucap.
BERSAMBUNG……
ps:Exactly dah siap entry khas untuk ramadhan ni..malam semalam..Tapi haishh nak edit gambaq ni payoh bebenor nak luluihh.. so hope enjoy..
ps:Exactly dah siap entry khas untuk ramadhan ni..malam semalam..Tapi haishh nak edit gambaq ni payoh bebenor nak luluihh.. so hope enjoy..