Tuesday, September 30, 2014

-Operasi Memikat Si Dia-Sinopsis





Ku sangka Lembut rupanya singa
Ku sangka bodoh rupanya bijak lagi geliga
Ku sangka lembab rupanya lagi terror
Ku sangka hodoh rupanya lawa gila
Ku sangka miskin rupanya kaya

Pertemuan di hadapan lounge KLIA itu membawa kepada bibit perkahwinan yang diingat sementara kepada selamanya.Kerana teman wanita penipunya serta amanat datuknya yang meminta dia membawa bakal isteri selepas sahaja dia pulang dari Auckland,New Zealand menyebabkan dia membuat keputusan drastic menarik mana-mana wanita pertama yang dia Nampak sesampai saja di di Lounge KLIA.Hai Aliff Earl Raiqal, ini memang kerja gila.-Aliff
Disangkanya setelah ditabur duit RM 1 Juta ringgit wanita yang menjadi mangsa paksanya akan menerima baik keputusan tapi indah khabar dari rupa.Elsa Airis Dania hanya memandang saja lelaki yang menariknya masuk kedalam kereta Audi RS7 milik lelaki.Bukan lelaki itu yang menjadi masalah tapi permintaan mamanya yang memintanya membawa Fahimi Eryan berjumpa dengan keluarganya.Dan.. married in two month.Nonsense,ma.Fahimi itu cuma alasan untuk mengaburi mamanya daripada bercakap pasal jodoh.Padahal Fahimi itu hanya sekadar kawan saja.Yang ni lagi satu,apa ingat aku ni Barbie Doll ke nak main tarik-tarik anak dara orang.Puas juga dia menghabur lelaki disebelah tempat duduknya di dalam kereta lelaki itu.
Aku bagi kau sejuta ringgit in return.!!Dasar perempuan mata duitan.Cakap pasal duit je.Terbeliak mata.
Aku terima pelawaan kau!Tapi ada benda yang kau kena buat selepas saja tempoh kita bertunang!!! I don’t even need your money,simpan je buat sedekah dekat anak yatim.Ucap Elsa tanpa nada. Dikepalanya sudah bermain banyak perkara.Apa dia ingat aku hadap sangat Sejuta ringgit yang kau bagi tu,aku dah cukup semua yang aku nak.
Aku sanggup buat apa,bagi apa pada kau.Asal kau sanggup jumpa parent serta Tok Wan dan Tok Ki aku.Dan kita kahwin.. Selesai satu masalah.Tambah-tambah perempuan yang dibawanya ini tidak pulak banyak songeh.Tak macam si Maria,teman wanitanya yang dah diklasifikasikan sebagai betina tak guna.Kerjanya nak menebas duit dan kad kreditnya saja kemudian pergi pulak pada sepupu a.k.a musuh yang iri hati dengannya..Belum lagi Sofea,Nadira,Elly,Nelly,Sally,Sawi, Bayam dan seangkatannya yang dianggapnya sebagai dolly-dolly sahaja.Itupun waktu zaman jahilliah, sekarang dah kena brainwash dengan Tok Ki terus taubat nasuha.Tapi tidak pada yang satu ini, K.A.H.W.I.N.Nak tak nak kenalah tipu sunat sikit – sikit.
Rupanya perempuan yang disangka lembut,tak banyak songeh,bodoh,lembab,hodoh,miskin hanya sekadar topeng sahaja buat seorang wanita singa,geliga,terror,lawa,serta harta yang banyak menimbun giler.Hal itu, dia sedari saat selesai majlis pertunangan mereka.Bila wanita yang ayu gitu-gitu berubah 360 darjah kepada wanita yang tak tahu nak kata apa.
Perempuan tu lagi bijak wei daripada aku yang dah ada PHD segulung..Ucap Aliff pada sahabat baiknya Aakif Naufal.Kepalanya digeleng laju.
Apa jer??Soal Akiff.
Pempuan tu buat syarat kot.Bukan sekadar syarat sebab dia kata lepas akad nikah dia tak boleh buat apa sebab dah nikah tapi itu dia kata nanti dulu.Tapi sebelum nikah ni..Ucap Aliff mengeluh,macam rasa nak batalkan saja pertunangan yang hanya tinggal seminggu.
Sambunglah,dia cakap apa??Soal Akiff tak sabar.Bukannya senang nak tengok Aliff Earl Raiqal megeluh tak tentu pasal.
Kalau orang nak kahwin ni ada adat merisik sebelum bertunang,bertunang sebelum nikah.Dia pun boleh buat juga syarat,kira dia anggap adat sebelum kami kahwin laa.Sebelum,semasa dan selepas pertunangan dia kenakan aku bermacam-macam syarat…dan..kalau aku tak ikut,dia akan call off nikah kami,and disappear like nothing has happen..Jawab Aliff senafas..
Ini baru bertemu buku dengan ruas..padanlah korang!!Jawb Aakif tersenggih.
Apakah yang akan terjadi antara Aliff Earl Raiqal dan Elsa Airis Dania.Siapa yang menang siapa yang kalah?Atau dua-dua angkat tangan tanda menyerah.Apa pula pra syarat Elsa bagi meruntuhkan keangkuhan Aliff yang sangat poyo dan bajet dengan duitnya yang berjuta.Bagaimana pula Aliff mengotakan semua syarat-syarat Elsa sehinggakan mereka Berjaya bernikah..Apa pula perancangan Elsa selepas pernikahan antara mereka tetap terjadi seperti kehendak mamanya.Adakah ada konflik yang berlaku.Tentu saja..Tunggggu dan lihat!!

Friday, September 26, 2014

Forever Yours-Bab 2 ,Bab 3




Bab 2
Pagi itu sejurus sahaja bersiap ala kadar selepas mandi dan bersiap Ria terus turun kedapur. Mata, otaknya,serta akalnya memang masih tidak dapat berfungsi dengan baik.Nasib baik ‘makzurrah’ kalau tak sia-sia saja kena piat telinga dengan mak abah.
“Assalamualaikum,abah!!”Ucapnya Ria seperti biasa.Matanya melingau mencari Puan Rin, maknya.
“Waalaikumsalam,angah!!”balas abahnya,Encik Nazrin.Ria melilau mencari surat khabar disekitar ruang tamu.”Kamu kenapa??”Soal abah.Dia tengok anak keduanya gelisah semacam.Tudung pun pakai sarung sahaja.Selalunya asal hari Isnin.Mesti ber jam duduk depan cermin duduk memakai pashmina lah,shawl,scarf lah,bawal lah.
Ria duduk disebelah abahnya.Rasa nak ambil sahaja surat khabar dekat tangan abah tu,bila sasaran surat khabar yang dicari berada ditangan Encik Nazrin.Omel si Ria dalam hati.Tapi,nanti apa pulak abah cakap.
Encik Nazrin sebenarnya dah tahu kenapa si Ria ni pelik semacam je.Dia sendiri terkejut melihat apa yang terpampam didada akhbar.Nasib baik tak sakit jantung,kalau tidak dah “innalilahiwainnalilahirojiun gamaknya”.Nasib baik ibunya dan mak mertuanya ada di kampung,kalau tidak habis segala sakit datang.
“Abah!!mak mana??”Soal Ria.Matanya melihat kearah bahagian dapur basahan.Alahai mana lah aku nak amik surat khabar ni.
“Haah,angah.Kenpa cari mak??”Sergah Puan Rin Aisha.’Pandai Puan Rin Aisha timing masa untuk keluar.Huuh tarik nafas hembus Ria’.
“Saja.”Ucap Ria sepatah.Matanya dihalakan kearah televisyen yang terpasang.
“Ada benda kamu nak bagitahu??”Soal Puan Aisha menjerat.
“Tak ada,tak ada.”Ria menggeleng pantas.”Along dengan Achik mana??”Soal Ria.Baik aku tanya apa-apa kalau tidak..
“Yang,abang ada baca ni satu berita dekat surat khabar ni.”Ucap Encik Nazrin pada isterinya.Matanya tak lepas memandang anaknya.
Mak tak membalas soalan aku.”Berita apa,bang??”Soal Puan Rin berminat.
“Pasal anak Tengku buat press conference…”Ucap Encik Nazrin.
Burr..Air kopi terus menyembur keluar dari mulutnya.’Oh my god.Habislah.’
“Nak jelaskan?”?Soal Encik Nazrin.Puan Rin juga dah memandangnya tanda meminta kepastian.
Along dan achik dah keluar dari tempat persembunyian.Sah-sahlah semua dah tahu.Mati lah aku.Tiba-tiba fikiran melayang pada ayat terakhir Si mangkuk tingkat selepas press conference berlaku.Lepas kejadian barulah kak Syuhada menelefonnya mengatakan sesi kaunseling tersebut dibatalkan pada hari itu dan akan dijalankan pada hari lain.
“Please watch out tv,also read our headlines in tomorrow new papers.”Ucap Rizz dengan suara yang sengaja dinakalkan.
Ria memandangnya geram,sebal.habis memang habislah kalau betul-betul keluar.Now dah jadi pun.
Mata-mata dekat hadapan Ria dah buat mata lain daripada lain.Tak pernah sepanjang hidup,27 tahun  ni ada yang pandang dia macam ni.
‘Apa nak tibai ayat ni!!’Bisik dalam hati.
Boleh Ria baca kejap bah,news paper tu!!’Minta Ria.’Mamat ni,duit berkepuk-kepuk takkan tak boleh nak tutup mulut wartawan tu.’Encik Nazrin menyerahkan surat khabar berita harian yang dibacanya.
“ ‘Tengku Rizz Zarith,CEO SRI PALACE HOTEL akan menamatkan zaman bujangnya bersama penerima novelis bestsellers 2014,Cik Ria Airis Naomi ataupun lebih dikenali sebagai Ria Naomi’.Bacanya dengan lantang.”Tangannya diawang-awangkan.”Mak!!! nak air,air!!”
Puan Rin Aisya terperanjat dengan jeritan anak gadisnya.Cepat-cepat air masak disua pada anaknya.Puan Rin juga terkejut melihat tajuk headline surat khabar yang diambilnya.Kebetulan hari ini,suaminya lambat bersiap kerana pergi ke masjid untuk berjemaah subuh pagi tadi.Maka,dia dahululah yang melihat isi surat khabar tersebut.
“Apa hal ni Ria??Mak nak tahu sekarang juga.Tak kisah lah macam mana kamu nak jawab.Sekarang!!!”Gertak mak.
“Cepatlah,angah.Along nak pergi kerja ni.Nak tahu jugak macam mana cerita terhangat ni boleh sampai masuk paper.Habis popularlah along lepas ni.”
“Pergi jelah,angah tak kacau along pun kan.”Ria membalas sarcastic. ‘Hatinya mendongkol geram,  tersangat geram.Mana nak letak muka.Kalau pergi  SJMC,residen tanya,patient tanya,kak Syu tanya sampai Pak Majid pengawal pun tanya dan mestilah pihak atasan pun tanya.Kalau pergi UKM pulak,sah-sah lah pelajar-pelajar tercinta akan duduk bertanya macam wartawan semalam.Baru pelajar,belum lagi prof,dekan.’
“Tak payah pergilah,senang.Ambik mc,pakar sakit jiwa dah kena renjetan sakit jiwa.”Ucap Achik sambil menyelesaikan masalahnya hari ini.
Matanya kembali memandang kearah ahli keluarganya yang setia menunggu jawapannya.” Thank you Achik.”Tangannya mengusap rambut adiknya yang belum memakai tudung.
“Mostie Welcomes!!”Ucap adiknya ceria.Happy sebenarnya bila lihat berita itu.Terbeliak tu mesti ada.Tapi rasa gembira melebihi yang lain.Ayiesha tahu kakaknya bukan macam perempuan lain. Sudah semestinya ada sesuatu yang terjadi disebalik ini cerita.
“Mak,abah tak pergi mana kan??”Soal Ria semula.Mak abahnya mengeleng.Bagi Ria lima minit nak call Kak Syu untuk bagitahu Ria mc ye mak.
“Okey!!”Mak mengangguk sambil tersenyum.Matanya melihat anaknya yang dah berlalu naik ke tingkat atas rumahnya dan suami.Matanya kembali kearah suaminya.
“Along tak nak pergi kerja ke??”Soal Encik Nazrin dengan kening double jerknya.
“Nak lah,dah cakap bos lambat sikit.Ada emergency.Pukul sepuluh baru masuk.”Ucap Naufal sambil tersenggih.
Encik Nazrin tersenggih melihat anak lelakinya.”Macam- macam lah kamu.Achik pergi tengok kakak kamu tu,mesti menangis!!”Ucap Encik Nazrin sambil tersengih menganguk.
‘Kejap ye!!Nasib baiklah time tengah cuti semester.Kalau dah balik Macquarie maka jangan mimpi lah aku nak dapat ini cerita hangat lebih daripada cempedak goreng yang mak baru buat.’Bisik Ayiesha di dalam hati.
Bab 3
Toktoktok…!!!
“Angah,!!”
Do you want to build a snowman??
Come on let going play!!
I don’t  see you anymore!!
Come out the door!!
it like it’s gone way!!
We use to best buddies!!
And now were not!!
I wish you tell me now,why!!
Do you want to build a snowman?
It’s does’t  need to be a snowman??
‘Nyanyi Ayiesha.Ria didalam bilik nak tergelak mendengar teletah adiknya memujuk.Nak sangat jadi Anna dalam cerita ‘Frozen’.Sampai dinyanyikan lagu ‘Do you want to built A Snowman’.Habisnya dialah si Elsa.’
Toktok!!
Do you want to built a snow man??ulang Ayiesha.
“Come,Anna Ayiesha!!”Ucap Ria disebalik pintu.
“Assalamualaikum,sis.Do you want to build a snowman,Elsa??”Nyanyi Ayiesha sambil tesengih.
“Waalaikumsalam.”Ria tergelak juga akhirnya.”Yaah,kalau Achik boleh amikkan snow dari Aussie sana??”Ucap Ria mengusik. Hatinya terharu dengan adiknya.Meskipun muda tiga tahun sahaja daripada dia.Kadang-kadang adiknya berfikiran lebih matang daripada dia.
“What has going on,angah??”Soal Ayiesha.”Sebenarnya tak ada siapa pun dalam rumah ni yang marah Cuma terkejut tu dah bertukar kepada curiosity.”
Belum sempat Ria nak bersuara.Mak,abah dan along dah masuk kebiliknya.Maka bermulalah sesi jejak kasih.Berpelukkan antara satu sama lain seperti dah sepuluh tahun tak berjumpa.Mula-mula mak,kemudian abah,pastu along dan akhir sekali Anna Ayiesha.
Ayiesha mendudukkan kakaknya di bahu katil dengan dia setia disisi.Manakala mak,along dan abah masing-masing sudah duduk disofa yang berhadapannya.
“Macam ni,mak!Abah!Along!”Ria memulakan ceritanya.Si para pendengar pula yang terangguk-angguk macam burung belatuk mendengar penjelasan Ria.Achik sampai terbaring diatas katil.Along pulak dah dirungkai tali lehernya.Macam gaya tak nak pergi kerja terus.
“Lepastu??”Soal Along tak sabar.Puan Rin dah menepuk peha anak lelaki tunggalnya.
“Sabar!!”Biar Angah habis cerita.
“Yelah!!”
“Lepas kak Syu telefon minta ganti dia untuk bagi session untuk student yang dia handle. Ria pun okeylah.Macam lah mak abah nampak semalam Ria pergi kerja.Cuma Ria tak sempat bagi tahu mak abah yang Ria tak pergi UKM sebaliknya ke Sri Majestic Hotel untuk bagi session.”
“Ria ingat betullah tempatnya,sebab sebelum masuk dewan tu,Ria dah check dekat kaunter.Siap ada guide dengan  concierge lagi tau.”
Along tergelak..”Hek aleh itu pun nak bajet erk.”Bantal kecik di sebelah aku tarik,sekejap sahaja dah sampai dekat muka abang yang hensome macam Matt Dallas dah  bertukar kepada mat dalus..
“Along,angah!!Cuba jangan main-main.”Abah bersuara.
Diam terus kami.Kan kena dengan abah.
“Kemudian??”Soal Puan Rin pulak.
“Jadinya angah dengan yakinnya masuklah dengan gaya yang penuh berkarisma selepas mengetuk pintu dewan tu terlebih dahulu.”
Along dengan achik dah tergelak-gelak dekat lantai.”Ma..lunya-malunya,a..doi angah..”Ujar alongnya tersekat-sekat.
“Dah tu apa jadi??”Soal Achik bila ketawanya reda.
“Apa lagi,press pun ambil gambarlaa.”
“Wargghhhhhh…gelak Along lagi.Habis fofular adik along ye???”
“Hish,along ni.”Geram aku ni.
“Apa jadi pastu???”Soal papa kembali.Suara kendur dah bertukar jadi suara mengusik.
“Angah pun cepat-cepat cakap maaf dan cakap salah view.Kemudian nak patah balik lah..Tapi…” Ucap Rin sengaja dia tak menyambung ayatnya.
“Apa???”Suara Along,mak abah dan achik bersatu.
Aku pulak tergelak bersungguh-sungguh.Tapi yang kat depan pulak serius.”Okey, yang angah tahu tiba-tiba jer tangan angah kena tarik..Then mamat sengal,giler,layak masuk tanjung rambutan tu cakaplah seperti yang keluar dalam surat khabar harini.”
“That you will be the one he is going married?”Soal along.
‘Aku mengangukkan kepala.”Haah,Angah sebenarnya tak sedar dengan semua si mangkuk tu cakap.Macam tersampuk.”
“Tahu-tahu kena berdiri dan dia cakap kat press yang everything akan dikongsikan apabila press conference rasmi dibuat untuk majlis,Siap minta doakan segala urusan selamat.”
“Angah kat situ sure-sure lah terpinga-pingga macam orang bodoh.”Mata dah mengalirkan air mata. “Lelaki tu, huuh!! Geram giler laa,mak abah..”
“Habis lepas press apa jadi??”Soal Ayiesha teruja.








Forever Yours-Prolog




PROLOG
Matanya melingas mencari kelibat dua kawan baiknya yang turut mengikut ekspedisi kumpulannya ke Gunung Jerai.Sengaja memilih tempat ekspedisi mendaki yang berada didalam negara tercinta. Puas sudah menghabiskan kebanyakkan ekspedisi di negara orang,Kini dia ingin pula bertukar arah.Menikmati keindahan bumi Malaysia dari puncak gunung Jerai yang hampir sama ketinggiannya dengan gunung yang baru dia jelajahi awal tahun lalu.
“Ria!!”Panggil lima suara dibelakangnya.
Kelibat Matt,Jacob,Frian,Noura dan Riel yang turut bersama dalam ekspedisi mendakinya semakin menghampiri.
“Where you buddies,Ria??”
Ria menggeleng kepala tanda tidak tahu.Maya dan Idora, tadi semasa mereka turun dari gunung kelibat dua gadis itu masih lagi ada.Namun, bila dia kembali semula selepas ke tandas.Budak dua ekor tu dah menghilang kemana.
“We should go to Senai Airport!!”Ucap Frian. “If not our flight will be passing us without toleh-toleh!!” Sambungnya dengan slang melayu yang terangkak-rangkak.
Aku dan Noura si minah Jawa Tengah dari Indonesia terbahak mendengar ayat yang keluar dari mulut rakan sekolej kami sewaktu menyambung pelajaran di peringkat Ijazah beberapa tahun lalu. Meskipun aku ni gadis yang tak berapa gemar dengan manusia yang bernama lelaki tapi apabila bersama dengan Matt, Jacob dan Frian,aku boleh pulak join sekaki berborak.
“Haah Ria,kapan lagi mau gerak.Bisa-bisa saja kapal terbang sudah berlepas bila kita sampai Senai airport.”Ucap Noura setelah tawanya beransur.
Suara dua orang yang ditunggu-tunggu bergema dibelakang kami. Sedang enak berborak sambil meratah kentang bakar dan rebus.
Aku dah mencekak pinggang dengan membuat gaya Nek wan yang selalu ingin mengertak cucunya masuk bila hari sudah menginjak senja..
“Eiii!!!”Tanganku diunjuk-unjuk pada mereka yang tersenggih melihat kelibat kami berenam yang sedia menunggu kami.
“Sorry guys.We buying this potato for us before we get back to Peninsular.”Ucap Idora sambil tersenggih memohon maaf pada kami semua.
Mereka berlima hanya tersenyum lantas meninggalkan kami untuk memasukkan backpack kami berenam kedalam van yang disewa olehku sebelum berangkat.
Noura yang tersengih.”Baiknya kamu mohon ampun sama ini tuan puteri kalau enggak kamu bisa aja ditinggalin disini.”Ucap Noura lantas turut meninggalkan kami bertiga.
“Sorrylah,Ria..Kitorang bukan sengaja nak main blaa jer..Nampak goguma ni mengancam habis, tu yang singgah beli.”Pujuk Maya sambil mengesel bahunya ditangganku.
“Aku nampak korang ni kecik besar kecik besar jer time ni.”Geram Ria lagi.
“Bukan salah kami ada mamat slenge tu pergi potong turn kami. Ingatkan berdua jer depan kami masa dah sampai kat kedai tu..Sekalinya selamba derk diorang tarik kawan dia sampai 10 orang join barisan diorang.Nak tak nak kena lah tunggu.Ubi dah ambik takkan tak bayar pulak.”Ucap Idora panjang lebar.
Aku mengangguk.”Jomlah dah lambat ni.Nasib baik kita turun awal.Flight kita takkan tunggu kita sebab bukannya kita pakai private jet pun.”Balasku laju sebelom sesi pujuk memujuk menjadi semakin panjang.


Tepat jam 12.30 petang kami sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.Nasib baik azan akan masuk tidak lama lagi.Bolehlah kami bersolat sebentar sebelum masuk ke balai berlepas jam 2.00 petang.Sedang elok aku tengah memakai sneakers dihadapan tandas selepas solat sambil menunggu Riel yang masih lagi di tandas.
“Bum…!!”
Bunyi briefcase dan badanku bersatu.Aku tak sedar yang badanku sudah terguling sehingga boleh kurasakan banyak derap tapak kasut di telinggaku.Satu suara cuba memnaggilku.
“Cik,cik.Are you okey??”Soalnya dengan nada yang agak cuak.
Okay apa kebendenya.Kalau kepala aku pun macam tak betol saja sekarang ni.
“Miss??”Soalnya lagi tidak putus asa.
Aku cuba mengesot ketepi.Mata yang agak pedih cuba ku celikkan.Terarah kepada seorang lelaki yang sedang mencangkung sebelahku.Cermin mata Aviotarnya masih lagi tertenggek diatas matanya.
“I’m so sorry,miss..??”
“Ria.”
“Deeply sorry, Cik Ria. I need to catch up my flight right now.Sorry again.”Ucapnya lagi setelah aku masih berdiam diri.
“It’s okay.you can go now.”Arahku.Cepat berambus lagi bagus.Aku dah lah sure-sure malu gila bila dah terguling tergolek tenggiling macam ni.
“Ria!!”Serbu mereka bertujuh termasuk Riel yang baru keluar dari bilik air.
“Ria are you alright.”Soal Frian dengan riak risau.
“Okay,Frian.Let’s go we need to  catch up our flight.”Idora dan Noura sudah mengambil tempat memapahku untuk masuk ke balai berlepas.
Tanpa sedar mata si jejaka itu masih lagi terarah pada gadis yang dilanggarnya tadi.Nasib baik kastam dah lepas tinggal menunggu turn untuk ke kapal terbang pulang ke KLIA saja.Omelnya. Budak tu cantik!!Ucapnya tanpa sedar.Kepala digelengkan lagi.