Matanya melingas mencari kelibat dua kawan baiknya yang turut mengikut
ekspedisi kumpulannya ke Gunung Jerai.Sengaja memilih tempat ekspedisi mendaki
yang berada didalam negara tercinta. Puas sudah menghabiskan kebanyakkan
ekspedisi di negara orang,Kini dia ingin pula bertukar arah.Menikmati keindahan
bumi Malaysia dari puncak gunung Jerai yang hampir sama ketinggiannya dengan
gunung yang baru dia jelajahi awal tahun lalu.
“Ria!!”Panggil lima suara dibelakangnya.
Kelibat Matt,Jacob,Frian,Noura dan Riel
yang turut bersama dalam ekspedisi mendakinya semakin menghampiri.
“Where you buddies,Ria??”
Ria menggeleng kepala tanda tidak tahu.Maya
dan Idora, tadi semasa mereka turun dari gunung kelibat dua gadis itu masih
lagi ada.Namun, bila dia kembali semula selepas ke tandas.Budak dua ekor tu dah
menghilang kemana.
“We should go to Senai Airport!!”Ucap
Frian. “If not our flight will be passing us without toleh-toleh!!” Sambungnya
dengan slang melayu yang terangkak-rangkak.
Aku dan Noura si minah Jawa Tengah dari
Indonesia terbahak mendengar ayat yang keluar dari mulut rakan sekolej kami
sewaktu menyambung pelajaran di peringkat Ijazah beberapa tahun lalu. Meskipun
aku ni gadis yang tak berapa gemar dengan manusia yang bernama lelaki tapi apabila
bersama dengan Matt, Jacob dan Frian,aku boleh pulak join sekaki berborak.
“Haah Ria,kapan lagi mau gerak.Bisa-bisa
saja kapal terbang sudah berlepas bila kita sampai Senai airport.”Ucap Noura
setelah tawanya beransur.
Suara dua orang yang ditunggu-tunggu
bergema dibelakang kami. Sedang enak berborak sambil meratah kentang bakar dan
rebus.
Aku dah mencekak pinggang dengan membuat
gaya Nek wan yang selalu ingin mengertak cucunya masuk bila hari sudah
menginjak senja..
“Eiii!!!”Tanganku diunjuk-unjuk pada mereka
yang tersenggih melihat kelibat kami berenam yang sedia menunggu kami.
“Sorry guys.We buying this potato for us
before we get back to Peninsular.”Ucap Idora sambil tersenggih memohon maaf
pada kami semua.
Mereka berlima hanya tersenyum lantas
meninggalkan kami untuk memasukkan backpack kami berenam kedalam van yang
disewa olehku sebelum berangkat.
Noura yang tersengih.”Baiknya kamu mohon ampun sama ini tuan puteri kalau enggak kamu bisa
aja ditinggalin disini.”Ucap Noura lantas turut meninggalkan kami bertiga.
“Sorrylah,Ria..Kitorang bukan sengaja nak
main blaa jer..Nampak goguma ni mengancam habis, tu yang singgah beli.”Pujuk
Maya sambil mengesel bahunya ditangganku.
“Aku nampak korang ni kecik besar kecik
besar jer time ni.”Geram Ria lagi.
“Bukan salah kami ada mamat slenge tu pergi
potong turn kami. Ingatkan berdua jer depan kami masa dah sampai kat kedai
tu..Sekalinya selamba derk diorang tarik kawan dia sampai 10 orang join barisan
diorang.Nak tak nak kena lah tunggu.Ubi dah ambik takkan tak bayar pulak.”Ucap
Idora panjang lebar.
Aku mengangguk.”Jomlah dah lambat ni.Nasib
baik kita turun awal.Flight kita takkan tunggu kita sebab bukannya kita pakai
private jet pun.”Balasku laju sebelom sesi pujuk memujuk menjadi semakin
panjang.
Tepat jam 12.30 petang kami sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Senai.Nasib baik azan akan masuk tidak lama lagi.Bolehlah kami bersolat
sebentar sebelum masuk ke balai berlepas jam 2.00 petang.Sedang elok aku tengah
memakai sneakers dihadapan tandas selepas solat sambil menunggu Riel yang masih
lagi di tandas.
“Bum…!!”
Bunyi briefcase dan badanku bersatu.Aku tak
sedar yang badanku sudah terguling sehingga boleh kurasakan banyak derap tapak
kasut di telinggaku.Satu suara cuba memnaggilku.
“Cik,cik.Are you okey??”Soalnya dengan nada
yang agak cuak.
Okay apa kebendenya.Kalau kepala aku pun
macam tak betol saja sekarang ni.
“Miss??”Soalnya lagi tidak putus asa.
Aku cuba mengesot ketepi.Mata yang agak
pedih cuba ku celikkan.Terarah kepada seorang lelaki yang sedang mencangkung
sebelahku.Cermin mata Aviotarnya masih lagi tertenggek diatas matanya.
“I’m so sorry,miss..??”
“Ria.”
“Deeply sorry, Cik Ria. I need to catch up
my flight right now.Sorry again.”Ucapnya lagi setelah aku masih berdiam diri.
“It’s okay.you can go now.”Arahku.Cepat
berambus lagi bagus.Aku dah lah sure-sure malu gila bila dah terguling tergolek
tenggiling macam ni.
“Ria!!”Serbu mereka bertujuh termasuk Riel
yang baru keluar dari bilik air.
“Ria are you alright.”Soal Frian dengan
riak risau.
“Okay,Frian.Let’s go we need to catch up our flight.”Idora dan Noura sudah
mengambil tempat memapahku untuk masuk ke balai berlepas.
Tanpa sedar mata si jejaka itu masih lagi
terarah pada gadis yang dilanggarnya tadi.Nasib baik kastam dah lepas tinggal
menunggu turn untuk ke kapal terbang pulang ke KLIA saja.Omelnya. Budak tu
cantik!!Ucapnya tanpa sedar.Kepala digelengkan lagi.
best.
ReplyDeletetq
ReplyDelete