Friday, September 26, 2014

Forever Yours-Prolog




PROLOG
Matanya melingas mencari kelibat dua kawan baiknya yang turut mengikut ekspedisi kumpulannya ke Gunung Jerai.Sengaja memilih tempat ekspedisi mendaki yang berada didalam negara tercinta. Puas sudah menghabiskan kebanyakkan ekspedisi di negara orang,Kini dia ingin pula bertukar arah.Menikmati keindahan bumi Malaysia dari puncak gunung Jerai yang hampir sama ketinggiannya dengan gunung yang baru dia jelajahi awal tahun lalu.
“Ria!!”Panggil lima suara dibelakangnya.
Kelibat Matt,Jacob,Frian,Noura dan Riel yang turut bersama dalam ekspedisi mendakinya semakin menghampiri.
“Where you buddies,Ria??”
Ria menggeleng kepala tanda tidak tahu.Maya dan Idora, tadi semasa mereka turun dari gunung kelibat dua gadis itu masih lagi ada.Namun, bila dia kembali semula selepas ke tandas.Budak dua ekor tu dah menghilang kemana.
“We should go to Senai Airport!!”Ucap Frian. “If not our flight will be passing us without toleh-toleh!!” Sambungnya dengan slang melayu yang terangkak-rangkak.
Aku dan Noura si minah Jawa Tengah dari Indonesia terbahak mendengar ayat yang keluar dari mulut rakan sekolej kami sewaktu menyambung pelajaran di peringkat Ijazah beberapa tahun lalu. Meskipun aku ni gadis yang tak berapa gemar dengan manusia yang bernama lelaki tapi apabila bersama dengan Matt, Jacob dan Frian,aku boleh pulak join sekaki berborak.
“Haah Ria,kapan lagi mau gerak.Bisa-bisa saja kapal terbang sudah berlepas bila kita sampai Senai airport.”Ucap Noura setelah tawanya beransur.
Suara dua orang yang ditunggu-tunggu bergema dibelakang kami. Sedang enak berborak sambil meratah kentang bakar dan rebus.
Aku dah mencekak pinggang dengan membuat gaya Nek wan yang selalu ingin mengertak cucunya masuk bila hari sudah menginjak senja..
“Eiii!!!”Tanganku diunjuk-unjuk pada mereka yang tersenggih melihat kelibat kami berenam yang sedia menunggu kami.
“Sorry guys.We buying this potato for us before we get back to Peninsular.”Ucap Idora sambil tersenggih memohon maaf pada kami semua.
Mereka berlima hanya tersenyum lantas meninggalkan kami untuk memasukkan backpack kami berenam kedalam van yang disewa olehku sebelum berangkat.
Noura yang tersengih.”Baiknya kamu mohon ampun sama ini tuan puteri kalau enggak kamu bisa aja ditinggalin disini.”Ucap Noura lantas turut meninggalkan kami bertiga.
“Sorrylah,Ria..Kitorang bukan sengaja nak main blaa jer..Nampak goguma ni mengancam habis, tu yang singgah beli.”Pujuk Maya sambil mengesel bahunya ditangganku.
“Aku nampak korang ni kecik besar kecik besar jer time ni.”Geram Ria lagi.
“Bukan salah kami ada mamat slenge tu pergi potong turn kami. Ingatkan berdua jer depan kami masa dah sampai kat kedai tu..Sekalinya selamba derk diorang tarik kawan dia sampai 10 orang join barisan diorang.Nak tak nak kena lah tunggu.Ubi dah ambik takkan tak bayar pulak.”Ucap Idora panjang lebar.
Aku mengangguk.”Jomlah dah lambat ni.Nasib baik kita turun awal.Flight kita takkan tunggu kita sebab bukannya kita pakai private jet pun.”Balasku laju sebelom sesi pujuk memujuk menjadi semakin panjang.


Tepat jam 12.30 petang kami sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.Nasib baik azan akan masuk tidak lama lagi.Bolehlah kami bersolat sebentar sebelum masuk ke balai berlepas jam 2.00 petang.Sedang elok aku tengah memakai sneakers dihadapan tandas selepas solat sambil menunggu Riel yang masih lagi di tandas.
“Bum…!!”
Bunyi briefcase dan badanku bersatu.Aku tak sedar yang badanku sudah terguling sehingga boleh kurasakan banyak derap tapak kasut di telinggaku.Satu suara cuba memnaggilku.
“Cik,cik.Are you okey??”Soalnya dengan nada yang agak cuak.
Okay apa kebendenya.Kalau kepala aku pun macam tak betol saja sekarang ni.
“Miss??”Soalnya lagi tidak putus asa.
Aku cuba mengesot ketepi.Mata yang agak pedih cuba ku celikkan.Terarah kepada seorang lelaki yang sedang mencangkung sebelahku.Cermin mata Aviotarnya masih lagi tertenggek diatas matanya.
“I’m so sorry,miss..??”
“Ria.”
“Deeply sorry, Cik Ria. I need to catch up my flight right now.Sorry again.”Ucapnya lagi setelah aku masih berdiam diri.
“It’s okay.you can go now.”Arahku.Cepat berambus lagi bagus.Aku dah lah sure-sure malu gila bila dah terguling tergolek tenggiling macam ni.
“Ria!!”Serbu mereka bertujuh termasuk Riel yang baru keluar dari bilik air.
“Ria are you alright.”Soal Frian dengan riak risau.
“Okay,Frian.Let’s go we need to  catch up our flight.”Idora dan Noura sudah mengambil tempat memapahku untuk masuk ke balai berlepas.
Tanpa sedar mata si jejaka itu masih lagi terarah pada gadis yang dilanggarnya tadi.Nasib baik kastam dah lepas tinggal menunggu turn untuk ke kapal terbang pulang ke KLIA saja.Omelnya. Budak tu cantik!!Ucapnya tanpa sedar.Kepala digelengkan lagi.

2 comments: