Bab 12
Ria melihat bangunan besar
dihadapannya. Majestic Hotel.Dibelakangnya menara berkembar yang menghubungkan
antara hotel itu dengan ibu pejabat Empire Palace Group. Puas tadi dia
menelefon bertanya pada setiausaha Rizz di Pejabat CEO Majestic Hotel. Dah
disogok rupanya dengan tunangnya itu.
“Silap
oranglah Tengku Rizz Zarith.I had setting your phone GPS on my gadget.” Macam
mana Rizz buat, begitu jugaklah dia buat.Jadi dia dah agak dimana Rizz
berada.Jika tiada di Sport club ataupun di Horse Riding Club. Sah jejaka itu
ada di hotel ataupun ibu pejabat Empire Palace Group.
Merajuk
seharian jejaka itu selepas mereka berpisah pulang semalam.Habis risau Ria
jadinya. Selepas solat isya’ semalam sempat Ria menghantar mesej, tapi langsung
tak dibalas, ditelefon juga tidak berjawab. Akhir sekali Ria menghantar mesej
menggunakan aplikasi ‘Line’.
Bukan dibalas
mesejnya.Jejaka itu hanya meng’ update moodnya
dengan menggunakan sticker. Sticker beruang ‘Do Min Joon’, hero dari drama
Korea ‘You Who Came From The Star’. Bukan risau sahaja yang Ria perolehi. Rasa
geram pun ada, bila tunangnya itu menunjukkan rasa tidak puas hati secara
belakang-belakang.
Penat jugak
Ria memujuk ketika berada dalam kereta.Sanggup dia meminta Rin Aira pulang
dahulu bersama Farish.Manakala dia menunggu Rizz di tepi kereta milik jejaka
itu selepas mereka menunaikan solat maghrib semalam di masjid. Sepanjang
perjalanan hanya tangan tunangnya itu sahaja yang memainkan peranan meminta dia
jangan bercakap.
Tapi apa Ria
kesah.Tetap sahaja dia bercakap sehinggalah mereka sampai dirumahnya. Tidak
sempat Ria berkata apa-apa selepas turun. Rizz laju memecut keretanya pergi.
Tahulah Jaguar XFR tu,kereta yang dibina dengan mekanisme yang menepati
kelajuan dan maintenance sebuah kereta lumba.
Sebentar tadi
dia meminta agar Tengku Riff Zariff.Adik kedua Rizz membantunya agar dia dapat
memasuki pejabat milik tunangannya itu. Panggilan bakal adik iparnya pada lima
minit tadi, memberi isyarat agar dia boleh masuk secara senyap tanpa diketahui
Tengku Rizz Zarith yang berada dibilik mesyuarat.Sempat juga dia meminta
pertolongan setiausaha tunangnya itu yang pada mulanya keberatan.
“Haila,Ria
macam main police and tree kau yeah.Nak masuk pun gaya penyamun. Nasib baik ni
syarikat bakal bapak mertua kau,Ria!!” Naya jer kalau Tan Sri Ryan Haiqal tahu
kedatangannya disitu.Sebab itulah dia terpaksa meminta bantuan Riff dan
setiausaha Rizz. Kira berbaloi jugaklah dia meminta cuti setengah hari pada
hari itu.
Tepat jam dua petang,setengah
jam selepas Ria berjaya masuk kedalam pejabat milik Tengku Rizz Zarith. Tengku
Rizz Zarith masuk kedalam biliknya dengan ditemani Riff Zariff dan Izraif
Darwish.Langsung duduk dikerusi mejanya tanpa menyedari kehadiran Ria.
Tengku Riff
Zariff memandang segenap bilik abangnya.Manalah Kak Ria ni menyorok,tak pasal
nanti kantoi.Omelnya dalam hati. Baru tersedar bakal kakak iparnya yang berdiri
ditepi pantri kecil didalam bilik Tengku Rizz Zarith.
Jika tidak
diperhati betul-betul,memang tidak mudah dikecam ada orang disebalik dinding
bilik itu memandangkan abangnya telah menggunakan kaca gelap sebagai dinding
yang membahagikan pantri dengan bilik mesyuarat dibiliknya.Sempat dia melihat
Ria memberi signal jari telunjuk dimulut.Tergelak Riff dalam hati,memang
adventureous betul kakak iparnya ini.Main aci sorok even dah besar panjang.
“Aku bukan
apa??”Tiba-tiba Rizz bersuara.
Ria memasang
telinga.Seolah ada perbualan antara mereka bertiga. “Nauzubillah Ria.Bagusnya
perangai,curi dengar perbualan orang lain.”Bisiknya perlahan.
“Aku nak jugak
kena pujuk dengan tunang sendiri.Macam mana kau dan Yura. Macam tulah jugak aku
nak antara aku dan Ria.”Ucap Rizz.
“Tapi kau tak
boleh samakan Ria dengan Yura,Rizz.”Cepat Darwish memangkah kata-kata sepupunya
itu.
‘What did he
means by that?Yura.Siapa Yura?.Yura dengan Darwish, maybe future wife or maybe
his wife.’Kotnya
lah jawab Ria dalam hati. Malas nak memikirkan perihal lain. Telinganya kembali
dipekakan pada perbualan mereka berdua.
“Habis tu,Ria
ada pujuk tak?”Soal Darwish dengan kening diangkat tinggi.
“Ada,semalam.Masa
aku hantar dia balik. Tapi aku buat donno jer.”Selamba Rizz bersuara.Memang
semalam dia sengaja malas nak melayan Ria.Apa yang diberitahu Ria sedikitpun
tidak masuk kedalam otaknya.
“Gila..!!”Ucap
Darwish sepatah.Mengikut kata isterinya,Yura. Ria seorang yang keras kepala.Tak
mungkin perwatakan gadis itu boleh berubah sedrastik sperti yang dicakapkan.
“Kemudian
balik!After isya’ adalah dia message and call aku beberapa kali tapi aku buat
donno. Lastly di message using Line. Aku update mood using sticker lepas
tu aku pun shut down.”Sambung Rizz dengan riak muka kering.
Darwish telan
liur.Riff Zariff yang tadinya berbaring terus terbangun mendengar kata-kata
abangnya yang sungguh selamba.Pandangannya laju terarah pada Ria yang sedang
menahan geram.Habis abang aku kalau dia terus bercakap tak henti-henti.
“Along!!!”Riff
Zariff cepat menyergah..
Terkejut Rizz
Zarith dan Izraif Darwish.
“Kau
kenapa,ngah??!!”Soal Rizz dengan riak pelik.Dari tadi dia lihat adiknya itu
berperangai pelik.
“Entah kau ni
ngah, kalau Abang Iz ada lemah jantung.Sah dah innalillah tahu tak!! Abang tak
habis pikat lagi Kak Yura kau tu!!” Balas Darwish,sempat mengusap dadanya yang
terkejut dengan sergahan adik sepupunya itu.
Riff tersengih
bersalah. “Angah ada soalan nak bagi along?”Tutur Riff sebaris.Nasiblah
kalau alongnya akan belasah dia bila balik rumah nanti.Yang penting dia dah
tahu kenapa bakal kakak iparnya bersunguh-sungguh sampai sanggup jadi perisik
persendirian.
“Apa dia??”Keningnya
diangkat tinggi.
“Tadi along
cakap, along nak minta kak Ria pujuk kan??”Soalnya dengan nada mengusik.Sempat
dia menoleh kearah Ria.Ria sedang memberikan amaran.Tak semena-mena dia
tergelak sekejap.
“Hurm.”Balas
Rizz endah tak endah.Tengku Rizz Zarith semakin pelik melihat gelagat Riff
Zariff.Sempat dia menoleh kearah tempat pantri dimana mata adiknya tadi
melihat.Tak ada apa-apa.Bisiknya dalam hati.
“So kalau Kak
Ria pujuk along, along akan baik balik dengan Kak Ria?” Soal Riff lagi.Suaranya
cuba dikawal agar ketawanya tidak terhambur.Rasanya dah berapa kali kak Ria
memberi kepalan penumbuk padanya.Sah bukan along yang belasah dia,mahu Kak Ria
yang membelasahnya.Nasiblah Riff yang penting abang kau bahagia.
“Sahlah,kau
ingat senang Kak Ria kau tu nak memujuk.Pernah pun sikit,lastly dia yang
merajuk,along yang kena pujuk.Tahu tak??”Omel Tengku Rizz Zarith tanpa menoleh.
Selamba sahaja jawapan diberi pada adiknya.
Makin kuat
Riff Zariff ketawa mendengar jawapan alongnya.Bertambah-tambah merah jambu muka
bakal kakak iparnya. “Kak Ria did you hear that??”Soal Tengku Riff Zariff
tiba-tiba.
Ria nak tak
nak terpaksa juga keluar dari tempat persembunyiannya.Sengal punya bakal adik
ipar, ikutkan dia mahu berdua sahaja dengan Tengku Rizz Zarith.Cukuplah sekadar
Tengku Riff Zariff tunggu diluar. Tidaklah dia malu sekiranya hanya dia dan
Rizz Zarith sahaja.
Sudah diminta
bakal adik iparnya itu tidak membenarkan siapa-siapa masuk selepas Tengku Rizz
Zarith habis bermesyuarat. Hancus planning aku dapat budak bertuah ni. Ria
mengomel dalam hati sebelum timbul dari sebalik tirai pintu pantry.
Tengku Rizz
Zarith menoleh kearah pantri semula. Tergamam, terkejut, terperanjat melihat
Ria yang tiba-tiba muncul dibiliknya. Darwish turut terperanjat dengan
kehadiran tunang sepupunya itu.Cantik seperti yang diceritakan teman blind
datenya. Ringkas dengan jubah hitam di padankan dengan tudung halfmoon berwarna
pink.Tampak manis dan anggun.
Bab 13
Ria memandang sekilas
wajah Tengku Rizz Zarith yang masih tekun memandangnya. Dia..Malu jangan cakap
laa.Dah lah ceroboh pejabat orang. Tak kiralah tunang sendiri apa bukan.First
time seumur hidup buat kerja gila. Kena pujuk depan-depan Tengku Riff Zariff
dan Izraif Darwish pulak tu.
Nasib baik
pergi makan mereka tak ganggu. Sah dia tambah malu berdosen-dosen. Hampir dua
puluh minit mereka berada di Restoran Songket. Diam dan senyap. Makanan
sudahpun terhidang di atas meja.
Tadinya
punyalah dia memujuk Tengku Rizz Zarith pergi makan tengah hari, kalau tidak
sah gastrik dia melarat.Sarapan pada pagi tadi pun sekadar minum teh kosong.
Ini perutnya sudah menunjukkan tanda akan terkena gastrik. Lantak lah kalau si
tunang senyum kelangit sekalipun,yang penting perut dia dah buat orchestra
pancaragam dah ni.
Padanya,lebih
baik jejaka itu berkelakuan nakal dan suka mengusiknya daripada berkeadaan
seperti semalam.Rizz yang statik dan senyap tanpa sepatah perkataan.Seram sejuk
jadinya.
Tahu jugak kau
ni perasaan takutkan Ria?Mana ada aku takut.Omelnya didalam hati.
Kenapalah hati aku ni mudah sangat derhaka pada tuan.Nasinya sudah pun
dihabiskan separuh. Matanya naik memandang muka Tengku Rizz Zarith.
“Hailaaa,
..tak habis lagi ke dengan senyuman gaya pencair hati besi ni.”Soalnya selepas
kembali menyuap nasi. Pandangan dihala pada pinggan Tengku Rizz Zarith yang
masih tidak lagi berusik.Minuman yang terhidang pun tidak djamah walau
sedikitpun.
“Ria…!!!”Tengku
Rizz Zarith bertutur perlahan.Ria yang menunduk mendongak melihat anak mata
biru milik Rizz.
“Hurm..”Hanya
itu yang mampu terkeluar dari mulut Ria.Adoi,kau ni Ria.Tadi masa dalam kereta
punyalah kau karang ayat biar tak buat dua-dua pihak terasa hati.Ni apehal bila
dah sampai masa, senyap kalah orang yang join pertandingan debat.
“You nak
cerita,siapa that guy?”Soal Rizz lagi.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa
berdebarnya hatinya ketika semalam.Takut jika Ria menjelaskan kedudukan
hatinya, takut jika Ria memberitahu status hubangannya dengan lelaki yang baru
mereka temui semalam.
Sanggup dia
meminta izin pada Encik Nazrin untuk duduk berbincang dengan Ria selepas sesi
pujuk memujuk berlalu.Encik Nazrin turut mengizinkan bila sempat adik iparnya
memberitahu pertemuan tanpa sengaja mereka berempat dengan Jason pada
petang semalam sebelum dia menelefon sendiri bakal bapa mertuanya.
“Ria dah
sampai masa you cerita pasal your whole life. Dekat depan you ni…Rizz menunjuk
kearah dirinya…Your future husband bakal imam you.Yang akan bimbing you dan
anak-anak kita sehingga menjadi anak yang soleh dan solehah.”Ucap Rizz
ringkas.Tangannya dibasuh lalu nasi disuap.
Semalam
otaknya beku seketika.Selepas sahaja melakukan subuh pagi tadi dan solat solat
zohor.Hatinya kembali tenang. Cuma dia harapkan satu kepastian dari mulut gadis
cantik itu.
Cara dan
perilaku Ria ketika mereka berhadapan dengan jejaka kacak yang bernama Jason
semalam sudah menjelaskan semuanya.Bahawa Ria tiada hubungan istimewa dengan
jejaka itu.Hubungan mereka tidak lebih dari seorang rakan.
Ria menarik
nafas perlahan. ‘Ria,it’s time!!.’Lemah lututnya bila mendengar ucapan jejaka
itu.Rizz sebenarnya seorang lelaki yang baik.Sangat memahaminya,meskipun mereka
tidak pernah mengenali satu sama lain sebelum ini.Sungguh syahdu hatinya bila
lelaki itu menyentuh soal anak dan imam.Menjadi pembimbing dirinya dan
anak-anak.
Bukan itukah
yang kau mahukan Ria.Lelaki yang cukup semuanya,tak kacak tapi menjaga
penampilan,tak kaya tapi mampu menyara kau dan anak-anak,tak bijak tapi cukup
ilmunya. Ilmu yang paling kau mahu dia ada, bukti dia adalah Islam. Berkata
dengan yakin, dia dapat membimbing kau dan anak-anak ke jalan yang
betul.Menjadi imam kepada kau dan anak-anak.
Ini pakej
sepeluh persepuluh.Kacak, kaya, berkedudukan, berpelajaran, berpegang teguh
dengan agama, bertanggungjawab, berwatakan menarik, menghormati orang yang
lebih tua, penyayang…dan yang kesepuluh.Walaupun kau bengang dengan
dia,tapi kau layankan sahaja perangai dia yang suka mengusik dan nakal tu kan,
Ria??.
Biarpun akad
belum termeterai, jejaka itu telah menjaganya dan bertanggungjawab
sepenuhnya pada dirinya.Mana lagi Ria kau nak cari lelaki macam ni.Omel hatinya
lagi.Kau kalau buat Rizz kecewa aku cucuk hati kau,Ria.Derhaka lagi kau hati.
“Ria..!!!!”Rizz
tersenyum melihat Ria yang termenung.Sudah kali ketiga dia memanggil gadis
itu.Khusyuk sangat berkhayal sampai tangannya sempat diawang-awangkan
pun. masih tidak dapat menyedarkan lamunan gadis itu.
“Sayang..!!!”Kuat
Rizz memanggil beserta sedikit tepukan dimeja.
“Haahh..” Ria
tersedar.Cepat dia beristighfar.Haiyoo Ria perangai mengelamun kau ni memang
tak boleh diubahkan. “Maaf Rizz. ”Pantas Ria memohon maaf.
Rizz menganguk
perlahan. “Please Ria,share with me??”Soal Rizz tidak putus asa.
Ria memandang
Tengku Rizz Zarith sekejap.Dia tekad ingin menceritakan hal yang sebenar.Cuma
satu yang dia takutkan.Rizz cemburu.Nampak jelas petang semalam betapa
cemburunya jejaka itu ketika Jason ingin membayarkan minyak wanginya.
“Okey..!!!”Sepatah
Ria bersuara.Pinggan yang tadinya penuh dengan nasi sudahpun habis dijamah.
Baru tenang nak bercakap.Pandangan dialih kearah dua meja dari kanan.
Kelibat Rin
Aira dan Farish yang enak menjamah makan petang mereka dipandang. Bertuah punya
Ma’su,aku kat sini kena soal jawab.Dia dekat sana tengah sibuk bermadu
asmara.Sempat Ma’Sunya memandangnya. Siap beri kenyitan mata lagi.Ciskek punya
Ma’su.Bukan nak bantu anak buah.
Rizz tersenyum
bahagia.Ria akhirnya ingin bercerita.Mungkin ini sahaja jalan untuk membuat Ria
membuka hatinya. Dari cerita Rin Aira,dia tahu Ria seorang yang tidak mudah
berkongsi cerita kecuali pada Edina. ‘Haila,kalau dah jadi laki bini.Makan
dalamlah kau Rizz kalau Ria tak cerita masalahnya dekat kau!!.’
“You kena
janji dengan I jangan marah??”Soal Ria selepas membuat keputusan drastik yang
tidak pernah dia lakukan sebelum ini.
“I
promise.”Ucap Rizz dengan senyuman mengoda.Yeah..Ria tak nak dia marah.
“You kena
janji jangan merajuk, I tak pandai pujuk?”Soal Ria lagi.
“Tak apa I
pujuk diri I sendiri.”Tutur Rizz selamba. “Tadi bukan pujuk ke?”Soalnya
semula.Tak apa Ria sayang. Lepas kahwin abang tahu macam mana nak minta Ria
pujuk. Sambungnya didalam hati.
Ria hanya
mengangkat bahu. “You kena promise jangan cemburu??”Soal Ria lagi.
Rizz angkat
kening tinggi.Ini payah. Semalam jer gaya lahar gunung berapi nak meletup, dia
marah.Habis terkedu gadis itu melihat sisinya yang berlainan, Tengku Rizz
Zarith yang agak kuat cemburu. “Errmmm..boleh kut insyaallah.”Balas Rizz
teragak-agak.
Ria mengerut
dahi.Haila ini yang payah.Kalau sah jawapan yang paling dia harap, dah jadi
sebaliknya.Bagaimana ingin menceritakan kisah jejaka itu.Sah apa yang dia
cerita nanti akan mendatangkan rasa marah dan cemburu..Dan akhirnya pasti
jejaka itu akan merajuk sama seperti keadaan mereka ketika baru sahaja ingin keluar
dari Pavillion Mall semalam.
“Okey, I will
control my jealousy.”Balas Rizz semula bila melihat Ria mula teragak-agak. “
Tapi jangan over sangat you cerita pasal that guy. Sah I pergi kapak Jason
tu.Tak kisahlah dia kerabat raja apa sekalipun.”Ugut Rizz.
“Eleh cakap
besar.”Jawab Ria.Opps.Terlepas sudah.
Rizz
membeliakkan mata. “Menjawab.Ni yang nak marah ni.Awal-awal lagi dah nak back
up mamat Turkish tu!!”Geram Rizz bersuara.
“Allahuakbar.You
ni sikit je pun nak marah.Ni yang I malas nak cerita. Lelaki. Tak ego lah
sangat, bila provoke sikit jer mulalah nak tunjuk taring. Tak jadi vampire tapi
kerjanya nak menaring jer.” Geram pulak Ria jadinya.
Rizz tergelak
mendengar omelan tunangnya itu.Pertama kali mendengar perkataan ‘menaring’.
Siap dirinya pula yang dijadikan subjek. Makin comel dia lihat gadis itu
bengang.
“Okey-okey.
Dah tak payah nak marah I lagi. Tadi I yang marah you. Sekarang terbalik
pulak?”Soal Rizz dengan kening double jerk.
“Mana ada
marah, bengang jer. Jujur Ria berkata. You nak dengar tak apa yang I nak
cerita??”Soal Ria semula.Mukanya dimaniskan semula.
“Nak
laa.Hampir sejam I tunggu you cerita.Tak cerita-cerita.Asyik tengok muka you
yang tengah mengelamun tu jer.”Balas Tengku Rizz Zarith beserta senyuman
sumbing.
“Hisshh..”Dengus
Ria perlahan.Ada sahaja bahan dia nak kenakan aku.
“You ada adopted child dengan
dia??”Tanpa sedar Tengku Rizz mengulang ayat yang keluar dari mulut Ria dengan
nada suara yang agak kuat.Habis satu restoran termasuk Rin Aira dan Farish
melihat kearah meja mereka.
“Yupps.”Ria
cuba berlagak selamba.Malu cuba diletak tepi.Dah agak inilah paling dia
takutkan.Nasiblah wahai penghuni restoran. Nak tak naklah dia cerita. Daripada
tunang itu mengetahui hal itu dari orang lain.
“You are his
mother, and Jason was his father??”Soal Rizz.Tak sangka itu cerita sebenar.
Mula-mula Ria cerita mengenai bagaimana mereka berkenalan.Mengejarnya sehingga
sanggup menyambung pelajaran keperingkat Phd, hanya kerana ingin memastikan keselamatan
gadisnya itu.
Kemudian
tunangnya itu bercerita bagaimana hubungannya dengan keluarga Jason yang sangat
baik.Selepas itu dia dikejutkan dengan berita bahawa Jason itu sudah pun
memeluk Islam, bahkan dari cerita Ria sebelum dia datang menyergah tadi.
Jason sudahpun
berkehendak ingin menelefon abang Ria,Naufal. Ingin menjelaskan hasrat
hatinya.Maksudnya sah keluarga Ria juga kenal dengan Jason. Pastilah, jika Rin
Aira juga kenal rapat dengan Jason dan keluarganya,apatah lagi Ria dan
keluarganya.
“You janganlah
think to much!!”Ucap Ria lagi.Risau pulak melihat gaya Tengku Rizz Zarith
itu.Bagai kucing hilang anak.Tapi ini lagaknya bagai kucing jantan hilang bini.
Rambutnya yang kemas sedari tadi sudah kusut masai.Nasib baik,pelanggan di
restoran itu makin berkurang.Tambahan rambut Rizz yang senang terbentuk
itu,tidak mudah menampakkan kesan kusut.
“Macam mana I
tak think to much??Soal Rizz bengang.Melihat wajah rileks dan tenang tunangnya
itu membuatkan dia tambah bengang.You dengan dia ada anak??”Sambung Rizz
lagi.Tertunduk dia selepas itu.
Jika Ria hanya
sekadar kenalan biasa. Dia mampu terima. Tapi mereka berkongsi anak angkat yang
sama. Dia rasakan seolah-olah dirinya yang menjadi perampas. Melalui cerita
Ria, Jason sudah melamarnya hampir tiga tahun. Mengenali Ria sudah menjangkau
ke angka lima tahun.
Rin Aira dan
Farish juga sudah beralih tempat kemeja sebelah mereka apabila pelangan dimeja
itu berlalu pergi. Ria menarik nafas laju. Ria,walaupun kau tak
yakin.Istikharah kau belum cukup tujuh hari tujuh malam. Tapi sepanjang empat
hari kau istikharah wajah Rizz tu jugak yang hadir dalam mimpi kau Ria.Tell him
the truth, even you don’t have any courage to do that,Ria. Allah akan
permudahkan.Amin.Tuturnya dalam hati.
“Listen me
please, Tengku Rizz Zarith Tengku Ryan Haiqal.”Lembut Ria bersuara. Rizz
memandang Ria dengan riak yang tidak dapat ditafsir olehnya.
“I memang
tercipta untuk menjadi isteri you, Rizz. Dari hari pertama I istikharah
sehinggalah lebih dari tiga hari berturut wajah you yang I nampak setiap kali I
solat. Jadi tak perlu timbul isu Jason kenal I lebih lama, lebih banyak, lebih
terperinci or whatever lebih daripada you.”Tutur Ria dengan senyuman manis.
“Pada I, I nak
suami bukan disebabkan dia kenal I lebih lama, tapi pada siapa yang mampu bukak
hati I yang keras kalah besi tu.”Sempat Ria berjenaka.
“That boy
memang anak susuan I. Jeda Ria seketika. Dia ada mama,dia ada daddy. Tapi satu
yang you tak tahu.”Sambung Ria.Sempat matanya melirik pada Ma’Sunya. Sebelum
tunak dia memandang wajah Rizz yang agak keliru.
“Dia tak ada
lagi papa…And you will be his papa from now on.”Ucap Ria dengan senyuman
ikhlas. Lega akhirnya segalanya sudah dia ceritakan pada tunangnya itu.
Harap-harap Rizz dapat menerima Arian Nadwan sebagai anak susuannya. Itu sahaja
hajatnya.
Dia tidak mahu
anak itu berasa terpinggir sekiranya dia tidak lagi menyentuhnya apabila
anaknya itu menjangkau umur baligh.Sebab itu,dia membuat keputusan untuk
menjadi ibu susuan pada Arian Nadwan.
Rizz
terperanjat seketika. Kata-kata yang baru diluahkan oleh Ria cuba dihadam
beberapa kali. Sebelum akhirnya dia dapat membuat kesimpulan jelas akan apa
yang dikatakan tunangnya itu.
“Do you mean
it, Ria??”Soal Rizz dengan riak tidak percaya.
“Yes..”Balas Ria
masih lagi dengan senyuman. Cuma kali ini dia menganguk berkali-kali pada
Tengku Rizz Zarith. Biar jejaka itu tahu dia serius dengan kata-katanya.
“Yelah, Rizz.
Arian know you…!!”Tiba-tiba Rin Aira mencelah.
“Haahhh..”Terkejut
Rizz dengan angukkan Ria yang menyetujui apa yang dikatakan Ma’sunya.
“Yupss,he know
you very well and he want meet you as soon as possible.”Tutur Ria sejenak.
Tangannya
mengapai tablet yang diberi oleh Rin Aira. It’s him. Arian Nadwan Abdullah.