Tuesday, September 30, 2014

-Operasi Memikat Si Dia-Sinopsis





Ku sangka Lembut rupanya singa
Ku sangka bodoh rupanya bijak lagi geliga
Ku sangka lembab rupanya lagi terror
Ku sangka hodoh rupanya lawa gila
Ku sangka miskin rupanya kaya

Pertemuan di hadapan lounge KLIA itu membawa kepada bibit perkahwinan yang diingat sementara kepada selamanya.Kerana teman wanita penipunya serta amanat datuknya yang meminta dia membawa bakal isteri selepas sahaja dia pulang dari Auckland,New Zealand menyebabkan dia membuat keputusan drastic menarik mana-mana wanita pertama yang dia Nampak sesampai saja di di Lounge KLIA.Hai Aliff Earl Raiqal, ini memang kerja gila.-Aliff
Disangkanya setelah ditabur duit RM 1 Juta ringgit wanita yang menjadi mangsa paksanya akan menerima baik keputusan tapi indah khabar dari rupa.Elsa Airis Dania hanya memandang saja lelaki yang menariknya masuk kedalam kereta Audi RS7 milik lelaki.Bukan lelaki itu yang menjadi masalah tapi permintaan mamanya yang memintanya membawa Fahimi Eryan berjumpa dengan keluarganya.Dan.. married in two month.Nonsense,ma.Fahimi itu cuma alasan untuk mengaburi mamanya daripada bercakap pasal jodoh.Padahal Fahimi itu hanya sekadar kawan saja.Yang ni lagi satu,apa ingat aku ni Barbie Doll ke nak main tarik-tarik anak dara orang.Puas juga dia menghabur lelaki disebelah tempat duduknya di dalam kereta lelaki itu.
Aku bagi kau sejuta ringgit in return.!!Dasar perempuan mata duitan.Cakap pasal duit je.Terbeliak mata.
Aku terima pelawaan kau!Tapi ada benda yang kau kena buat selepas saja tempoh kita bertunang!!! I don’t even need your money,simpan je buat sedekah dekat anak yatim.Ucap Elsa tanpa nada. Dikepalanya sudah bermain banyak perkara.Apa dia ingat aku hadap sangat Sejuta ringgit yang kau bagi tu,aku dah cukup semua yang aku nak.
Aku sanggup buat apa,bagi apa pada kau.Asal kau sanggup jumpa parent serta Tok Wan dan Tok Ki aku.Dan kita kahwin.. Selesai satu masalah.Tambah-tambah perempuan yang dibawanya ini tidak pulak banyak songeh.Tak macam si Maria,teman wanitanya yang dah diklasifikasikan sebagai betina tak guna.Kerjanya nak menebas duit dan kad kreditnya saja kemudian pergi pulak pada sepupu a.k.a musuh yang iri hati dengannya..Belum lagi Sofea,Nadira,Elly,Nelly,Sally,Sawi, Bayam dan seangkatannya yang dianggapnya sebagai dolly-dolly sahaja.Itupun waktu zaman jahilliah, sekarang dah kena brainwash dengan Tok Ki terus taubat nasuha.Tapi tidak pada yang satu ini, K.A.H.W.I.N.Nak tak nak kenalah tipu sunat sikit – sikit.
Rupanya perempuan yang disangka lembut,tak banyak songeh,bodoh,lembab,hodoh,miskin hanya sekadar topeng sahaja buat seorang wanita singa,geliga,terror,lawa,serta harta yang banyak menimbun giler.Hal itu, dia sedari saat selesai majlis pertunangan mereka.Bila wanita yang ayu gitu-gitu berubah 360 darjah kepada wanita yang tak tahu nak kata apa.
Perempuan tu lagi bijak wei daripada aku yang dah ada PHD segulung..Ucap Aliff pada sahabat baiknya Aakif Naufal.Kepalanya digeleng laju.
Apa jer??Soal Akiff.
Pempuan tu buat syarat kot.Bukan sekadar syarat sebab dia kata lepas akad nikah dia tak boleh buat apa sebab dah nikah tapi itu dia kata nanti dulu.Tapi sebelum nikah ni..Ucap Aliff mengeluh,macam rasa nak batalkan saja pertunangan yang hanya tinggal seminggu.
Sambunglah,dia cakap apa??Soal Akiff tak sabar.Bukannya senang nak tengok Aliff Earl Raiqal megeluh tak tentu pasal.
Kalau orang nak kahwin ni ada adat merisik sebelum bertunang,bertunang sebelum nikah.Dia pun boleh buat juga syarat,kira dia anggap adat sebelum kami kahwin laa.Sebelum,semasa dan selepas pertunangan dia kenakan aku bermacam-macam syarat…dan..kalau aku tak ikut,dia akan call off nikah kami,and disappear like nothing has happen..Jawab Aliff senafas..
Ini baru bertemu buku dengan ruas..padanlah korang!!Jawb Aakif tersenggih.
Apakah yang akan terjadi antara Aliff Earl Raiqal dan Elsa Airis Dania.Siapa yang menang siapa yang kalah?Atau dua-dua angkat tangan tanda menyerah.Apa pula pra syarat Elsa bagi meruntuhkan keangkuhan Aliff yang sangat poyo dan bajet dengan duitnya yang berjuta.Bagaimana pula Aliff mengotakan semua syarat-syarat Elsa sehinggakan mereka Berjaya bernikah..Apa pula perancangan Elsa selepas pernikahan antara mereka tetap terjadi seperti kehendak mamanya.Adakah ada konflik yang berlaku.Tentu saja..Tunggggu dan lihat!!

4 comments:

  1. Menarik cite u ni...Xsabar nk follow huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..Terima kasih...Insyaallah..akan disambung secepat mungkin..After FY bab 10..OMSD akan berlepas pulak...AD akan tag awak untuk entry baru!!!thank for you support!!

      Delete