Friday, October 24, 2014

Contengan Dari Si Story Teller...: Operasi Memikat Si Dia...!!- Prolog

Contengan Dari Si Story Teller...: Operasi Memikat Si Dia...!!- Prolog: Prolog~ “Damn!!!”Jerit satu suara.Matanya tepat merenung tajam kearah satu pasangan yang sibuk berasmaradana dihadapan matanya....

Operasi Memikat Si Dia...!!- Prolog





Prolog~
“Damn!!!”Jerit satu suara.Matanya tepat merenung tajam kearah satu pasangan yang sibuk berasmaradana dihadapan matanya.Bagus betul perempuan ni..!!Ucapnya lagi dengan geram..Aliff melihat kelibat pasangan itu yang baru sahaja masuk kedalam limosin KLIA yang memang sudah tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..Tidak perasan langsung akan kehadirannya di situ.
Aliff menunggu pula Pak Mat yang juga merupakan driver papanya yang sudah berjanji untuk mengambilnya sejam selepas dia turun dari pesawat dari Auckland,New Zealand.Jam tangan dari jenama Patek Phillip dipandang sekilas.Sudah masuk jam dua setengah petang.Nasib baik dia sudah bersembahyang di surau KLIA sebelum keluar dari lapangan tersebut.
Tak sangka keinginan hatinya yang sengaja mengambil penerbangan awal sehari telah mendatangkan manfaat kepadanya bila teman wanita yang ditatangnya bagai minyak yang penuh boleh enak berkepit dengan musuh tradisinya dalam dunia perniagaan malah di dalam keluarga jugak begitu.
Mikail Ridwan,nama yang cukup tidak asing di perdengaran telinganya.Mana taknya,bila ke meeting ni,muka mamat selebai tu jugak yang ada,pergi function ada juga mamat tu,even buat kenduri doa selamat pun mamat tu jugak yang turut hadir.Entah siapa yang jemput,dia pun tak tahu.Bila ditanya mengapa datang,dah ada orang jemput, datang jelah..nak tak nak terpaksa dia redha.
Bukan dia yang carik pasal,mamat tu yang mulakan permusuhan. Lagi-lagi bila bila Tok Ki mereka,Tan Sri Tengku Rahim dah menyerahkan tampuk MRB group kepadanya selaku cucu sulung kepada dia.
Bukan dia minta pun,dah dan saja bila dia balik daripada England dia ingat nak besarkan sayap Syarikat Penerbangan Mewah ,Blue Royal Air milik datuknya yang tinggal di United Kingdom di Malaysia.
Tiba-tiba dia pulak dipertanggunjawabkan mengetuai MRB Group..Nak tak nak,kena buat dua kerjalah gamaknya.Tapi dia yakin satu hari dia akan pastikan bahawa ada orang lain yang lebih layak untuk jaga MRB Group yang sudah lama diusahakan papa kepada bondanya.
Lamunannya tersentak bila ada salam diberi berdekatan dengannya.
“Assalamualaikum,mama..Ni Airis dah balik..Dah,dah.Dah sampai KLIA.Ye,ma.. Nantilah dulu ma.Nak jumpa pun,bawaklah bersabar.! Okeylah mama,Ai balik hari rabu or khamis ni okey??Ada kerja nak selesaikanlah,ma.Ma janganlah risau,anak ma baik-baik je.Okey,ma. Duduk dekat rumah dengan Elya.Okey ye ma,Ai dah kena amik teksi ni.Okey bye bye..Sayang mama.Waalaikumsalam.”
Wajah gadis yang masih lagi merenung telefon bimbit Iphone 6 tidak jauh darinya itu masih mampu menarik pandangan Aliff untuk terus menatap seraut wajah itu.Tidak perasan barangkali si gadis yang tak sudah merenung telefonnya itu.
“Ini memang disaster!!”Ucap gadis itu lagi setelah telefonnya dimatikan.Terkejut juga Aliff dengan suara gadis itu menjerit.Nasib baik perangai latah Tok Wa tak berjangkit padanya.Mata Aliff terus-terusan merenung si gadis tersebut.Boleh pulak minah ni tak pandang langsung kiri kanan.Syok je aku usha dia..Kau ni Aliff kata dah buat segala jenis taubat tapi perangai buaya-buaya kau tetap ada kan..Omelnya dalam hati.
           

Wednesday, October 22, 2014

Forever Yours-Bab 8(mianei lambat sikit)but Here...wink~




Bab 8
Suara terkejut Rizz itu menyebabkan suasana kediaman Encik Nazrin kelihatan dingin.Mata Rizz masih lagi pada susuk gadis disebelah tunangnya.Puan Rin,Encik Nazrin,Puan Sri Zaura dan Tan Sri Haiqal yang masih belum pulang nyatanya terkejut dengan jeritan anak sulungnya dan bakal menantunya.
“Hai,Rizz.”Sahut Rin Aira.Mulutnya ditahan supaya tidak ketawa.
“Rin!!”Balas Rizz.
“Peace..”Simbul peace dibuat selaras dengan sebutannya sekali.Rizz terkelu.Manakala,Ria beriak terkejut.
“Aku jadi Mak Su to be kau erk??”Sambungnya lagi.Jari telunjuknya dihalakan pada dirinya dan Rizz.Terus ketawa Rin Aira.Rizz mengetap bibir.Bertuah punya kawan ada digelakkan aku.Rizz turun tergelak melihat kelakuan Rin Aira.Haila ini gadis.Perangai masih tak berubah.Tambahnya didalam hati.
Ria yang masih statik disebelah mak sunya berdehem. “Apa ni?”Soal Ria.Kepastian perlu didapatkan.Matanya tajam memandang Rizz yang sedikit kalut.Tangannya sempat memukul bahu Rizz perlahan.                   
“Auchh..Sayang!!!”Terjerit Rizz sedikit.Boleh tahan bisa jugak tangan genit Ria Airisha ni.Riak muka Ria menunjukkan istilah ‘Padan Muka’.Rizz memandang Ria lagi.Jelingan manja diberikan.Hahahha…First time tengok tunang tercinta ada symptom ‘J’.Ini buat hati tambah sayang.
“Jealousy??”Rizz mengangkat kening beberapa kali.Suka pulak bermain dengan Ria yang tak habis sudah memuncungkan mulut.
Ria mengetap bibir.Tahu sangat perangai tunangnya itu.Sengaja nak memberinya cemburu.Yang dia pun satu.Dah tahu perangai Rizz itu sebegitu.Dilayan jugak rajuknya.Silap hari bulan Rizz jugak yang menjadi tukang pemujuk.Kenapalah kau ni Ria..Cepatnya jatuh cinta.Padahal hati kalah batu kerikil..Omelnya didalam hati.Tanpa sedar perilaku mereka bertiga menjadi tumpuan semua yang ada di meja makan.
Semua sudah membuat kesimpulan sendiri.
Pertama:Akan ada scene tumbuk menumbuk.(Antara siapa Wallahualam..)
Kedua:Ada scene jejak kasih.Sampai tak hinggat diri tu baru bertunang.
Ketiga:Ada scene pujuk-memujuk.
Rin Aira memerhatikan pasangan dua sejoli dihadapannya.Main-main mata.Si Ria dengan jelingan berapi,si Riz dengan jelingan mengada.Ria memandang Rin Aira dengan pandangan mintak simpati. “Alahai,kesian anak buah Mak Su ni erk!!Rizz ni buddies Mak Sulah masa belajar dulu dari sekolah menengah hinggalah sampai dekat Cambridge.”Ucapnya seraya memeluk bahu Ria.Ria tercengak.Yang lain terpingga.
“Ohh.”Jawab semua yang ada diruang tamu rumah Encik Nazrin.Kesimpulan kedua boleh ditolak ketepi.
Rin Aira tersenggih. “So don worried about your Encik Tunang ye,Mak Su tak rampas!!Ini bukan drama okey!!”Ria lega.Tak pasal aku ingat mak su aku ni ex mamat sengal Encik Tunang ni. Erk kenapa pulak aku nak cuak.
“Lagipun..”Rin Aira menyambung.Ada sengihan nakal diwajahnya.Yang pasti Rizz dapat mengesan. Sudah pasti ada sahaja onar yang ingin kawannya itu ingin lakukan.Bersabar jelah. “Rizz tu bukannya hensome sangat pun sampai Mak Su nak pikat.Mamat skema pulak tu.”Sambung sebelum terus mencict lari.Rizz dah tercengang.Sengal punya kawan.Ria dah ketawa terkekeh-kekeh.
Tempat duduk Riff Zariff yang kosong diduduknya.Riff dan Raina bakal adik iparnya juga datang,akan tetapi baru sebentar tadi mereka pulang.Kerana malam ni,mereka perlu datang lagi atas sebab majlis doa selamat yang dibuat Encik Nazrin.
“Kenapa gelabah semacam tadi??”Soal Ria yang dah mengambil nasi.Rizz sudah pun melincinkan nasi dipinggannya.Bila melihat Ria mencedok nasi.Pinggannya dihulur semula.Ria hanya diam,pinggan Rizz diambil dan nasi dicedokkan.Kemudian,tangannya lincah meletakkan lauk yang ingin dimakan kedalam pingan mereka berdua.
“Tak adalah.Terkejut saja.”Ucap Rizz. “Kenapa jealous ke?”Soal Rizz serkap jarang.Alahai blushing pulak anak Encik Nazrin.
“Tak,nonsense.”Ria memegang pipinya yang merah. “Tak adalah mana tahu Mak Su tu ex girlfriend ke bolehlah nikah dengan dia. Masih trang tangtang lagi.”Balas Ria selamba.
“Apa you cakap ni??”Rizz menyoalnya tegas.Nasib baik mama papanya dah pulang.Yang lain dah kedepan tinggal dia dan Ria sahaja.Dia tak balik sampailah malam kenduri,tumpang saja bilik Along Naufal.Mama dengan papa akan bawakan baju melayu yang senada dengan baju yang akan dipakai oleh Ria.Bak kata mama ’barulah nampak sedondon’.Macam-macamlah mama ni.
“Yelah,kita kan bukannya bercinta pun.Tak salah pun kan?”Balas Ria tanpa rasa bersalah.
“Nak aje I ketuk-ketuk you sekarang ni.Mulut tu memang tak ada insurans.Nanti lepas kahwin I belikan you macam-macam insurans.”Balas Rizz dengan nada geram.
“I ada insurans laa.”Ria pulak bengang.
“You punya mulut yang tak ada.What ever happen.You..!!Sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Ria.Will be mine in three month!!”Ujar Rizz dengan riak bangganya.
“Menyampah.”Balas Ria.Pinggan sudah licin bersih. “Malas dah nak layan you!!”Ucap Ria geram. Better pergi mandi dan layan Ed lagi bagus.
“Tapi you layan jugak kan??”Ujar Rizz.Ria sudah pun berdiri. “Bye, sayang.”Ucap Rizz dengan nada mengusik.
Ria memandang Rizz menyampah.Manalah Edina ni.Bertapa dekat bilik aku macam ini rumah dia.Memang rumah dia pun.Malah,bilik dia turut mak abah sediakan kat rumah ni.Cuma minah tu jer yang mengada nak tidur kat bilik dia.

Siap sahaja mandi,matanya melihat susuk badan Edina yang sedap sahaja berguling di katil Ria.Nasib baik kawan baik.Ria lekas menukar bajunya kepada dress lembut berwarna merah hati.Nak buat kerja,nanti lepas maghrib baru mandi semula.Pintu bilik Ria diketuk dari luar.
“Ria,Mak Su ni!!Nak masuk boleh??”
Masuklah,pintu tak berkunci.Sahut Ria yang sedang menyikat rambutnya.Tudung sarung Ariani berwarna hitam diambil dari tempat pengantung ditarik.
“Ed pun ada??”Soal Rin Aira apabila melihat Edina enak duduk bersantai di atas katil anak buahnya. Sambil mengunyah biskut teddy bear milik anak buahnya.
“Wahh,anak dara.Makan baring ye!!”Punggung Edina dipukul perlahan.
Edina tersenggih. “Mak Su ni tak perasan ke diri tu pun anak dara macam kita jugak.”Balas Edina.
“Ehh,Mak Su up sikitlah.”Ria yang baru muncul daripada bilik wardrobenya mengeleng kepala melihat telatah Mak Su serta kawan baiknya.
“Hurm,bride to be.Jangan makan jajan sangat nanti elok-elok pinggang kamu 24 inch jadi 28 kang naya.”Usik Rin Aira.Tangannya turut menyeluk kedalam plastic biskut yang dipegang Edina.Dua kali lima saja.Telah Ria.
“Aku tengok kan kau even kena kahwin paksa pun kan..Macam nampak bahagia jer Ria.”Soal Edina.Mak Su yang sibuk membelek hantaran yang diperolehi Ria turut menganguk.
“Haah,Ria.Masa kita skype tiga hari lepas Mak Su tengok kau monyok jer.Hari ni Mak Su tengok kau bahagia jer.Elok je kau layan Rizz makan.Mak Su nak kacau line pun tak jadi.”Ucap Rin Aira pula.
“Entahlah,Ed,Mak Su.”Ria duduk dibangku meja soleknya.Tangannya laju menarik losyen dari jenama Victoria Secret.
“Ria sendiri pun tak tahu apa patut Ria fikir.”Bicaranya dihentikan sekejap. “Told people that I’ve not ready yet.Hampakan mak abah!!It’s a big nonsense. I think this is the better choice,just  accepting him and move on.As you say,Edina.What ever we did,we need to go back to him,Our Almighty, right?”
“Great and bravo Ria.You have made the right decision.”Edina turut tersenyum.Kawannya yang satu itu bijak.Tak perlu dipujuk bagai.Hanya perlu sesuatun yang jujur untuk membuatnya  berfikir dengan baik.
“I’m proud of you,Ria Airisha.”Rin Aira memeluk bahu anak buahnya.Meskipun Ria ini seorang yang keras kepala.Tapi dialah anak buah paling matang.Kadang-kadang,anak buahnya itu yang memberi nasihat padanya.Sebab tu maknya selalu mengangap dia ini anak kurang matang.
“Thank you,Mak Su.”
“Yaah,I’m proud of you too..”Edina turut membalas.
“Group hug shall we???”Soal MakSu.
“Yess.”Ucap Ria dan Edina riang.
Toktoktok..
“Siapa?”Sahut Ria.
“Along ni!Mak suruh siap solat asar Jemaah sama-sama.”Laung Naufal sambil tombol pintu dipulas.Kelihatan tiga gadis itusedang berpeluk sakan.
“Okey.”Jawab tiga suara.
“Wow,combo ker,Angah??”Naufal tersenyum sambil terangkat-angkat kening dengan gelagat Mak Sunya serta dua adiknya itu.
“Taklah long,Trio jer..”Balas Edina.Mereka tergelak.Naufal turut sama tergelak.Nasib baik dia dah besar kalau tidak dengan dia-dia sekali join group trio didalam bilik itu.Nasib baik adiknya,Rin Ayiesha tertidur dibiliknya.Kalau tidak gegak gempitalah rumah Encik Nazrin.


Rizz yang elok membantu Naufal meletakkan pinggan yang sudah dilapnya bersama Ria serta buffet yang dah diisi dengan lauk ketempat yang disediakan.Dipanggil satu suara dari luar rumah.
“Rizz!!”
“Yeah,Along??”
“Aku tengok macam ada orang lah.Kau punya kawan ke??”Soalnya.
“Mana??” Balasnya.Buffet terakhir diletakkan.
“Tu dekat luar.”Rizz menoleh kepala ke luar.Satu susuk tubuh badan dipandangnya dari dalam rumah.Rizz menghampiri pintu pagar.
“Nak cari siapa??”Soal Rizz.Lelaki itu menoleh badannya.
“Subahanaallah,bertuah kau Rish.”Rizz memberikan isyarat pada pengawal untuk membuka pintu. Sambungnya semula apabila figura lelaki itu hanya tersenggih.
“Hai buddy?”Ucap Farish yang lebih selesa dipanggil Rish.
“Assalamualaikum.”Ucap Rizz sambil memeluk kawannya itu.
“Hahaha,waalaikumsalam.Saja ye kau nak mengena.”
“Mana ada.”
“Yelah tu.”
“Ehh,kau datang sorang ke,Faiq mana??”Matanya meninjau kearah luar.
“Hai guys.”Sahut satu suara.
“Panjang umur.”Jawab Farish.Baru disebut-sebut.
“Long live Faiq,Long Live Faiq.”Ucap Faiq meniru ayat yang selalu digunakan untuk mendoakan Ratu Britain’Long live The Queen’.
“Long live sangatlah.Korang cakap tak dapat datang??”Soal Rizz setelah kedua sahabatnya masuk kerumah bakal bapak mertuanya.
“Not bad juga kau kan??”Soalan Rizz tidak diharaukan.mata mereka tunak memandang halaman rumah bakal bapa mertua sahabatnya itu.
“Not bad apa??”Rizz mengerutkan dahi.
“Yelah,kira kaya jugak bapak mertua kau!!”Mata Farish memandang segenap rumah banglo tiga tingkat yang bercirikan moden tradisional.Pereka dan penghias rumah pasti merupakan pakar dalam memberi sentuhan bagi mereka dan menghias.
“Ehh Darwish tak datang?Cousin kau kan??”Soal Farish semula.
“Outstation,Berlin”Jawab Rizz sepatah.Itulah nak buat majlis cepat sangat habis sepupunya itu tidak dapat menghadirkan diri.
“Haah,talk about that.Tadi aku punyalah tanya pengawal dekat bahagian depan kondo tu.Biasalah dah taman orang kaya mestilah ada pengawal kan.Bila aku tanya pengawal tu boleh dia cakap salah orang kut.”
“Kau tanya macam mana??”Teruja Rizz ingin mendengar.
“Rumah Pak Rin ada ngak??”Jawab Faiq.
Tergelak Farish dengan Rizz. “Yang kau tanya macam tu apahal??”Soal Rizz.
“Dah aku tanya Farish,Dia bagitahu macam tu.Aku tanya jelah.”Bahu Farish ditepuk kuat. “Jahat kau ye,mainkan aku.”Omel Faiq.
“Sakitlah,bengong.Aset kau tahu tak badan aku ni.Aku tak kahwin lagi.Lainlah kau Faiq.”Bebel Farish.
“Aku yang geram,aku jugak yang kena marah.Pastu aku tanyalah ada tak majlis kenduri kesyukuran sekali dengan majlis tunang pagi tadi.”Ucap Faiq semula.
“Baru pengawal tu menganguk.Dia mintak nama pengantin lagi tu.Sebaik la kau ada bagitahu nama fiancé kau.”
“Aku cakaplah Ria Airisha dan Rizz Zarith.Barulah pak sapam tu bagi masuk.”Sambung Faiq semula.
“Bila tanya rumah mana,rumah no 27.Dato’ Nazrin Alam Shah.Haah kau,terkujat aku.Elok benor aku panggil bapak mertua kau Pak Rin tadi tahu tak.!!”Bahu Rizz ditumbuk perlahan.
Rizz dan Farish dah tak tahan.Akhirnya terhambur semua ketawa mereka yang ditahan. Buruk benor muka Faiq bila menceritakan halnya dengan pengawal tadi.
Naufal yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya yang tergendala dengan dibantu beberapa orang anak mak long dan mak ngah belah mak dan sepupunya daripada belah abahnya baru terperasan kelibat bakal adik iparnya bersama beberapa orang lelaki muda dimeja hujung kanopi.
“Assalamualaikum!!”Ucap Naufal.
“Waalaikumsalam.”Jawab tiga suara.
“Along ni kenalkan,kawan Rizz dengan Mak Su masa sekolah dan dekat Cambridge.Cuma Faiq je lain sebab dia dekat Yales.”Ujar Rizz memperkenalkan rakannya.
“Nice meeting,Naufal Aryan Rifqi.”Ucap Naufal sambil tersenyum seraya tangannya disuakan pada Farish dan Faiq.
“Farish Iskandar.”
“Faiq Dzikrullah Haidi.”
“Vice president International Multimedia Com,kan??”Soal Farish.
“Hurm.Pernah jumpa ke?”Soal Naufal.Agak samar penglihatannya kerana tidak menggunakan cermin mata.
“Kita pernah berkerjasama setahun lepas.”Ucap Farish.
“Oh yeke?Maaf tak pakai cermin mata.Agak kurang jelas”Mohon Naufal.
“Lacxiss Berhad!!Head Executive.Right??”Soal Naufal semula.
“Ohh,projek menara dekat Massasuate erk??”Sambungnya lagi.
“Haah.Long time no see,Mr.Naufal.”
“Me too,Encik Iskandar.”
Keduanya tersenyum.Farish dah mengagak bila Naufal mula datang kemeja mereka duduk. Sah bila Naufal mula memperkenalkan diri.
Farish dan Faiq bukan tak tahu nama Naufal memang amat dikenali dalam bidang telekomunikasi. Rizz juga mesti tahu gerangan lelaki yang bakal menjadi abang iparnya.Dahulu mereka pernah bersaing untuk mendapatkan tender pembinaan bangunan di Pulau Pinang.Mereka sekeluarga bukan sahaja dikenali dalam bidang telekomunikasi,Malah,mereka juga mempunyai syarikat perkapalan sendiri.
“Along,Rizz ajak semua.Dah nak asar ni.Mari masuk berjemaah.Kita solat dahulu.Ajak kawan kamu tu,Rizz.”Ucap Encik Nazrin.
“Baik abah!!”Ucap Naufal dan Rizz serentak.Memang mereka ni boleh jadi geng.Memang dia tahu siapa bakal abang iparnya.Bukan calang-calang orang.Dia juga pernah kalah dengan Naufal sewaktu perebutan tender itu.Lagipun ketika itu,dia baru saja menamatkan PhDnya.Balik-balik papanya sudah menyuruhnya mengambil alih tampuk perniagaan.Nasib baik,papanya masih memegang tampuk tertinggi sebagai group president.
“Okey-okey jom.”Ucap Farish dan Faiq serentak.



Sunday, October 19, 2014

Forever Yours-Bab 7 (Versi 1)





Bab 7
“Assalamualaikum dear??”Satu suara menerjah.Berpakaian jubah putih.Siap berkopiah.Jom solat,dah masuk waktu subuh ni!!Ucapnya dengan lirikan senyuman manis.
Ria cuba mengingati dengan jelas apa yang dimimpikannya malam tadi.Kenapa aku mimpi ada lelaki datang ajak solat berjemaah.Hatinya berbisik untuk kali ketiga, tiga hari berturut-turut.Tapi, tak nampak pulak mukanya.
“Hai dear??”Soal satu suara.Ria memandang lelaki yang sudah sah menjadi ‘Encik Tunang’.Aigoo, kenapalah cepat sangat aku nak menikah ni.Tak ada dalam perancangan hidup Ria Airisha Naomi berkahwin pada umur 27 tahun.
“Waalaikumsalam,ya saya!!”Balas Ria.Kembang jugak hati ni dengar mamat mangkuk tu panggil dia,dear.Apa-apa jelah kau ni Ria.Matanya kembali pada pinggan yang dilap sedari tadi untuk majlis doa selamat malam nanti.Sengaja berbuat sibuk.Kalau tidak,tak habis para seisi keluarga menyakat. Tambahan sepupu-sepupunya baik dari belah abah mahupun emak sanggup pulang dari perantauan kerana majlis pertunangannya.
“Oh,my bad.Assalamualaikum,Miss Ria Airisha Naomi.Sihat?”Ria tersedar bila Rizz bersuara sambil mengambil tempat  duduk disebelahnya.Waktu-waktu inilah si Edina ni nak membuta.Penatlah sangat padahal dia dan Edina hanya berada didalam bilik.Sepanjang sebelum majlis,Puan Rin langsung tidak membenarkan dia membantu apa-apa.Begitu juga Edina.
“Waalaikumsalam,Mr.Tengku Rizz Zarith.Nak apa?”Soal Ria tidak ingin berbasa-basi.Tahu sangat perangai lelaki itu.Meskipun sepanjang tempoh sebelum bertunang syarat untuk tidak berjumpa telah Rizz kabulkan.Tapi, setiap dua jam pasti panggilan bagi pemilik nada dering lagu ‘Losing My Mind’ nyanyian penyanyi dan pelakon Korea Lee Seung Gi tidak pernah lekang dari perdengaran.Kadang-kadang hampir naik berang juga Ria dibuatnya.Ria mengeleng kepala meskipun segaris senyuman terukir diwajahnya. Dah selamat jadi ‘Encik Tunang’ dah Ria..
“Nak jumpa you lah.Thank’s for being my fiancé!!”Ucap Rizz dengan nada romantik siap sekali dengan pakej senyuman senget.Tahu sangat Ria selalu tergoda bila mata birunya itu melirik dengan gaya mengoda.
Ria mengambil nafas.Kenapalah makhluk ciptaan mu ni Ya Allah sungguh kacak.Ria memberanikan diri memandang mata biru jejaka yang sudah mengambil alih tugasnya mengelap pinggan.Tanpa sedar Rizz juga tunak memandang wajah Ria.Si mata Biru versus si mata coklat cair.Hurm,Ria cepat-cepat mengalihkan pandangan.Rizz tersenyum kemenangan.Jika dengan wanita lain,badannya yang tegap dan muka yang cukup kacak sudah mampu menyebabkan perempuan rebah.Tapi tidak bagi si manis Ria Airisha Naomi,hanya pandangan mata yang tajam dan mengoda dah membuat gadis itu beralih arah. Ria cepat-cepat bangun mendapatkan kain lap lain.
“Tak ada pulak I cakap suka.It Just only because of my parent!!” Ucap Ria semula.Duduknya sudah berubah.Tadi Rizz berada disebelahnya.Kini,Rizz berada berhadapan dengannya.Tapi penglihatan Rizz pada Ria agak terjejas apabila gadis itu sengaja meletakkan pinggan dihadapannya.
Rizz tersenyum.Di dalam hati, Rizz tahu Ria sengaja berbuat begitu kerana tidak mahu dia memandangnya. “Tak kisahlah,yang penting you’re mine!!”Tegas Rizz.Mukanya serius untuk lima minit. Sunyi seketika ruang antara Ria dan Rizz.Ria mengigit bibir,salahkah apa yang dia cakap.Takkanlah?? Takkan jejaka itu sedang merajuk.
Rizz memandang Ria. Gadis itu sudah mula gelisah. ‘Boleh aku ambil tugas Ria sebagai pakar sakit jiwa lepas ni’. Nampaknya,serangan psikologi mengena pada gadis itu.Rizz ketawa kuat.Ria terpingga-pingga. Terkejut dengan reaksi lelaki itu.
“Hei,belum lagi.Baru jer bertunang tak sampai 3 jam dah start nak buat macam hak milik kekal.”Rengus Ria.Bengang pulak rasanya bila sudah memahami tindakan Rizz yang sengaja bermain psikologi dengannya.
“Ehh,tak salahkan??”Lagipun start cincin solitaire tu ada dekat tangan you.You dah separuh jadi milik I??”Soal Rizz nakal.
“Hissh..geram giler.”Bentak Ria.Kakinya tanpa sengaja menyepak kaki Rizz.
“Hadoiiii..!!”Jerit Rizz.Laju dia mengosok bekas tempat yang disepak Ria.Main-main lagi dengan anak Encik Nazrin ni.Penyepak dibaginya.
“Padan muka.”
“You geram,sayang!!Geram sebab apa??Geram sebab tak sabar nak picit pipi I yang comel ni,peluk badan I yang sasa dan bagi French kiss dekat pipi I yang putih melepak ni??or..”Soalnya lagi dengan gaya seksi.
“Or  what??” Balas Ria geram.Ria mencapai pinggan yang sedap dilap dengan tuala.
“Nak tatap mata I yang sebijik macam Ben Hill.Almaklum..mata I kan warna Azure blue!!!” Terbahak ketawa Rizz melihat wajah tunangnya yang makin muncung.Comel.Desis hatinya.


Rizz dan his babies???
Sengaja dia menyibuk,datang ke majlis pertunangan dia dan Ria yang baru berlansung pada pagi tadi.Tepat selepas zohor dan selesai majlis menyarung cincin.
“Assalamualaikum!!”sahut satu suara.Rizz masuk kedalam rumah terus menuju ke ruang meja makan.
“Waalaikumsalam.”Mereka yang sedang enak menjamu selera selepas solat berjemaah tadi terus terhenti perbualan apabila didatangi Rizz dengan muka yang tersenggih.Puan sri Zaura sudah menjengilkan mata pada si anak terunanya yang baru sahaja memberi salam.
“Rizz,kamu ni tak malu betulkan??”Soal Puan Sri Zaura.Rizz sempat diberi sengatan berbisa. Meng aduh Rizz bila cubitan mamanya tepat mengena perutnya.Diusap perutnya laju,sakit woo..Sekali- sekala kena cubitan mama yang berapi.Memang harus selepas itu mencari minyak gamat.
Rizz yang disambut oleh Naufal sewaktu berada didepan pintu kembali tersenggih. “Alah mama,mana boleh tertinggal dalam ini majlis.Penting,sekali seumur hidup.”Ucap Rizz tanpa malu. Keningnya diangkat apabila mata bulat Ria semakin bulat menjengil kearahnya.
Faham sangat jengilan mata itu membawa maksud apa. ‘Tak malu’.Rizz memulangkan riak selamba.Rizz mendapatkan kedua ibu bapa Ria.Encik Nazrin dan Puan Rin tersenyum melihat gelagat bakal menantunya.
“Mak,abah.”Tangan tua itu disambut.
“Rizz dah makan?”Soal Encik Nazrin.Matanya memandang baju yang dipakai bakal menantu. Kemeja pink berjalur hitam yang disesuaikan dengan seluar jeans hitam.Kulitnya cerah,maka sesuai sahaja nak pakai baju jenis apa.Sama dengan persalinan si anak dara yang sibuk membantu adik iparnya.
“Belum lagi abah.Tadi pun ingat nak tunggu dekat rumah,abah.”Rizz sopan menjawab pertanyaan bakal bapa mertuanya.Depan future father in law kenalah tunjuk baik. “Tapi, tak sabar pulak nak tahu.Dah jadi ke gadis cantik tu bakal isteri?”Soalnya dengan muka tak malu.Rizz menjuihkan mulut pada Ria.Semua hanya mampu tersenyum melihat gelagat Rizz yang tersangat selamba. “Macam mana berjalan lancar tak??”Sambungnya semula.
“Alhamdulilah.”Semua menjawab.Kelibat cik tunang yang berada disebalik direnung tajam.Masih leka berada di meja makan tersebut tanpa menyedari kehadirannya sudah semakin hampir dengan dirinya. Masih tersarung baju pertunangan berwarna pink yang ditempah olehnya sendiri. Manis dan tampak sungguh menawan.
Ria yang sibuk membantu Puan Rin dan Mak Ngah serta Mak Langnya mendongakkan muka.Rizz tiada.Matanya memandang segenap ruang makan itu.Subhanallah.Ucapnya dalam hati,tidak perasan pulak mamat perasan a.k.a Encik tunang dah berada disebelahnya.
“Ria,cedokkan nasi untuk Rizz!!”arah mak.Tepat tekaannya.Sudah dapat diagak dah mak mesti suruh dia memberi layanan pada Rizz .Ria menoleh sebentar kearah Rizz.Rizz tersenyum.Yang mamat ni pulak asyik tersenggih macam kerang busuk.Kepalanya digeleng.Haila,Encik Tunang.Sila jangan tambah dosalah…
Tangannya mengambil juga pinggan dan dicedokkan nasi untuk si tunang. “Cukup ke??”Soal Ria.Matanya tidak dipandang langsung kearah Rizz.
“Cukup apa??”Soal Rizz.Sengaja nak mengusik Ria yang serba pink daripada tudung dikepala sehinggalah ke kaki.Termasuklah mukanya.
“Nasinya!!”Balas Ria sepatah.Malas melayan usikan dari Rizz.
“Dah,dah.Cukup!!Lauk??”Soal Rizz.Sejuk hatinya melihat gaya Ria yang seolah-olah sudah menjadi isterinya.
“Ambil sendirilah!!” Jawab Ria perlahan.Tangan menghulurkan pinggan.Tapi Rizz tidakpun menyambut.
“Ria!”abah yang berada disebelah kiri dah bersuara.Ria mengangkat muka.Encik Nazrin memandang Ria dengan satu pandangan.Biarpun pandangan biasa.Tapi Ria dapat lihat mata abahnya meminta dia memberi layanan pada Rizz Zarith.Pinggan Rizz diambil semula.
“Nak apa??”Soalnya dengan nada lembut.
“Apa-apa jer yang penting dear yang amikkan!!”Ucap Rizz mengusik.Tahu Ria tidak berapa selesa apabila Rizz terlalu manja dan mesra apabila berada dihadapan keluarga.Tapi padanya,apa dia kesah.Selagi tidak melampau,dia boleh lakukan apa saja. Ria bakal menjadi surinya.Memang patut Ria yang menguruskannya.Lebih-lebih pulak kau ya Rizz.Omel hatinya.
Ria terus berlalu ke buffet tempat makanan diletakkan.Nasib baik mood aku baik hari ni.Kau nak pekena aku pun,aku redha je.Omelnya dengan slang Penang.Gara-gara Raudhah si anak mami, roommatenya dan Edina  sewaktu belajar di UK.Ria mengangkat penutup buffet.
“Ria!!”Jerit Edina.Sempat dia menepuk bahu sahabatnya itu.
Ria mengosok bahunya yang ditepuk Edina.Kuat hingga berdesing telinganya. “Kau ni..!!” Tempelak Ria.Haishhh..Matanya dijengilkan bulat pada Edina.
Edina yang berada disebelah dah tersenyum tanpa rasa bersalah. “Cik abang datang ye??”Soal Edina.
“Dah tahu nak tanya lagi.kau dekat atas ke tadi?”Soal Ria balik.Tangannya sudah mencapai senduk lauk ‘Ayam Palembang’.
“Haah,aku mandi,melingaslah.Nasib baik bawak banyak baju.Lagipun aku tidur dekat sini tiga hari termasuk semalam.”Jawab Edina.Tangannya juga sudah mencapai pinggan.
“Tak aci,aku ni lagi haah pakai baju kerawang-kerawang tak ada pulak aku mandi lagi kan??Nasib baik mak hanya suruh pakai baju kurung.Kalau tak memang sah aku guna baju biasa saja.”Bebelnya.Baju kurungnya yang dipenuhi sulaman kerawang itu dibetulkan supaya masih selesa.
Edina tersenggih. “Kau kan kena layan tetamu.Lagi-lagi cik abang dah datang.Setia saja menunggu dekat tepi pintu masuk.”Edina bersuara lagi.Mulutnya dijuihkan pada Rizz yang berada di tepi pintu.
Ria menoleh.Bertuah punya kawan bukan nak bagitahu.Nasi dan lauk yang diisi diserahkan kepada Rizz. “Masuklah dulu,makan??”Ucap Ria.
“Tak nak,nak tunggu you,dear!!”Rizz merengek manja.
“Mengadalah!!”Ria memandang kekiri.
Edina disebelah dah terkekek ketawa.Gaya nak termuntah nak ditunjuk.Tak nak,tak nak pun berdear-dear.Ria menjengilkan  mata.Nampak sangat perbuatan Edina itu seolah sedang memerli dirinya.’Jaga kau malam ni,Ed!!’ Matanya memberi amaran.
Edina menjelir lidah. “Meh-rong.”Ria kembali mengambil pinggan dan nasi.
Edina masih lagi setia mengikutnya.Biarpun pinggannya sudah penuh dengan makanan.Badan  kecik,tapi kuat makan.Ria mengepal penumbuk. “Aku debik kau karang.Naya jer kena jumpa Doktor Safuan.”Ujar Ria.
“Tak heran.Hensome apa Doktor Safuan tu?”Soal Edina semula.Keningnya diangkat tinggi.Aku rela.. Sambungnya lagi.
“Tolonglah Ed..Geli ketiak aku!!”Ria membuat riak menyampah.
“Assalamualaikum.”Ucap satu suara.Bunyi lonceng pintu kedengaran.
 “Waalaikumsalam.”Seraya mata Ria dan Edina menoleh kearah suara tersebut.
Kelibat orang memberi salam tidak dapat dilihat dengan jelas.Pinggan yang sudah penuh diisi diserahkan kepada Rizz. Terus ditinggalkan Rizz dan Edina.Langkah diatur menuju ke pintu pagar.
“Mak su!!!”Jerit Ria. Naufal yang berada dekat dengan kanopi yang bakal digunakan untuk majlis doa selamat malam nanti,turut meningalkan kerjanya.
“Hai guys!!”Ucap satu suara.Rin Aira dah tersenyum melihat anak buahnya.
“Anak buah Mak su dah nak menikah dah.Macam mana ni Fal,Ria dah langkah bendul kita berdua ni.”Soal Mak Su Aira.Keningnya dipusing-pusing.
“Mak su ni macam tak sedar diri pulak erk??”Soal Naufal. Edina juga turut menuju kearah tetamu yang datang.Tersenyum dia melihat wajah Mak Su angkatnya.
“Bertuah punya anak buah!!Kau kata aku tak sedar diri.Ingat ini Mak Su tau,mandat besar.”Bebel Rin Aira.
Ria dan Naufal dah tergelak-gelak melihat keletah Mak sunya.Cuma Rizz saja yang terpingga-pinga melihat tunangnya bergelak sakan dari jauh.
“Betullah,Mak Su..!!”Jawab Edina.
“Mak Su ni nama je dah sebaya dengan along tapi tak kahwin lagi.Tu hah mana ada Ria langkah bendul along.Tu hah, kak Mia Natasya tu nak letak mana?”Soal Edina sambil menjuihkan bibir pada bakal kakak ipar susuanya yang turut berada di kelompok sepupu-sepupunya.
“Rilekslah,baru 30.Kan orang cakap Live is begin went you become 40’.”Ucap Mak Su Aira bangga. Pintu pagar sudah dibuka.Rin Aira menarik luggagenya dan diserahkan pada Naufal.
“Yelah,jadi terus andartu!!”Balas Naufal.Naufal memandang kearah tunangnya yang jugak bakal dinikahi tidak sampai sebulan lagi.Semua persiapan sudah disiapkan,cuma tinggal kad undangan yang sampai pada minggu depan serta hari sejarah dengan tunang tercinta.
“Masuklah,Mak Su.Mak tok dengan Tok Wan sure marah bila Mak Su datang lambat majlis tunang anak menakan.”Ucap Ria.Baru teringat Rizz yang masih menunggu dia.
Matanya ditoleh kearah pintu.Rizz dah tak ada. ‘Aik,merajuk ke?’ Soal Ria dalam hati.
“Rizz dah masuk makan sendiri.Almaklum tunang lupa diri bila nampak Mak Su Aira.”Balas Edina selamba sambil menonong masuk kedalam rumah.
“Ohh.Ucap Ria sepatah,Jomlah Mak Su.”Ajak Ria seraya merangkul lengan Rin Aira.
“Assalamualaikum.”Ucap Rin Arya.Sesampai sahaja dia dipintu utama.
“Waalaikumsalam,Aira.Masuk!!”Ucap Puan Rin.
“Bertuah punya mak cik.Ada ke,datang lambat dekat majlis anak buah.”Bebel Mak tok,nenek kesayangan Ria.
“Tok,janganlah marah Mak Su.Mak Su baru balik daripada Holland ni.”Pujuk Ria.Bahu mak tok diusap perlahan.Matanya melingas mencarik Encik tunang.
Tertacap pada si dia yang segak memakai baju kemeja pink. ‘Haih,aku cakap mamat tu segak??’Omel Ria dalam hati.
Rizz yang perasan dirinya diperhati,menaikkan kepala.Matanya tertembung dengan Ria yang juga turut memandangnya.Kemudian matanya menangkap susuk wanita disebelah Ria.
“Oh my god!!”Ucap Rizz tanpa sedar.