Sunday, October 19, 2014

Forever Yours-Bab 7 (Versi 1)





Bab 7
“Assalamualaikum dear??”Satu suara menerjah.Berpakaian jubah putih.Siap berkopiah.Jom solat,dah masuk waktu subuh ni!!Ucapnya dengan lirikan senyuman manis.
Ria cuba mengingati dengan jelas apa yang dimimpikannya malam tadi.Kenapa aku mimpi ada lelaki datang ajak solat berjemaah.Hatinya berbisik untuk kali ketiga, tiga hari berturut-turut.Tapi, tak nampak pulak mukanya.
“Hai dear??”Soal satu suara.Ria memandang lelaki yang sudah sah menjadi ‘Encik Tunang’.Aigoo, kenapalah cepat sangat aku nak menikah ni.Tak ada dalam perancangan hidup Ria Airisha Naomi berkahwin pada umur 27 tahun.
“Waalaikumsalam,ya saya!!”Balas Ria.Kembang jugak hati ni dengar mamat mangkuk tu panggil dia,dear.Apa-apa jelah kau ni Ria.Matanya kembali pada pinggan yang dilap sedari tadi untuk majlis doa selamat malam nanti.Sengaja berbuat sibuk.Kalau tidak,tak habis para seisi keluarga menyakat. Tambahan sepupu-sepupunya baik dari belah abah mahupun emak sanggup pulang dari perantauan kerana majlis pertunangannya.
“Oh,my bad.Assalamualaikum,Miss Ria Airisha Naomi.Sihat?”Ria tersedar bila Rizz bersuara sambil mengambil tempat  duduk disebelahnya.Waktu-waktu inilah si Edina ni nak membuta.Penatlah sangat padahal dia dan Edina hanya berada didalam bilik.Sepanjang sebelum majlis,Puan Rin langsung tidak membenarkan dia membantu apa-apa.Begitu juga Edina.
“Waalaikumsalam,Mr.Tengku Rizz Zarith.Nak apa?”Soal Ria tidak ingin berbasa-basi.Tahu sangat perangai lelaki itu.Meskipun sepanjang tempoh sebelum bertunang syarat untuk tidak berjumpa telah Rizz kabulkan.Tapi, setiap dua jam pasti panggilan bagi pemilik nada dering lagu ‘Losing My Mind’ nyanyian penyanyi dan pelakon Korea Lee Seung Gi tidak pernah lekang dari perdengaran.Kadang-kadang hampir naik berang juga Ria dibuatnya.Ria mengeleng kepala meskipun segaris senyuman terukir diwajahnya. Dah selamat jadi ‘Encik Tunang’ dah Ria..
“Nak jumpa you lah.Thank’s for being my fiancé!!”Ucap Rizz dengan nada romantik siap sekali dengan pakej senyuman senget.Tahu sangat Ria selalu tergoda bila mata birunya itu melirik dengan gaya mengoda.
Ria mengambil nafas.Kenapalah makhluk ciptaan mu ni Ya Allah sungguh kacak.Ria memberanikan diri memandang mata biru jejaka yang sudah mengambil alih tugasnya mengelap pinggan.Tanpa sedar Rizz juga tunak memandang wajah Ria.Si mata Biru versus si mata coklat cair.Hurm,Ria cepat-cepat mengalihkan pandangan.Rizz tersenyum kemenangan.Jika dengan wanita lain,badannya yang tegap dan muka yang cukup kacak sudah mampu menyebabkan perempuan rebah.Tapi tidak bagi si manis Ria Airisha Naomi,hanya pandangan mata yang tajam dan mengoda dah membuat gadis itu beralih arah. Ria cepat-cepat bangun mendapatkan kain lap lain.
“Tak ada pulak I cakap suka.It Just only because of my parent!!” Ucap Ria semula.Duduknya sudah berubah.Tadi Rizz berada disebelahnya.Kini,Rizz berada berhadapan dengannya.Tapi penglihatan Rizz pada Ria agak terjejas apabila gadis itu sengaja meletakkan pinggan dihadapannya.
Rizz tersenyum.Di dalam hati, Rizz tahu Ria sengaja berbuat begitu kerana tidak mahu dia memandangnya. “Tak kisahlah,yang penting you’re mine!!”Tegas Rizz.Mukanya serius untuk lima minit. Sunyi seketika ruang antara Ria dan Rizz.Ria mengigit bibir,salahkah apa yang dia cakap.Takkanlah?? Takkan jejaka itu sedang merajuk.
Rizz memandang Ria. Gadis itu sudah mula gelisah. ‘Boleh aku ambil tugas Ria sebagai pakar sakit jiwa lepas ni’. Nampaknya,serangan psikologi mengena pada gadis itu.Rizz ketawa kuat.Ria terpingga-pingga. Terkejut dengan reaksi lelaki itu.
“Hei,belum lagi.Baru jer bertunang tak sampai 3 jam dah start nak buat macam hak milik kekal.”Rengus Ria.Bengang pulak rasanya bila sudah memahami tindakan Rizz yang sengaja bermain psikologi dengannya.
“Ehh,tak salahkan??”Lagipun start cincin solitaire tu ada dekat tangan you.You dah separuh jadi milik I??”Soal Rizz nakal.
“Hissh..geram giler.”Bentak Ria.Kakinya tanpa sengaja menyepak kaki Rizz.
“Hadoiiii..!!”Jerit Rizz.Laju dia mengosok bekas tempat yang disepak Ria.Main-main lagi dengan anak Encik Nazrin ni.Penyepak dibaginya.
“Padan muka.”
“You geram,sayang!!Geram sebab apa??Geram sebab tak sabar nak picit pipi I yang comel ni,peluk badan I yang sasa dan bagi French kiss dekat pipi I yang putih melepak ni??or..”Soalnya lagi dengan gaya seksi.
“Or  what??” Balas Ria geram.Ria mencapai pinggan yang sedap dilap dengan tuala.
“Nak tatap mata I yang sebijik macam Ben Hill.Almaklum..mata I kan warna Azure blue!!!” Terbahak ketawa Rizz melihat wajah tunangnya yang makin muncung.Comel.Desis hatinya.


Rizz dan his babies???
Sengaja dia menyibuk,datang ke majlis pertunangan dia dan Ria yang baru berlansung pada pagi tadi.Tepat selepas zohor dan selesai majlis menyarung cincin.
“Assalamualaikum!!”sahut satu suara.Rizz masuk kedalam rumah terus menuju ke ruang meja makan.
“Waalaikumsalam.”Mereka yang sedang enak menjamu selera selepas solat berjemaah tadi terus terhenti perbualan apabila didatangi Rizz dengan muka yang tersenggih.Puan sri Zaura sudah menjengilkan mata pada si anak terunanya yang baru sahaja memberi salam.
“Rizz,kamu ni tak malu betulkan??”Soal Puan Sri Zaura.Rizz sempat diberi sengatan berbisa. Meng aduh Rizz bila cubitan mamanya tepat mengena perutnya.Diusap perutnya laju,sakit woo..Sekali- sekala kena cubitan mama yang berapi.Memang harus selepas itu mencari minyak gamat.
Rizz yang disambut oleh Naufal sewaktu berada didepan pintu kembali tersenggih. “Alah mama,mana boleh tertinggal dalam ini majlis.Penting,sekali seumur hidup.”Ucap Rizz tanpa malu. Keningnya diangkat apabila mata bulat Ria semakin bulat menjengil kearahnya.
Faham sangat jengilan mata itu membawa maksud apa. ‘Tak malu’.Rizz memulangkan riak selamba.Rizz mendapatkan kedua ibu bapa Ria.Encik Nazrin dan Puan Rin tersenyum melihat gelagat bakal menantunya.
“Mak,abah.”Tangan tua itu disambut.
“Rizz dah makan?”Soal Encik Nazrin.Matanya memandang baju yang dipakai bakal menantu. Kemeja pink berjalur hitam yang disesuaikan dengan seluar jeans hitam.Kulitnya cerah,maka sesuai sahaja nak pakai baju jenis apa.Sama dengan persalinan si anak dara yang sibuk membantu adik iparnya.
“Belum lagi abah.Tadi pun ingat nak tunggu dekat rumah,abah.”Rizz sopan menjawab pertanyaan bakal bapa mertuanya.Depan future father in law kenalah tunjuk baik. “Tapi, tak sabar pulak nak tahu.Dah jadi ke gadis cantik tu bakal isteri?”Soalnya dengan muka tak malu.Rizz menjuihkan mulut pada Ria.Semua hanya mampu tersenyum melihat gelagat Rizz yang tersangat selamba. “Macam mana berjalan lancar tak??”Sambungnya semula.
“Alhamdulilah.”Semua menjawab.Kelibat cik tunang yang berada disebalik direnung tajam.Masih leka berada di meja makan tersebut tanpa menyedari kehadirannya sudah semakin hampir dengan dirinya. Masih tersarung baju pertunangan berwarna pink yang ditempah olehnya sendiri. Manis dan tampak sungguh menawan.
Ria yang sibuk membantu Puan Rin dan Mak Ngah serta Mak Langnya mendongakkan muka.Rizz tiada.Matanya memandang segenap ruang makan itu.Subhanallah.Ucapnya dalam hati,tidak perasan pulak mamat perasan a.k.a Encik tunang dah berada disebelahnya.
“Ria,cedokkan nasi untuk Rizz!!”arah mak.Tepat tekaannya.Sudah dapat diagak dah mak mesti suruh dia memberi layanan pada Rizz .Ria menoleh sebentar kearah Rizz.Rizz tersenyum.Yang mamat ni pulak asyik tersenggih macam kerang busuk.Kepalanya digeleng.Haila,Encik Tunang.Sila jangan tambah dosalah…
Tangannya mengambil juga pinggan dan dicedokkan nasi untuk si tunang. “Cukup ke??”Soal Ria.Matanya tidak dipandang langsung kearah Rizz.
“Cukup apa??”Soal Rizz.Sengaja nak mengusik Ria yang serba pink daripada tudung dikepala sehinggalah ke kaki.Termasuklah mukanya.
“Nasinya!!”Balas Ria sepatah.Malas melayan usikan dari Rizz.
“Dah,dah.Cukup!!Lauk??”Soal Rizz.Sejuk hatinya melihat gaya Ria yang seolah-olah sudah menjadi isterinya.
“Ambil sendirilah!!” Jawab Ria perlahan.Tangan menghulurkan pinggan.Tapi Rizz tidakpun menyambut.
“Ria!”abah yang berada disebelah kiri dah bersuara.Ria mengangkat muka.Encik Nazrin memandang Ria dengan satu pandangan.Biarpun pandangan biasa.Tapi Ria dapat lihat mata abahnya meminta dia memberi layanan pada Rizz Zarith.Pinggan Rizz diambil semula.
“Nak apa??”Soalnya dengan nada lembut.
“Apa-apa jer yang penting dear yang amikkan!!”Ucap Rizz mengusik.Tahu Ria tidak berapa selesa apabila Rizz terlalu manja dan mesra apabila berada dihadapan keluarga.Tapi padanya,apa dia kesah.Selagi tidak melampau,dia boleh lakukan apa saja. Ria bakal menjadi surinya.Memang patut Ria yang menguruskannya.Lebih-lebih pulak kau ya Rizz.Omel hatinya.
Ria terus berlalu ke buffet tempat makanan diletakkan.Nasib baik mood aku baik hari ni.Kau nak pekena aku pun,aku redha je.Omelnya dengan slang Penang.Gara-gara Raudhah si anak mami, roommatenya dan Edina  sewaktu belajar di UK.Ria mengangkat penutup buffet.
“Ria!!”Jerit Edina.Sempat dia menepuk bahu sahabatnya itu.
Ria mengosok bahunya yang ditepuk Edina.Kuat hingga berdesing telinganya. “Kau ni..!!” Tempelak Ria.Haishhh..Matanya dijengilkan bulat pada Edina.
Edina yang berada disebelah dah tersenyum tanpa rasa bersalah. “Cik abang datang ye??”Soal Edina.
“Dah tahu nak tanya lagi.kau dekat atas ke tadi?”Soal Ria balik.Tangannya sudah mencapai senduk lauk ‘Ayam Palembang’.
“Haah,aku mandi,melingaslah.Nasib baik bawak banyak baju.Lagipun aku tidur dekat sini tiga hari termasuk semalam.”Jawab Edina.Tangannya juga sudah mencapai pinggan.
“Tak aci,aku ni lagi haah pakai baju kerawang-kerawang tak ada pulak aku mandi lagi kan??Nasib baik mak hanya suruh pakai baju kurung.Kalau tak memang sah aku guna baju biasa saja.”Bebelnya.Baju kurungnya yang dipenuhi sulaman kerawang itu dibetulkan supaya masih selesa.
Edina tersenggih. “Kau kan kena layan tetamu.Lagi-lagi cik abang dah datang.Setia saja menunggu dekat tepi pintu masuk.”Edina bersuara lagi.Mulutnya dijuihkan pada Rizz yang berada di tepi pintu.
Ria menoleh.Bertuah punya kawan bukan nak bagitahu.Nasi dan lauk yang diisi diserahkan kepada Rizz. “Masuklah dulu,makan??”Ucap Ria.
“Tak nak,nak tunggu you,dear!!”Rizz merengek manja.
“Mengadalah!!”Ria memandang kekiri.
Edina disebelah dah terkekek ketawa.Gaya nak termuntah nak ditunjuk.Tak nak,tak nak pun berdear-dear.Ria menjengilkan  mata.Nampak sangat perbuatan Edina itu seolah sedang memerli dirinya.’Jaga kau malam ni,Ed!!’ Matanya memberi amaran.
Edina menjelir lidah. “Meh-rong.”Ria kembali mengambil pinggan dan nasi.
Edina masih lagi setia mengikutnya.Biarpun pinggannya sudah penuh dengan makanan.Badan  kecik,tapi kuat makan.Ria mengepal penumbuk. “Aku debik kau karang.Naya jer kena jumpa Doktor Safuan.”Ujar Ria.
“Tak heran.Hensome apa Doktor Safuan tu?”Soal Edina semula.Keningnya diangkat tinggi.Aku rela.. Sambungnya lagi.
“Tolonglah Ed..Geli ketiak aku!!”Ria membuat riak menyampah.
“Assalamualaikum.”Ucap satu suara.Bunyi lonceng pintu kedengaran.
 “Waalaikumsalam.”Seraya mata Ria dan Edina menoleh kearah suara tersebut.
Kelibat orang memberi salam tidak dapat dilihat dengan jelas.Pinggan yang sudah penuh diisi diserahkan kepada Rizz. Terus ditinggalkan Rizz dan Edina.Langkah diatur menuju ke pintu pagar.
“Mak su!!!”Jerit Ria. Naufal yang berada dekat dengan kanopi yang bakal digunakan untuk majlis doa selamat malam nanti,turut meningalkan kerjanya.
“Hai guys!!”Ucap satu suara.Rin Aira dah tersenyum melihat anak buahnya.
“Anak buah Mak su dah nak menikah dah.Macam mana ni Fal,Ria dah langkah bendul kita berdua ni.”Soal Mak Su Aira.Keningnya dipusing-pusing.
“Mak su ni macam tak sedar diri pulak erk??”Soal Naufal. Edina juga turut menuju kearah tetamu yang datang.Tersenyum dia melihat wajah Mak Su angkatnya.
“Bertuah punya anak buah!!Kau kata aku tak sedar diri.Ingat ini Mak Su tau,mandat besar.”Bebel Rin Aira.
Ria dan Naufal dah tergelak-gelak melihat keletah Mak sunya.Cuma Rizz saja yang terpingga-pinga melihat tunangnya bergelak sakan dari jauh.
“Betullah,Mak Su..!!”Jawab Edina.
“Mak Su ni nama je dah sebaya dengan along tapi tak kahwin lagi.Tu hah mana ada Ria langkah bendul along.Tu hah, kak Mia Natasya tu nak letak mana?”Soal Edina sambil menjuihkan bibir pada bakal kakak ipar susuanya yang turut berada di kelompok sepupu-sepupunya.
“Rilekslah,baru 30.Kan orang cakap Live is begin went you become 40’.”Ucap Mak Su Aira bangga. Pintu pagar sudah dibuka.Rin Aira menarik luggagenya dan diserahkan pada Naufal.
“Yelah,jadi terus andartu!!”Balas Naufal.Naufal memandang kearah tunangnya yang jugak bakal dinikahi tidak sampai sebulan lagi.Semua persiapan sudah disiapkan,cuma tinggal kad undangan yang sampai pada minggu depan serta hari sejarah dengan tunang tercinta.
“Masuklah,Mak Su.Mak tok dengan Tok Wan sure marah bila Mak Su datang lambat majlis tunang anak menakan.”Ucap Ria.Baru teringat Rizz yang masih menunggu dia.
Matanya ditoleh kearah pintu.Rizz dah tak ada. ‘Aik,merajuk ke?’ Soal Ria dalam hati.
“Rizz dah masuk makan sendiri.Almaklum tunang lupa diri bila nampak Mak Su Aira.”Balas Edina selamba sambil menonong masuk kedalam rumah.
“Ohh.Ucap Ria sepatah,Jomlah Mak Su.”Ajak Ria seraya merangkul lengan Rin Aira.
“Assalamualaikum.”Ucap Rin Arya.Sesampai sahaja dia dipintu utama.
“Waalaikumsalam,Aira.Masuk!!”Ucap Puan Rin.
“Bertuah punya mak cik.Ada ke,datang lambat dekat majlis anak buah.”Bebel Mak tok,nenek kesayangan Ria.
“Tok,janganlah marah Mak Su.Mak Su baru balik daripada Holland ni.”Pujuk Ria.Bahu mak tok diusap perlahan.Matanya melingas mencarik Encik tunang.
Tertacap pada si dia yang segak memakai baju kemeja pink. ‘Haih,aku cakap mamat tu segak??’Omel Ria dalam hati.
Rizz yang perasan dirinya diperhati,menaikkan kepala.Matanya tertembung dengan Ria yang juga turut memandangnya.Kemudian matanya menangkap susuk wanita disebelah Ria.
“Oh my god!!”Ucap Rizz tanpa sedar.

No comments:

Post a Comment