Wednesday, October 22, 2014

Forever Yours-Bab 8(mianei lambat sikit)but Here...wink~




Bab 8
Suara terkejut Rizz itu menyebabkan suasana kediaman Encik Nazrin kelihatan dingin.Mata Rizz masih lagi pada susuk gadis disebelah tunangnya.Puan Rin,Encik Nazrin,Puan Sri Zaura dan Tan Sri Haiqal yang masih belum pulang nyatanya terkejut dengan jeritan anak sulungnya dan bakal menantunya.
“Hai,Rizz.”Sahut Rin Aira.Mulutnya ditahan supaya tidak ketawa.
“Rin!!”Balas Rizz.
“Peace..”Simbul peace dibuat selaras dengan sebutannya sekali.Rizz terkelu.Manakala,Ria beriak terkejut.
“Aku jadi Mak Su to be kau erk??”Sambungnya lagi.Jari telunjuknya dihalakan pada dirinya dan Rizz.Terus ketawa Rin Aira.Rizz mengetap bibir.Bertuah punya kawan ada digelakkan aku.Rizz turun tergelak melihat kelakuan Rin Aira.Haila ini gadis.Perangai masih tak berubah.Tambahnya didalam hati.
Ria yang masih statik disebelah mak sunya berdehem. “Apa ni?”Soal Ria.Kepastian perlu didapatkan.Matanya tajam memandang Rizz yang sedikit kalut.Tangannya sempat memukul bahu Rizz perlahan.                   
“Auchh..Sayang!!!”Terjerit Rizz sedikit.Boleh tahan bisa jugak tangan genit Ria Airisha ni.Riak muka Ria menunjukkan istilah ‘Padan Muka’.Rizz memandang Ria lagi.Jelingan manja diberikan.Hahahha…First time tengok tunang tercinta ada symptom ‘J’.Ini buat hati tambah sayang.
“Jealousy??”Rizz mengangkat kening beberapa kali.Suka pulak bermain dengan Ria yang tak habis sudah memuncungkan mulut.
Ria mengetap bibir.Tahu sangat perangai tunangnya itu.Sengaja nak memberinya cemburu.Yang dia pun satu.Dah tahu perangai Rizz itu sebegitu.Dilayan jugak rajuknya.Silap hari bulan Rizz jugak yang menjadi tukang pemujuk.Kenapalah kau ni Ria..Cepatnya jatuh cinta.Padahal hati kalah batu kerikil..Omelnya didalam hati.Tanpa sedar perilaku mereka bertiga menjadi tumpuan semua yang ada di meja makan.
Semua sudah membuat kesimpulan sendiri.
Pertama:Akan ada scene tumbuk menumbuk.(Antara siapa Wallahualam..)
Kedua:Ada scene jejak kasih.Sampai tak hinggat diri tu baru bertunang.
Ketiga:Ada scene pujuk-memujuk.
Rin Aira memerhatikan pasangan dua sejoli dihadapannya.Main-main mata.Si Ria dengan jelingan berapi,si Riz dengan jelingan mengada.Ria memandang Rin Aira dengan pandangan mintak simpati. “Alahai,kesian anak buah Mak Su ni erk!!Rizz ni buddies Mak Sulah masa belajar dulu dari sekolah menengah hinggalah sampai dekat Cambridge.”Ucapnya seraya memeluk bahu Ria.Ria tercengak.Yang lain terpingga.
“Ohh.”Jawab semua yang ada diruang tamu rumah Encik Nazrin.Kesimpulan kedua boleh ditolak ketepi.
Rin Aira tersenggih. “So don worried about your Encik Tunang ye,Mak Su tak rampas!!Ini bukan drama okey!!”Ria lega.Tak pasal aku ingat mak su aku ni ex mamat sengal Encik Tunang ni. Erk kenapa pulak aku nak cuak.
“Lagipun..”Rin Aira menyambung.Ada sengihan nakal diwajahnya.Yang pasti Rizz dapat mengesan. Sudah pasti ada sahaja onar yang ingin kawannya itu ingin lakukan.Bersabar jelah. “Rizz tu bukannya hensome sangat pun sampai Mak Su nak pikat.Mamat skema pulak tu.”Sambung sebelum terus mencict lari.Rizz dah tercengang.Sengal punya kawan.Ria dah ketawa terkekeh-kekeh.
Tempat duduk Riff Zariff yang kosong diduduknya.Riff dan Raina bakal adik iparnya juga datang,akan tetapi baru sebentar tadi mereka pulang.Kerana malam ni,mereka perlu datang lagi atas sebab majlis doa selamat yang dibuat Encik Nazrin.
“Kenapa gelabah semacam tadi??”Soal Ria yang dah mengambil nasi.Rizz sudah pun melincinkan nasi dipinggannya.Bila melihat Ria mencedok nasi.Pinggannya dihulur semula.Ria hanya diam,pinggan Rizz diambil dan nasi dicedokkan.Kemudian,tangannya lincah meletakkan lauk yang ingin dimakan kedalam pingan mereka berdua.
“Tak adalah.Terkejut saja.”Ucap Rizz. “Kenapa jealous ke?”Soal Rizz serkap jarang.Alahai blushing pulak anak Encik Nazrin.
“Tak,nonsense.”Ria memegang pipinya yang merah. “Tak adalah mana tahu Mak Su tu ex girlfriend ke bolehlah nikah dengan dia. Masih trang tangtang lagi.”Balas Ria selamba.
“Apa you cakap ni??”Rizz menyoalnya tegas.Nasib baik mama papanya dah pulang.Yang lain dah kedepan tinggal dia dan Ria sahaja.Dia tak balik sampailah malam kenduri,tumpang saja bilik Along Naufal.Mama dengan papa akan bawakan baju melayu yang senada dengan baju yang akan dipakai oleh Ria.Bak kata mama ’barulah nampak sedondon’.Macam-macamlah mama ni.
“Yelah,kita kan bukannya bercinta pun.Tak salah pun kan?”Balas Ria tanpa rasa bersalah.
“Nak aje I ketuk-ketuk you sekarang ni.Mulut tu memang tak ada insurans.Nanti lepas kahwin I belikan you macam-macam insurans.”Balas Rizz dengan nada geram.
“I ada insurans laa.”Ria pulak bengang.
“You punya mulut yang tak ada.What ever happen.You..!!Sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Ria.Will be mine in three month!!”Ujar Rizz dengan riak bangganya.
“Menyampah.”Balas Ria.Pinggan sudah licin bersih. “Malas dah nak layan you!!”Ucap Ria geram. Better pergi mandi dan layan Ed lagi bagus.
“Tapi you layan jugak kan??”Ujar Rizz.Ria sudah pun berdiri. “Bye, sayang.”Ucap Rizz dengan nada mengusik.
Ria memandang Rizz menyampah.Manalah Edina ni.Bertapa dekat bilik aku macam ini rumah dia.Memang rumah dia pun.Malah,bilik dia turut mak abah sediakan kat rumah ni.Cuma minah tu jer yang mengada nak tidur kat bilik dia.

Siap sahaja mandi,matanya melihat susuk badan Edina yang sedap sahaja berguling di katil Ria.Nasib baik kawan baik.Ria lekas menukar bajunya kepada dress lembut berwarna merah hati.Nak buat kerja,nanti lepas maghrib baru mandi semula.Pintu bilik Ria diketuk dari luar.
“Ria,Mak Su ni!!Nak masuk boleh??”
Masuklah,pintu tak berkunci.Sahut Ria yang sedang menyikat rambutnya.Tudung sarung Ariani berwarna hitam diambil dari tempat pengantung ditarik.
“Ed pun ada??”Soal Rin Aira apabila melihat Edina enak duduk bersantai di atas katil anak buahnya. Sambil mengunyah biskut teddy bear milik anak buahnya.
“Wahh,anak dara.Makan baring ye!!”Punggung Edina dipukul perlahan.
Edina tersenggih. “Mak Su ni tak perasan ke diri tu pun anak dara macam kita jugak.”Balas Edina.
“Ehh,Mak Su up sikitlah.”Ria yang baru muncul daripada bilik wardrobenya mengeleng kepala melihat telatah Mak Su serta kawan baiknya.
“Hurm,bride to be.Jangan makan jajan sangat nanti elok-elok pinggang kamu 24 inch jadi 28 kang naya.”Usik Rin Aira.Tangannya turut menyeluk kedalam plastic biskut yang dipegang Edina.Dua kali lima saja.Telah Ria.
“Aku tengok kan kau even kena kahwin paksa pun kan..Macam nampak bahagia jer Ria.”Soal Edina.Mak Su yang sibuk membelek hantaran yang diperolehi Ria turut menganguk.
“Haah,Ria.Masa kita skype tiga hari lepas Mak Su tengok kau monyok jer.Hari ni Mak Su tengok kau bahagia jer.Elok je kau layan Rizz makan.Mak Su nak kacau line pun tak jadi.”Ucap Rin Aira pula.
“Entahlah,Ed,Mak Su.”Ria duduk dibangku meja soleknya.Tangannya laju menarik losyen dari jenama Victoria Secret.
“Ria sendiri pun tak tahu apa patut Ria fikir.”Bicaranya dihentikan sekejap. “Told people that I’ve not ready yet.Hampakan mak abah!!It’s a big nonsense. I think this is the better choice,just  accepting him and move on.As you say,Edina.What ever we did,we need to go back to him,Our Almighty, right?”
“Great and bravo Ria.You have made the right decision.”Edina turut tersenyum.Kawannya yang satu itu bijak.Tak perlu dipujuk bagai.Hanya perlu sesuatun yang jujur untuk membuatnya  berfikir dengan baik.
“I’m proud of you,Ria Airisha.”Rin Aira memeluk bahu anak buahnya.Meskipun Ria ini seorang yang keras kepala.Tapi dialah anak buah paling matang.Kadang-kadang,anak buahnya itu yang memberi nasihat padanya.Sebab tu maknya selalu mengangap dia ini anak kurang matang.
“Thank you,Mak Su.”
“Yaah,I’m proud of you too..”Edina turut membalas.
“Group hug shall we???”Soal MakSu.
“Yess.”Ucap Ria dan Edina riang.
Toktoktok..
“Siapa?”Sahut Ria.
“Along ni!Mak suruh siap solat asar Jemaah sama-sama.”Laung Naufal sambil tombol pintu dipulas.Kelihatan tiga gadis itusedang berpeluk sakan.
“Okey.”Jawab tiga suara.
“Wow,combo ker,Angah??”Naufal tersenyum sambil terangkat-angkat kening dengan gelagat Mak Sunya serta dua adiknya itu.
“Taklah long,Trio jer..”Balas Edina.Mereka tergelak.Naufal turut sama tergelak.Nasib baik dia dah besar kalau tidak dengan dia-dia sekali join group trio didalam bilik itu.Nasib baik adiknya,Rin Ayiesha tertidur dibiliknya.Kalau tidak gegak gempitalah rumah Encik Nazrin.


Rizz yang elok membantu Naufal meletakkan pinggan yang sudah dilapnya bersama Ria serta buffet yang dah diisi dengan lauk ketempat yang disediakan.Dipanggil satu suara dari luar rumah.
“Rizz!!”
“Yeah,Along??”
“Aku tengok macam ada orang lah.Kau punya kawan ke??”Soalnya.
“Mana??” Balasnya.Buffet terakhir diletakkan.
“Tu dekat luar.”Rizz menoleh kepala ke luar.Satu susuk tubuh badan dipandangnya dari dalam rumah.Rizz menghampiri pintu pagar.
“Nak cari siapa??”Soal Rizz.Lelaki itu menoleh badannya.
“Subahanaallah,bertuah kau Rish.”Rizz memberikan isyarat pada pengawal untuk membuka pintu. Sambungnya semula apabila figura lelaki itu hanya tersenggih.
“Hai buddy?”Ucap Farish yang lebih selesa dipanggil Rish.
“Assalamualaikum.”Ucap Rizz sambil memeluk kawannya itu.
“Hahaha,waalaikumsalam.Saja ye kau nak mengena.”
“Mana ada.”
“Yelah tu.”
“Ehh,kau datang sorang ke,Faiq mana??”Matanya meninjau kearah luar.
“Hai guys.”Sahut satu suara.
“Panjang umur.”Jawab Farish.Baru disebut-sebut.
“Long live Faiq,Long Live Faiq.”Ucap Faiq meniru ayat yang selalu digunakan untuk mendoakan Ratu Britain’Long live The Queen’.
“Long live sangatlah.Korang cakap tak dapat datang??”Soal Rizz setelah kedua sahabatnya masuk kerumah bakal bapak mertuanya.
“Not bad juga kau kan??”Soalan Rizz tidak diharaukan.mata mereka tunak memandang halaman rumah bakal bapa mertua sahabatnya itu.
“Not bad apa??”Rizz mengerutkan dahi.
“Yelah,kira kaya jugak bapak mertua kau!!”Mata Farish memandang segenap rumah banglo tiga tingkat yang bercirikan moden tradisional.Pereka dan penghias rumah pasti merupakan pakar dalam memberi sentuhan bagi mereka dan menghias.
“Ehh Darwish tak datang?Cousin kau kan??”Soal Farish semula.
“Outstation,Berlin”Jawab Rizz sepatah.Itulah nak buat majlis cepat sangat habis sepupunya itu tidak dapat menghadirkan diri.
“Haah,talk about that.Tadi aku punyalah tanya pengawal dekat bahagian depan kondo tu.Biasalah dah taman orang kaya mestilah ada pengawal kan.Bila aku tanya pengawal tu boleh dia cakap salah orang kut.”
“Kau tanya macam mana??”Teruja Rizz ingin mendengar.
“Rumah Pak Rin ada ngak??”Jawab Faiq.
Tergelak Farish dengan Rizz. “Yang kau tanya macam tu apahal??”Soal Rizz.
“Dah aku tanya Farish,Dia bagitahu macam tu.Aku tanya jelah.”Bahu Farish ditepuk kuat. “Jahat kau ye,mainkan aku.”Omel Faiq.
“Sakitlah,bengong.Aset kau tahu tak badan aku ni.Aku tak kahwin lagi.Lainlah kau Faiq.”Bebel Farish.
“Aku yang geram,aku jugak yang kena marah.Pastu aku tanyalah ada tak majlis kenduri kesyukuran sekali dengan majlis tunang pagi tadi.”Ucap Faiq semula.
“Baru pengawal tu menganguk.Dia mintak nama pengantin lagi tu.Sebaik la kau ada bagitahu nama fiancĂ© kau.”
“Aku cakaplah Ria Airisha dan Rizz Zarith.Barulah pak sapam tu bagi masuk.”Sambung Faiq semula.
“Bila tanya rumah mana,rumah no 27.Dato’ Nazrin Alam Shah.Haah kau,terkujat aku.Elok benor aku panggil bapak mertua kau Pak Rin tadi tahu tak.!!”Bahu Rizz ditumbuk perlahan.
Rizz dan Farish dah tak tahan.Akhirnya terhambur semua ketawa mereka yang ditahan. Buruk benor muka Faiq bila menceritakan halnya dengan pengawal tadi.
Naufal yang baru sahaja menyelesaikan kerjanya yang tergendala dengan dibantu beberapa orang anak mak long dan mak ngah belah mak dan sepupunya daripada belah abahnya baru terperasan kelibat bakal adik iparnya bersama beberapa orang lelaki muda dimeja hujung kanopi.
“Assalamualaikum!!”Ucap Naufal.
“Waalaikumsalam.”Jawab tiga suara.
“Along ni kenalkan,kawan Rizz dengan Mak Su masa sekolah dan dekat Cambridge.Cuma Faiq je lain sebab dia dekat Yales.”Ujar Rizz memperkenalkan rakannya.
“Nice meeting,Naufal Aryan Rifqi.”Ucap Naufal sambil tersenyum seraya tangannya disuakan pada Farish dan Faiq.
“Farish Iskandar.”
“Faiq Dzikrullah Haidi.”
“Vice president International Multimedia Com,kan??”Soal Farish.
“Hurm.Pernah jumpa ke?”Soal Naufal.Agak samar penglihatannya kerana tidak menggunakan cermin mata.
“Kita pernah berkerjasama setahun lepas.”Ucap Farish.
“Oh yeke?Maaf tak pakai cermin mata.Agak kurang jelas”Mohon Naufal.
“Lacxiss Berhad!!Head Executive.Right??”Soal Naufal semula.
“Ohh,projek menara dekat Massasuate erk??”Sambungnya lagi.
“Haah.Long time no see,Mr.Naufal.”
“Me too,Encik Iskandar.”
Keduanya tersenyum.Farish dah mengagak bila Naufal mula datang kemeja mereka duduk. Sah bila Naufal mula memperkenalkan diri.
Farish dan Faiq bukan tak tahu nama Naufal memang amat dikenali dalam bidang telekomunikasi. Rizz juga mesti tahu gerangan lelaki yang bakal menjadi abang iparnya.Dahulu mereka pernah bersaing untuk mendapatkan tender pembinaan bangunan di Pulau Pinang.Mereka sekeluarga bukan sahaja dikenali dalam bidang telekomunikasi,Malah,mereka juga mempunyai syarikat perkapalan sendiri.
“Along,Rizz ajak semua.Dah nak asar ni.Mari masuk berjemaah.Kita solat dahulu.Ajak kawan kamu tu,Rizz.”Ucap Encik Nazrin.
“Baik abah!!”Ucap Naufal dan Rizz serentak.Memang mereka ni boleh jadi geng.Memang dia tahu siapa bakal abang iparnya.Bukan calang-calang orang.Dia juga pernah kalah dengan Naufal sewaktu perebutan tender itu.Lagipun ketika itu,dia baru saja menamatkan PhDnya.Balik-balik papanya sudah menyuruhnya mengambil alih tampuk perniagaan.Nasib baik,papanya masih memegang tampuk tertinggi sebagai group president.
“Okey-okey jom.”Ucap Farish dan Faiq serentak.



No comments:

Post a Comment