Friday, October 17, 2014

Forever Yours-Bab 6~wink.



Bab 6
Pintu pejabat milik CEO Majestic Hotel dibuka dari luar.Terjenggul kelibat Darwish bersama Riff Zariff. Kini dia sudah tidak lagi menguruskan anak hotel bagi Majestic Hotel,Sri Palace Hotel kerana semalam, secara rasminya tampuk pemerintahan hotel tersebut telah diserahkan pada adiknya Riff Zariff.
"Hai bakal pengantin!!Assalamualaikum."usik Riff Zariff pada alongnya.
Rizz yang sibuk menyiapkan semakan bagi tender pembelian kapal layar baru mengangkat muka.Salam dijawab di dalam hati.Sudah dapat diagak dua manusia ni pasti akan menerjah masuk kebiliknya setiap hari.Rizz mengeleng kepala.Sah Tan Sri Haiqal dan Puan Sri Zaura dah bocorkan rahsia.
"What?Bakal pengantin?Siapa Riff,abang tak tahu pun??"terjerit suara Darwish.Bertepek-tepek soalan dituju pada adik sepupunya.Matanya tunak memandang sepupunya yang sudah bangun menuju kearah sofa.Hanya senyuman melakari wajah Rizz Zarith."Baik hang habaq mai kat cheq!!" Ugut Darwish tangan dah siap diawang-awangan.
Rizz hanya tersengih."Kau layan sangatlah adik aku ni.."Laju kepala Riff Zariff diketuk.Tahu sangat rambut adiknya itu aset paling berharga.Terturun walau satu helai rambut sudah macam hilang si ‘Rose’ kucing parsi milik Riff Zariff.
"Along!!"Bengang Riff.Laju dia melangkah kearah frame cermin yang memang diletakkan di ruangan pejabat alongnya itu.Rambutnya dibetulkan semula seperti gaya asal.
"Betullah Abang Iz,Abang long kita ni nak menikah dah!!"Lidah dijelir pada alongnya.Sempat mengelak dari terkena kertas A4 yang direnyuk menjadi sampah yang baru dibaling Rizz Zarith.Peti ais yang sedia ada ditempatkan dibilik abangnya itu dibuka.Dua jus Tropicana Twister dan satu tin Coke diambil.
"Kau tak bagi tahu aku dengan geng kita pun??"Soal Darwish berjauh hati.Padahal mereka sepupu paling kamceng.'Ni nak kena ni.'
"Eeee..Angah ni tak boleh simpan rahsia langsung.!"Rizz membuat muka menyampah..Jika berkenaan dia suka sangat adiknya ini mencanang.Nasib baik dicanang pada Izraif Darwish dan juga kawannya yang rapat saja seperti Farish dan Faiq antaranya.Dua jejaka itu lagilah,pagi tadi dah membebel gaya Puan Sri Zaura membebel padanya.Habis pulang nanti telinganya perlu dikorek.Bagai nak bernanah mendengar perlian kawan baiknya itu.Kecoh satu office dengan teriakan mereka.Tak puas hati,itulah alasan mereka merempuh biliknya tanpa sempat Kak Maya memberitahu kehadiran dua jejaka itu.Nasib baik awal pagi.Kalau tidak malu sungguh mukanya. Di tambah lagi dengan mukanya yang kacak itu hampir terpapar pada semua akhbar tempatan.
"Hoii..baik kau cakap betul-betul.Aku tak fahamlah.Boleh pulak kau mengelamun kan? Tempelak Darwish.Habis serius mukanya.Bengang dengan perilaku dua beradik yang seperti bermain hide and seek."Kalau tidak habis tangan aku ni sampai dekat muka kau hensome konon tu!!"Sambungnya lagi.Tangan kirinya sudah digempal menjadi penumbuk.Jari hantu dinaikkan sedikit.
"Dekat paper kan keluar,Abang Iz ni!!"Jawab Riff.Kebetulan tangan abangnya sedang mengangkat surat khabar Harian Metro.Jelas gambar Rizz Zarith dan seorang gadis dimuka hadapan surat khabar tersebut.
Pantas tangan Darwish menarik surat khabar tersebut dari tangan Rizz Zarith.
"Hoi..kot iya pun tak sabar.Mintak la elok-elok."Bengang pulak Rizz dengan telatah dua jejaka hot stuff yang menganggu kerjanya.Terbantut kerjanya untuk menyemak tender yang baru sahaja diserahkan PAnya pagi tadi.
"What derr??"Darwish sudah tersenyum geli hati membaca artikel dari keratan akhbar yang dirampasnya tadi.Hampir dua muka surat penuh dengan berita sepupunya itu."Gilalah kau ni Rizz."Sambungnya lagi.Matanya tertacap pada muka gadis di dalam surat khabar metro itu.Cantik.
"Okey-okey.Aku bagitahulah..Haishh..Kau orang ni macam wartawan.Satu je tak payah tenung sangat.Tu bakal bini aku,tahu!!"Rizz merampas kembali surat khabar ditangan Darwish.
"Okey-okey.Sorry!!"
"Long,ceritalah macam mana along boleh tangkap bakal kakak ipar gorgeous tu??"Soal Riff tak sabar.Ingatkan mereka tidak akan berpeluang berjumpa dengan pemilik nama unik itu.Dia dan adiknya Raina sangat-sangat mengkagumi Ria Airisha Naomi.Tak sangka hajat mereka tercapai.
"Haah.Ikan besar tu Rizz."Ucap Darwish dengan senyum tak pernah lekang.
"Ikan besar kau. Nama dia sedap-sedap kau panggil dia ikan?"Bebel Rizz.Sesedap rasa memangil Ria Airisya Naomi itu sebagai ikan.Lawa,cantik,berkerjaya dan berpelajaran tinggi.Mempunyai aset yang cukup perfect pada pandangan mata.Ditambah satu lagi,garang!
"Haah berangan."Sergah Riff Zariff.Dia dan Darwish dah tergelak-gelak sedangkan Rizz dah menahan geram.Habis hilang kemachoannya bila ditegur sedang berangan.
"Cut the crap..Guys!!"Mendatar Rizz berkata.Terdiam dua manusia didepannya.
Riff dan Darwish hanya menunjukkan sengihan.tahu sangat kalau tone mendatar keluar dari mulut Rizz Zarith,ia membawa maksud lelaki itu hampir marah.
"Dah-dah."Laju Riff bersuara bagi mematikan suasana yang tiba-tiba sunyi.Nak sangat jolok along yang tengah gembira.Kan padah."Ceritalah,long??"Sambungnya cuba menceriakan suasana.
Muka Rizz yang masam kembali tersenyum.Lega Darwish dan Riff Zariff.Abangnya ni bukan mampu diduga.Tengah mood horey-horey pun boleh muncul angin monsun barat dayanya. Unpredictable person.Sempat lagi mengomel didalam hati.
"Ceritanya macam ni!!"Rizz memulakan cerita.Air jus Tropicana diteguk.Matanya menala pada dua jejaka yang sudah tak sabar mendengar apa yang ingin diceritakan.
"Cepatlah,along!!Sengaja aja dia."Bengang Riff.Alongnya sengaja saja menduga mereka yang sudah teruja tahap petala itu.Tersengih Rizz.



Seperti yang dijangkakan.Jam tiga petang.Setelah habis Ria menceritakan peristiwa yang terjadi serta menyatakan apa yang telah Rizz sampaikan.Encik Nazrin dan Puan Ria Aisya terus sahaja mengambil cuti.
"Assalamualaikum.Ini kediaman Dato’ Nazrin Alam Shah?"Ucap satu suara.
"Waalaikumsalam.Betul,ini rumah seperti yang encik cakap."Puan Rin menyuruh pengawal membuka pintu pagar rumah.Sebuah kereta Hummer meluncur masuk kedalam kediaman Encik Nazrin dan Puan Aisha.
"Silalah,masuk.Rumah kami ni biasa sahaja.Jemput duduk dahulu Encik,Puan.Saya nak panggil suami saya sebentar."Ujar Puan Rin meminta diri setelah tetamu selesa duduk disofa yang disediakan. Melihat dari gaya dan tingkah laku tetamunya itu bukan sebarangan orang. Lima minit kemudian Encik Nazrin masuk ke ruang tamu.
"Maaflah mengganggu.Saya Ryan Haiqal Zarief ini isteri saya  Zaura Anisa."Ujar Tan Sri Haiqal sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.Itu pulak abang dan kakak ipar saya."Ryan Haiqi dan isterinya Maria."Tunjuk Tan Sri Haiqal. 
"Ohh."Ucap Encik Nazrin.Encik Nazrin tersenyum pada setiap tetamu yang diperkenalkan. Tangannya menyambut huluran salaman Encik Ryan Haiqi.
Belum sempat Tan Sri Haiqal bersuara.Puan Rin datang sambil menatang sebekas air jus manga bersama pudding Strawberi dan Blueberry yang dibuatnya tadi bersama Ria.Yang sebetulnya Ria yang melakukan semua kerja itu.Dia hanya membantu sikit sebanyak.
Begitulah Ria.Jika berhadapan masalah, dapur jugalah tempatnya melepaskan perasaan.Habis semua jenis kek dan pudding dibuatnya.
"Jemputlah rasa,makanan orang biasa saja.Anak perempuan yang buat."Jawab Puan Rin merendah diri.Mereka sekeluarga memang begitu,selagi tidak memerlukan biarlah mereka hidup sebagai orang biasa sahaja.
"Hurm,mesti sedap kan Kak Long.Anak perempuan ada berapa??"Soal Puan Sri Zaura memulakan agenda.Padahal dari pintu masuk tadi wajah Ria seperti yang ditunjukkan Rizz sudah dapat dia lihat di dalam frame gambar.
"Biasa-biasa sahaja.Ria tu biasalah kalau tahap rajinnya melebihi segalanya semua jenis makanan dia buat.Cubalah rasa.Anak cuma ada tiga yang perempuan dua.Angah dan yang bongsu achik."
"Ohh,yang kecik tu umurnya berapa??"Soal Puan Sri Maria pula.
"24 tahun.Sekarang tengah cuti semester.Ambil kejuruteraan dekat New Zealand.Biasalah budak zaman sekarang mana nak belajar dekat-dekat.Bukan sekejap,lima tahun kemudian sambung master lagi.Sanggup saja nak tinggal mak bapak.Bila balik terus kerja dan kahwin.Mana dah ada masa macam dulu-dulu."Omel Puan Rin sambil tangannya lincah menghidang minuman pula.
"Ohh maknanya yang tengah tu dah habis belajar??"Soal Tan Sri Haiqal sambil mengunjuk kearah gambar keluarga yang diletakkan betul-betul dikawasan ruang tamu rumah.
"Hurm.Buat masa nilah."Ucap Encik Nazrin seperti satu keluhan.
"Maksudnya?"Tertarik dengan jawapan dari Encik Nazrin.Tan Sri Haiqal bertanya semula.Gelas Jus Mangga yang berada ditangan disisip ke mulut.
"Tak tahulah katanya akan balik United Kingdom untuk sambung PhD.Itupun kalau saya bagi,sekarangpun tengah buat  PJJ.Kalau dibuatnya dah kahwin tak ada maknanya.Kecualilah suaminya bagi."
"Dah berpunya ke??'Soal Tan Sri Haiqi.
"Belum lagi,sibuk dengan kerja kalau satu tempat tak mengapa jugak.Sekejap di HUKM sekejap di UKM membuat research.Ditambah pulak,sibuk nak keluarkan bakat sastera.Menulis pulak."Ucap Encik Nazrin sambil tersenggih.Kepala digeleng-geleng.Ria Airisya,anak paling tak makan saman.Apa yang diingini, itulah yang bakal dia lakukan.Tapi keras-keras kepala Ria,anak itu tidak pernah membelakangkan keluarga.
"Banyak-banyak anak,Ria Airisha lah yang paling workaholic.Independent habis.Masa belajar dekat Edirnburgh, ingat tak kerja.Rupanya buat kerja jarak jauh.Balik sahaja bukan saja bawak sijil degree dengan master,siap award jadi novelis lagi."
Ingat lagi waktu Ria diambil olehnya sekeluarga setahun lepas di KLIA.Tersenggih-senggih sahaja apabila keluar dari balai ketibaan.
Nampak kelibat keluarga.Ria terus berlari.Begitu juga Edina.Kawan baik anaknya yang dah dianggap seperti anaknya.
"Mak,abah??"Ria berlari memeluk kedua ibu bapanya.Tangan kedua ibu bapanya disalam. "Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."Jawab semua yang berada disitu.
"Welcome back,sayang!!"Ucap mak.Air mata Puan Rin mengalir laju.
Waktu tu adiknya,tiada sebab belum cuti semester.Lagipun adiknya sedang bergelut dengan ujian akhir semester untuk tahun ijazahnya yang terakhir sebelum menyambung master.Jadi yang datang menjemput hanyalah mak,abah dan along.Juga keluarga Edina.
Tangan papa dan mama disambut."Mama,papa sihat??"Soal Ria pada mama papa Edina.Edina juga sedang menyalam tangan mak abahnya.
"Sihat alhamdulilah,anak papa mama sihat??"Soal Encik Edry pulak.
"Mestilah sihat,baru menang award tu mak abah mama papa."Edina menjawab bagi pihak Ria.
"Award apa ni??"Soal Puan Rin Aisha.Ria tersenggih menampakkan gigi.
"Novel bestsellers 2014!!"
"Haah??"Ucap Encik Nazrin dan Puan Rin serentak.
"Kantoi dah dengan mak abah??"Soal satu suara dibelakang Encik Nazrin.
"Along!!!"Jeritnya lantas berlari memeluk alongnya.Rindu gila dengan orang ni.Ucap Ria.
"Wei,wei patah pinggang alonglah."Dia turut memeluk adiknya.Dipusing adiknya tinggi. "Tahniah,sis!!"Ucapnya setelah menurunkan adiknya.
Edina menyalam tangan abang susuannya.Naufal mengusap kepala Edina.Satu-satunya adik susuannya."Tahniah buat dua-dua adik along ni.!!"
"Terima kasih,along."Ucap Ria dan Edina serentak dengan memeluk lengan sasa Naufal kiri dan kanan.Tersenyum keduanya.Sehati sejiwa sungguh adik berdua ni.Naufal tersenyum gembira melihat dua adiknya sudah berjaya merangkul kejayaan.
Kalau ada Ayiesha mesti berebut,sebabnya tangannya hanya dua.Jika Edina dab Ria sudah memegang lengannya kiri dan kanan.Ayiesha mesti terpaksa beralah.
"Jomlah kita gerak.Tidur dekat rumah aku ye,Naz.Aku dah lama tak jumpa kau rindu setengah mati ni."Ucap Encik Edry nakal.
"Banyaklah kau rindu setengah mati,bukannya jauh pun Cheras dengan Bangi tu!!"Balas Encik Nazrin."Kau je lebih!!"Sambungnya.Bahu kawan baiknya itu dirangkul.
"Tak kiralah wei.Yang penting macam-macam ni nak berdiskusi."Ucap Encik Edry lagi tak nak mengalah.Tergeleng-geleng Encik Nazrin melihat sahabat baiknya.Perangai masih tak berubah-ubah.
"Tanyalah bini aku,anak aku??"
"Bolehkan Rin sayang???"Soal Encik Edry pada Puan Rin Aisha, adik angkatnya.
"Ko nak kena makan kasut aku ke.?"Soal Encik Nazrin."Kau sayang je bini kau tu."Matanya menjengil pada Puan Rin yang sudah terkekeh ketawa.Jealous.
Satu cubitan hinggap dekat tangan Encik Edry.Anak-anak semua dah ketawa."Gatalnya abang ye??"Soal Puan Nora.
"Hai nak sayang adik angkat pun tak boleh ke??"Soal Encik Edry.
"Dulu bolehlah abang Eddy.Sekarang inilah cinta hati  adik angkat abang."Ucap Puan Rin lantas merangkul lengan Encik Nazrin.
"Sah-sah lah itu cinta hati kau.Mana abang nak campak Kak Nora kau ni.Bukan senang nak dapat tau.Made from Scotland lagi."Ucap Encik Edry.Keningnya diangkat bangga.
"Yelah,mak,abah,mama, papa marilah balik ye..Dah tak sanggup dah nak dengar drama you all semua."Ucap Ria dengan disertai gelakkan daripada Edina dan Naufal.

Tan Sri Haiqal dan Puan Sri Zaura tersenyum lega."Sebenarnya kami datang ni berhajat!!"Ucap Tan Sri Haiqal dengan tenang.Puan Sri Zaura tersenyum manis.
"Dah baca surat khabar pagi tadi,Dato’??"Soal Tan Sri Haiqal.
"Baca tu dah.Tak payah berdato-dato’ dengan saya lah,Tan Sri.Panggil Naz je."Balas Encik Nazrin.Baru dia tahu,inilah gerangan bapa kepada bakal menantunya yang baru dia kenali pagi tadi.
"Maka tak payahlah bertan sri dengan saya.Pangkat dunia.Panggil Abang Haiqal jelah,lagipun abang ni lagi tua daripada kamu Nazrin."Ucap Tan Sri Haiqal turut merendah diri."Maknanya dah tahulah kedatangan saya ni sebab apa??"Ujar Tan Sri Haiqal lagi.
Encik Nazrin mengganguk sambil tersenyum."Maafkan kertelanjuran anak saya sebab menerjah dewan anak abang semalam."Mohon Encik Nazrin.
"Tak mengapa,itu memang dah jodoh!!Meskipun hari tu Rizz buat press conference untuk kerjasama dengan Syarikat di UK dan juga penyerahan anak hotel pada adiknya.Pagi tu memang saya dah tegaskan pada dia untuk mencari pasangan.Dah tiga puluh masih nak membujang."
"Haah,tak sangka pulak.."Ucap Puan Sri Zaura.Pagi kami bagi arahan."Balik sahaja rumah dah cakap nak kahwin.Siap disuruhnya datang kemari.
Ingat main-main ataupun tangkap muat aje.Maklumlah zaman sekarang ni ada aja kes kalau tak kahwin,tak dapat nak waris harta.tapi kami tak ada pulak nak melakukan hal macam tu.
Bila ditanya memang betul-betul nak kahwin.Jadinya kami pun okeykan sahaja.Bila tengok papers harini.Barulah rasa yakin! Malah,kami gembira bila tengok gerangan wanita disebelah Rizz tu."
"Ohh,begitu.kami sendiri terkejut.Ria sendiri pun masih terkejut.Tu yang mc hari ni."Ucap Encik Nazrin.Matanya tertacap pada anak tangga.
Ria yang baru turun tersentak,ingatkan nak diam-diam je cabut lari.Kantoi habis ni.
"Ria??"Encik Nazrin memanggil.
"Mari abah kenalkan,mama papa Rizz dan pak long dan mak long Rizz.!"Kedengaran seperti arahan meskipun riak muka Encik Nazrin hanya seperti biasa.
Ria nak tak nak terus mengukirkan senyuman.Terus dia mendapatkan kedua-dua wanita anggun dihadapan mak abahnya.
"Assalamualaikum,auntie dan uncle."Disalam tangan kedua wanita anggun itu.Manakala sedikit tundukan hormat diberikan kepada kedua orang lelaki asing itu.Yang mana satu mama Rizz,mana satu mak long Rizz.Ria malas nak ambil peduli.
"Ria nak pergi mana??"Soal Puan Rin.
"Ingat nak pergi The Mines sekejap.Dakwat printer dah kontanglah mak.Sekali boleh singgah ke Cold Storage nak beli bahan sikit."Ujar Ria.
"Tunggu sekejap boleh.Ini pun tengah perbincangan pasal Ria dengan Rizz.Boleh tak??"Soal Puan Rin meminta anaknya memahami.
Mata Ria menoleh kearah empat pasang mata lain yang masih menunggu jawapannya. "Baik.'Jawab Ria sepatah."Auntie dan Uncle tunggu kejap,Ria ambilkan Kek Cheese dengan Kek Lapis yang Ria buat tadi dengan mak."Sambungnya lagi sebelum berlalu kedapur.
"Untuk Ria,apa pun boleh!!"Ucap Puan Zaura manis.
Ria menapak kebelakang dengan pantas.Note 3 nye diramas.Mamat ni memang betul-betul menguji kesabaran tahap petala kelapan betullah.Pantas tangan mendail nombor Edina.
"Hello,Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam,kau kat mana??"
"Aku on the way lah ni.Sabar lah kejap."Bebel Edina.
"Okey!aku tunggu.Mak bapak Rizz ada dekat rumah aku ni??"Ria terus mengambil kek Cheese dan kek lapis yang disimpan didalam peti sejuk khas.Sengaja dia berbuat begitu untuk memastikan kek yang dimasak tidak terlalu cepat hilang rasa.
"Haah,memang betullah cakap Rizz malam tadi.Memang menikahlah kau gamaknya."Balas Edina mengusik.
"Habis lah aku Ed.Apa nak buat ni?"
"Buat apa lagi,accept jelah.Bukan nye susah pun.lagipun kita ni bukan muda lagi lah sayang oi. Nak liburan aje.Anggap aje ia ujian,dah jodoh.Ingat lagi tak konsep ‘REDHA’ yang kita selalu dengar abang Is cakap masa dekat tazkirah.So terima jelah.Mana tau tu Rizky Dhan kau!!"Balas Edina sambil tergelak.Sempat Ria dikenakan dengan salah satu watak hero novel kegemarannya.
"Apa kau ni keluar nama ‘Encik Perfect 10’ tu,marah Kak Ilah nanti.Okeyla aku terima.Malam tadi pun aku dah istikharah."Ucap Ria perlahan.
'Tak ada Kak Ilah tu nak marah.Kau admire je dia punya watak novel,Understand!!!Dah istikharah tu kira okeylah.Apa-apa hal kena back to basic.Daripada dia kita datang,kepada dia juga kita kembali.Okeylah aku nak drive ni.Sekejap lagi aku sampai."
"Okey,Assalamualaikum."Panggilan telefon dimatikan sejurus Edina memberi salam.Tangan mengangkat dulang yang sudah terisi kek.
Ria menatang dulang kek yang sudah dipotongnya.Enam mata memandangnya yang sudah tersimpuh di bawah sofa.
"Jemputlah makan.Auntie,Uncle.Mak Abah makan!!"
"Duduklah,Ria."Ucap Puan Rin menepuk sofa disebelahnya yang kosong.
"Patutlah.."Ucap wanita anggun yang masih tunak lagi melihat setiap perbuatan Ria.Sejuk hati melihat bakal isteri yang diingini anaknya.
"Patutlah apa Kak Zaura??"Soal Puan Rin.Terhenti perbualan antara Tan Sri Haiqal beserta adiknya dengan Encik Nazrin.Tertacap semua mata memandang Puan Sri Zaura.
"Sopan dan berbudi bahasa,anak Rin ni.Patutlah tak sabar-sabar Rizz nak masuk merisik.Ikut kami bagilah mak bapak ni buat persedian barang sehari dua hari.Ini tidak semalam bagi tahu,hari ni  mintak hantar rombongan merisik."Puan Sri Zaura tersenyum manis.Ria yang duduk bersimpuh makin menunduk kepala.
Dalam hatinya,hanya Allah sahaja yang tahu betapa bengangnya dengan tindakan Rizz Zarith.Kut iya pun nak merisik bagilah warning awal-awal.Ria masih lagi mengomel dalam hati.Bukan ke mamat tu dah cakap malam tadi Ria.Kepalanya diketuk sedikit.
"Biasalah tu Kak Zaura,anak-anak muda zaman sekarang.Semua nak cepat.Ekspress semuanya.Kita ni ikutkan hendaklah ada mengikut adat kan?"Ucap Puan Rin.Tangannya mengengam tangan Encik Nazrin.
"Haah."Ucap Puan Sri Zaura.Kakak iparnya hanya tersenyum manis.
"Tapi tak apalah,sekurang-kurangnya.Bila dah datang macam ni.Keputusan dah tahu.Tak payah nak tunggu-tunggu.Takut bunga dah dipetik.Balas Tan Sri Haiqal.Lagi-lagi bunganya cukup semuanya,kan abang long??"Soal Tengku Haiqal pada abang longnya.
"Itulah.Lelaki ni mudah saja.Yang penting majlis nikahnya.Berjalan baik majlis nikah maka mudahlah urusan selepasnya."Balas Tan Sri Ryan Haiqi pula.Dia juga turut teruja melihat gadis yang menjadi pilihan hati anak buahnya.Sedangkan anaknya,masih lagi belum berjumpa dengan pasangan hidup yang diingini.Darwish oh Darwish.
"Kalau begitu eloklah kami teruskan proses merisik buat anak Naz dengan Rin ni??"Ucap Tan Sri Haiqal tidak mahu berkias-kias lagi.
"Sebenarnya,abah mak dengan parent Rizz dah setuju nak adakan majlis pertunangan kamu berdua dua minggu dari sekarang.Majlis reception pula akan diadakan tiga bulan dari tarikh bertunang. Boleh tak,Ria?" Soal Encik Nazrin.
Ria menelan air liur.Dua minggu,tiga bulan??.Abah aku ni lupa agaknya apa yang aku ceritakan dekat dia pagi tadi.Boleh pulak semua pakat setuju.lagi pening kepala aku.Macam nak balik UK jer rasanya.
"Ria??"
Panggil Encik Nazrin bila tiada balasan dari anak perempuannya itu.
"Hurm!!"
"Setuju ke tak?"
"Haah..!!Ria tercenggang.Ikut Mak abahlah.Ucapnya perlahan.Apa yang baik untuk mak dan abah.Ria ikut saja.'Ucapnya menyerah.Back to basic jelah Ria oii.Tak payah pening sangat.
"Alhamdulilah.Ucap enam suara.Akhirnya,jadi jugak hajat kedua belah keluarga nak mengeratkan hubungan silaturrahim."
"Terima kasih sayang."Ucap Puan Sri  Zaura seraya memeluknya.
"Sama-sama Auntie.Terima kasih jugak sebab terima Ria yang serba kekurangan ni."
"Tak sayang,kamu cukup segalanya."Balas Puan Sri Zaura.
Bunyi hon diluar rumah kedengaran.Matanya terus tertacap pada enam pasang mata dihadapnnya.Suara Kristen Bell kedengaran.
Hello ,Assalamualaikum.
Okey aku dah ready.
Aku keluar ye,Edina.Hurm,haah.
Waalaikumsalam.
"Mak,abah.Auntie dan uncle Ria dah kena geraklah.Kawan Ria dah tunggu.Apa-apa hal Ria call."Ucap Ria lantas mengangkat pungungnya.
Tangan mama Rizz dan  mak long Rizz disalam.Tangan mak abahnya disalam lalu pipi kedua ibubapanya dicium.
"Jangan balik lambat,ingat rules ye angah."Encik Nazrin memberikan  amaran.
"Okey,mak abah.Ria pergi dulu ye semua.Assalamualaikum."Ucapnya laju.
"Waalaikumsalam."Ucap enam suara.Puan Sri Zaura tersenyum melihat perilaku bakal menantunya.Ayu dan sopan.Pandangan matanya menoleh kearah suami tercinta.Tan Sri Haiqal turut tersenyum.Bangga dengan pilihan anak sulungnya itu.Cukup serba serbi.
Nasib baik bilik kasut dekat luar.Wedgesnya diambil dari kotak lalu dipakainya.Satu kotak sneakers diambil dan diletakkan didalam paper bag yang sudah siap sedia didalam tote bag Guccinya.Kakinya terus mélangkah masuk ke dalam Mercedes E- Class Sport Corpe berwarna hitam milik Edina.
Jalan-jalan lagi bagus.
"Kan Edina?"Soal Ria setelah selesa ditempat penumpang sebelah pemandu.
"Kan apa?"Balas Edina.Blur,apabila sahabatnya itu tiba-tiba bersoal jawab dengannya.
"Tak ada apa-apalah."
Jom jalan.Ria mematikan topik tersebut.Lagu Maps nyanyian Maroon 5 berkumandang dari corong radio.

4 comments:

  1. My rizky dhan?? Oh my darl... hahaas. Great. Cpt2 sambung. Xsabar nk tunggu depa khwin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Your Rizky Dhan Kak Ilah..hahahha..Nak bab kawin ye?? org bg jelah bab 7 depa kawin Kak Ilah..hahahha..dapat laaa baca bab kawin..hahahaha..

      Delete
  2. Ohhh my umar ahqaf....great ...hihihi...cepat2 sambung n cepat2 diorg kawin .....miahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kena mengena Ahqaf ni Kak Mona...Ahqaf tiada dalam ini cerita..Yeke kita tak bubuh??mana tau nama ahqaf pulak keluar..amacam Kak Ilah???Nak kawin jer...tak payah kawin laa Rizz..hahahaha..

      Delete